Saturday, September 6, 2008

Aisyah dan Ramadhan

Aisyah sangat teruja menyambut Ramadhan..

Macam-macam disediakan dan dikisahkan kepada Umi tentang cerita-cerita Ramadhan yang Teacher Nida ceritakan dalam kelas.

Sehingga hari Jumaat ini iaitu hari ke 5 puasa, Aisyah masih kuat dan tidak pernah ponteng puasa lagi..

Nanti Umi akan tuliskan pengalaman yang dilalui Aisyah lepas ni..

_________________

Hari Pertama Puasa, Kami sekeluarga berbuka di masjid SPAM Seksyen 7. Aisyah sangat excited dan bermain dengan kawan-kawan sebayanya. Ada Sophia dan ramai lagi.. Tahun sebelumnya Hamizah dan Anaknya Anis selalu berbuka di masjid, tapi Ramadhan kali ni, Hamizah dan keluarganya dah berbuka di Melbourne. Masjid SPAM sekarang tengah renovation, tempat perempuan solat dilebarkan di belakang tapi belum ada dinding.. terbuka bebas...

Lepas berbuka, Umi mengaji dan terus sambung solat Isyak dan terawih di sana. Oleh kerana Aisyah nak ke sekolah esoknya, Umi dan Aisyah solat 8 sahaja dan terus balik ke rumah untuk siapkan Aisyah tidur dan jadual sekolah keesokannya. Kami pergi ke masjid asing dengan Abah, Abah naik motosikal sebab Abah akan stay sampai habis solat 20 rakaat dan ikut kumpulan mengaji di bawah Ustaz Firdaus lepas tu. Selesai semuanya Abah balik rumah dalam 12 malam setiap hari.

Aisyah kata, 'Umi, kalau kita tak sempat nak makan masa sahur, takpe, tapi kita kena makan kurma 3 biji dan susu segelas. Itukan Umi dah cukup dah, sebab Nabi Muhammad pun makan kurma jer teacher kata..'

'Ok, nanti Aisyah minum susu banyak2 yer.. Umi akan belikan susu segar banyak-banyak supaya kita dapat minum tiap-tiap hari yer...' Jadi sekarang stock susu segar kotak besar tak pernah putus ler dalam peti sejuk. Tapi setakat ni, tak pernah makan kurma sahaja pun anak Umi ni.. Tiap-tiap pagi nak makan nasi atau paling kurang burger atau roti John..

Hari kedua Aisyah dan Umi buka puasa di rumah dan Abah berbuka puasa di masjid. Selepas solat maghrib baru Umi dan Aisyah turun ke masjid. Kami kena balik awal selepas 8 rakaat, jadi Umi tak dapat join kumpulan tadarrus Muslimat di masjid tersebut. Muslimat ada 7 kumpulan mengaji dan Muslimin ada dalam 15 kumpulan rasanya.

Hari ketiga dan seterusnya Abah buka puasa di rumah dan lepas makan terus ke masjid untuk solat maghrib di sana. Katanya masjid SPAM terlalu ramai pelajar UiTM yang datang sampai makanan tak cukup. jadi Abah kata biarlah bagi budak2 tu buka puasa kat masjid, Abah buka di rumah tetapi akan terus ke masjid lepas tu..

Buat masa ini, Umi baru sampai juzu' 4, di pejabat Umi join kumpulan tadarrus jugak pagi Jumaat. Di masjid dapat join hari minggu sahaja kerana fikirkan Aisyah nak tidur awal.. Jadi begitulah berlalunya seminggu pertama Ramadhan Aiyah dan Umi dan Abah.

Nenek Bangi ada bekalkan telor ikan tenggiri masak berlada untuk Aisyah. Jadi masa sahur semalam Umi tengok Aisyah ngantuk sangat jadi Umi pun bercerita sambil makan. 'Aisyah dok sebelah Umi, mari Umi suap nasi sebab nak kena cepat ni, sahur dah nak habis.. Aisyah tahu tak cerita Batu belah batu bertangkup..'

'Cerita apa tu Umi..'

'Cerita ni pasal telor ikan ni lah.. Baik Aisyah makan cepat. Dulu ada sorang anak tu, mak dia bawak tiga ketul telor ikan.. macam ni lah.. Dia bagi dua pada anak dia, lepas tu dia kata satu ni jangan makan, ni untuk mak. Tapi anak dia makan jugak. Jadi Mak dia rasa sedih, dia pun pegi ke tempat batu tu, dia kata.. "Batu, telanlah aku sebab aku nak makan telor ikan, anak aku tak tak simpanpun untuk aku.. Lepas tu dia pun mati sebab batu tu dah makan dia..'

Sebenarnya Umi nak bagi Aisyah segar masa sahur tu.. Tapi sebab dia ni seorang yang bijak, Aisyah telah buat analisa yang terer sangat.. Apa analisa dia yer..

'Takkan ler Mak dia macam tu Umi. Tak dapat makan telor ikan pun nak buat macam tu. Tu nama dia bunuh diri. Mana buleh bunuh diri Umi.. Teacher Nida cakap sapa terjun dari atas bangunan tu nama dia bunuh diri. Allah tak suka orang macam tu.. Kalau Mak dia nak makan telor ikan tu, patutnya dia pergilah beli lagi sekali. Kalau anak dia makan telor ikan tu, pastu Mak di tak dapat makan. Itu ujian Allah ler tu Umi.. ''

'Yang Aisyah tahu ada cerita pasal batu kan Umi, batu tu kat Palestin. Masa dulu zaman Nabi, dia nak ikut Nabi naik, tapi tak boleh jadi dia tergantung jer.. Aisyah rasa nak tengok sangat batu tergantung tu.. Teacher Nida yang cerita dalam kelas. Cerita pasal batu yang tu Aisyah tahu ler.. Tapi cerita batu telan Mak yang nak makan telor ikan tu Aisyah tak pernah dengar pun Umi...'

'Hehe... Memangler Aisyah tak pernah dengar.. Sebab tu Umi cerita.. Sebenarnya cerita tu nak bagitau anak jangan lawan mak. Kalau Mak suruh kena ikut. Jangan marah Mak, tak baik.. Tapi dalam cerita tu, Mak dia nak makan telor ikan tapi anak dia tak dengar kata Mak dia.. Yang Aisyah kata tu betullah. Mak dia tak boleh ler bunuh diri tapi tu cerita sahaja. Nama dia cerita dongeng.. Ok sebab Aisyah dah makan, naik atas ready nak solat subuh pulak..'

Ituler cerita Aisyah...