Thursday, September 11, 2008

Nak Masak Tak??

Kalau sapa-sapa nak masak, cuba resipi ni..

Katanya sedap.. Sapa yang kata tu??

Orang yang krim resipi ni ler..

Saya belum try lagi..

Malam ni saya nak try buat..kalau ada bahannye ler kat dapur tu..

_________

Udang Harimau Masak Keju

Bahan:

· 200 g udang harimau

· 1/2 liter minyak masak

Bahan kuah:

· 100 g marjerin

· 100 g susu sejat

· 3 tangkai daun kari, dihiris halus

· 1 biji cili padi, dihiris halus

· 1/3 camca teh keju Parmesan (keju apa-apa jer ler..parmesan tu apa ye? Saya tak pernah dengar pun..)

· 1/4 camca teh garam

· 1 camca teh gula

Cara membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin sehingga cair.
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
4. Masukkan bahan lain dan panaskan. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.

* Resipi sumbangan Restoran Penang Village