Monday, September 15, 2008

Aisyah dan Soalan Power Siri 1

'Umi, kenapa Umi taknak pergi solat terawih kat masjid?'

'Sebab Umi uzur..Aisyah pergi dengan Abah, nanti 8 rakaat abah bawak Aisyah balik, lepas tu Abah pergi sambung terawih lagi..'

'Tak best ler Umi tak pergi. . Kenapa Umi tak boleh pergi?'

'Sebab Umi uzur. Orang uzur tak boleh solat.. puasa pun tak boleh..'

'Nanti makcik-makcik kat surau tanya mana Umi, Aisyah nak jawab apa?'

"Aisyah jawabler Aisyah datang dengan Abah, Umi tunggu kat rumah sebab Umi uzur..'

Balik dari masjid, Aisyah tak puas hati..

'Umi, makcik-makcik kawan Umi tanya, Aisyah jawab Umi uzur.. Semua ketawa sebab makcik tu tanya Aisyah tau tak apa uzur tu.. Aisyah kata Aisyah tak tahu, uzur tu apa Umi..'

'hehe...Aisay man.. kurang kebijaksanaan ler Umi nak jelaskan pada sicomel ni .. uzur tu apa yer...' (yang ni dalam hati ler..hehe..)

'Uzur tu maknanya sakit perut, jadi sebab tu Allah kasi kita rehat. Tak perlu solat, puasa pun tak boleh buat.. baca quran pun tak boleh jugak.. '

'Kenapa Allah kasi Umi uzur.. kesian Umi..Aisyah tak uzur pun..'

'Adoii... hehe.. Nanti bila Aisyah dah besar, Aisyah pun uzur jugak.. '

'Bila Aisyah nak uzur Umi?'

'Adoii.. Umi rasa bila Aisyah darjah 5 ke, darjah 6 ker.. nanti Aisyah uzur ler..'

"Umi.. kalau uzur tu kita tak berdosa ker tak sembahyang? Aisyah takut nanti Umi kena masuk neraka sebab tak sembahyang..'

'(Adoii.. gi mana yer..)
'Tak per.. kita sihat tapi tak solat, tak puasa.. itu yang Allah marah, nanti Allah masukkan dalam neraka. Tapi kalau kita uzur, Allah tak marah sebab Allah yang kasi kita uzur tu..'

'Nanti lepas ni bila Aisyah besar siket Umi cerita banyak lagi pasal uzur ni yer.. sekarang Aisyah toksah pikir lagi yer..'

Adoiii.. dalam banyak-banyak hal.. tak pandailer Umi nak jawab isu-isu sensitif.. tapi sebenarnya setiap ibu bapa perlu bersedia dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan. Apatah lagi anak-anak hari ini sangat cerdik dan cepat pemikirannya...

Umi sekarang tengah cari jawapan ni.. Ada sapa-sapa buleh tulong?