Tuesday, September 9, 2008

Buka Puasa di JW Marriot Putrajaya

Meeting PGSM

Hari Sabtu 6 Sept, PGSM buat mesyuarat dan berbuka puasa untuk Exco2nya di JW Marriot di Putrajaya. Saya ke sana jam 3 petang tapi mesyuarat belum mula kerana korum belum cukup lagi. Dalam jam 3.30 baru mesyuarat mula. Masa tu kehadiran dalam 8 orang sahaja. Sepatutnya 18 orang datang tapi yang ada cuma 8 orang. Mana pergi yang lain?

Presiden mulakan mesyuarat dan dalam aluannya dia nyatakan rasa kecewanya sebab tak semua hadir sedangkan dah dimaklumkan tentang perjumpaan ari ni. Saya rasa sayu tengok muka my good friend Mr President, kesian tengok dia.. , suara pun mendatar jer... Tapi mesyuarat jalan ler jugak..

Lepas beberapa ketika, barulah bertambah menjadi 15 orang. Mesyuarat pun semakin meriah berbanding dengan awalnya yang malap dan mendatar..Banyaklah isu dibincangkan dan mesyuarat berakhir jam 6 petang. Lepas tu saya dan yang Exco perempuan yang lain iaitu Marlina dan Fizah terus naik ke tingkat atas untuk solat Asar. Lepas solat, kami mengaji sekejap sementara menunggu waktu nak turun untuk berbuka.
________________

Keluarga Kawan-kawan

Masa tu muka-muka semua orang sangat ceria dan gembira. Apatah lagi bagi yang bawa pasangan dan anak-anak berbuka sekali, riang gembira sungguh. Tengok Rusydan dan isteri serta dua orang anaknya, Khairul dan isteri serta 3 anaknya, TJ dan isteri serta anak dua orang, begitu juga dengan Marlina dan suaminya serta Presiden dengan isteri dan lima anak-anaknya yang comel-comel.. Bulat sungguh anak kecilnya, macam anak patung....comel sungguh.

Masa sangat suntuk. Saya tidak langsung berkesempatan untuk bersembang dengan isteri-isteri kawan-kawan saya yang hadir. Sepatutnya saya pergi bersembang dengan Liza isteri Presiden, dengan Yus isteri Khairul, dengan Anis isteri Rusydan, dengan isteri TJ tapi semuanya saya tak buat. Rasa tak patut pulak saya buat macam tu.. tapi saya sedang mengejar masa dan dalam kepala asyik fikirkan nak kena balik cepat dan jumpa Aisyah di masjid.

Abah dan Aisyah tak datang kerana Abah dah plan untuk berbuka dengan Aisyah di masjid. Jadi saya perlu makan cepat-cepat kerana saya akan terus ke masjid sebelum waktu terawih tamat. Akhirnya saya makan cepat-cepat, jam 7.40 terus pergi solat maghrib dan patah balik untuk makan sampai jam 8.10. Lepas tu saya terus keluar untuk balik ke Shah Alam..

Nak jadi cerita.. saya selalu menghadapi masalah tentang mengingat jalan dan tempat. Masa nak keluar dari Lobby hotel, saya dah tak ingat mana saya parking kereta tadi.. Adoii inilah antara kelemahan saya yang sangat ketara.. Saya telah turun ke setiap level.. makan masa lagi.. Kartun betul...

Saya balik rumah dulu ambil wudhu' dan telekong dan terus ke masjid. Sampai di masjid orang dah selesai terawih rakaat 8 dan berpusu-pusu jemaah keluar untuk balik ke rumah sedangkan saya baru sampai.. Cepat-cepat saya cari my darling anak di bahagian tempat perempuan, Aisyah dah mula nak nangis sebab Umi tak datang-datang, Umi terus peluk dan ajak dia solat lagi sampai 20 dan ikut tadarus.. Akhirnya dia setuju, apatah lagi ada Sophia dan esok hari Ahad.. cuti tak perlu ke sekolah, bolehlah Aisyah bangun lambat paginya..Akhirnya dapatlah Umi solat terawih berjemaah sampai tamat dan ikut tadarrus sampai jam 11.30 malam.
___________

Buka Puasa di Marriot dan Pengajarannya...

Sebenarnya saya sangat suka makan nasi di hotel.. Tapi itu untuk hari-hari biasa bukan dalam bulan Ramadhan. Secara tulusnya saya tak suka bukak puasa di hotel. Antaranya saya rasa tidak berbaloi dengan harga, kemampuan nak makan dengan masa yang tersangat suntuk.

Saya tengok rakyat Malaysia ni kaya-kaya betul. Bayangkanlah di JW Marriot yang harga buka puasa sampai RM105 seorang, yang datang Masya Allah ramainya.. Dalam kepala saya saya cuba mencongak-congak secara kasar.. Ada lebih kurang 50 meja dan setiap meja ada 10 kerusi. Semua meja penuh dengan orang dewasa dan kanak-kanak. Jika ada 1/3 kanak-kanakpun, jumlah keseluruhan yang hotel boleh dapat untuk hari Sabtu tersebut sahaja hampir RM300-500K. Memanglah belum tolak harga semua khidmat dan makanan tapi saya rasa banyaknya hotel ni dapat dalam satu hari. Hari biasa macam ni jugak ker orang buka puasa di hotel ni?

Makanannya Masya Allah punyalah banyak. Ada mee udang, nasi beriyani, lauk kambing my favourite, spaghetty, roti canai, buah2an, kueh-mueh, belum masuk lagi makanan dalam tempat makanan tu, yang saya tengok tu baru diluar sepanjang meja-meja yang disusun sebelah kolam dan tangga tersebut. Saya rasa yang mampu masuk dalam perut saya dalam RM20 sahaja.. ruginya.....hehe..

Saya terfikir-fikir kekayaan rakyat Malaysia dan teringat-ingat kesusahan orang Islam di negara lain. Balik ke rumah, saya terus surf web Islamic Relief dan JIM Rayuan Ramadhan. Saya nekad untuk menderma kepada Palestin dan Patani sebahagian besar dari gaji saya untuk bulan 9 ini. Saya rasa sedih kerana terlalu banyak makanan saya tak makan di JW Marriot berbanding mereka di negara luar sana. Semoga mereka semua berbahagia di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.. amin
____________________