Wednesday, August 20, 2008

Perkembangan Tawaran PhD

Tadi aku bersembang dalam telefon dengan salah seorang kawan baikku Niza berkenaan tawaran PhD ini. Niza dapat tawaran ke Sweden dan dia masih sepertiku juga- dalam proses menyelesaikan beberapa urusan melibatkan tempat, Supervisor dan lain-lain.

Kami bersembang hampir 40 minit. Niza ingin memohon pertukaran dari Sweden ke Australia.. dan aku mencadangkan ke Melb Uni... Banyak juga input baru yang kami kongsi.. Semua orang tahu bahawa Melb Uni sebenarnya tempat yang tinggi rangking-nya dan boleh dikatakan antara universiti terbagus di Australia. Sebab itu agaknya depa ni banyak songel kot.. hehe..

Sebenarnya setiap kami yang dapat tawaran biasiswa melalui proses yang pelbagai-bagai. Ada yang mudah dan cepat seperti kawanku Fadhlina dan Hamizah. Begitu juga dengan Jaizah.. Dan ada juga yang melalui perjalanan yang berbelit-belit.. contohnya aku dan beberapa yang lain.

Tapi Niza ni seorang yang positif dan aku sangat suka dengan kelebihan dirinya.. Dia seorang yang ceria, sentiasa bermotivasi dan sangat berpandangan jauh. Katanya.. 'Kita tak boleh tengok semua masalah yang kita lalu tu sebagai masalah.. Tapi sebagai cabaran.. Cabaran itu yang bagus, menjadikan kita kuat mintak tolong dengan Allah..' Betol ler Niza.. Saya setuju sangat..

Niza siap buat cadangan..'You tulis ler macam-macam mengenai cabaran yang dilalui, sebelum, sepanjang dan selepas.. pastu buat buku... mcam Prof Kamil, dia tulis buku, 'PhD kecil tapi significant..' You tulislah buku 'PhD kecil tapi significant 2' dari perspective you sendiri..'
'Wahhh power ler cadangan awak ni Niza.. Nanti saya buat yer..insya Allah dengan izin Allah..'

Kesimpulannya..
Kita perlu berlapang dada, berfikiran positif, yakin diri dan sentiasa ingat bahawa Allah akan memberi bantuanNya setiap kali kita memohon padaNya.. Ingatlah sama-sama yer.. Bila kita cuba mendekati Allah sejengkal, Allah akan menghampiri kita sehasta.. Dan sesungguhnya apa yang kita lalui sepanjang perjalanan ini perlu dilihat sebagai cabaran, bukannya masalah..

__________________


Jadi apa yang aku lalui adalah :

  • Cabaran 1- Mendapatkan Band 7 untuk IELTS
  • Cabaran 2- Mendapatkan tawaran yang dipersetujui oleh UiTM, MOHE dan Univ di sana..
  • Cabaran 3- Menyelesaikan tugasan dan permasalahan di sini sebelum ditinggalkan nanti...Seperti rumah sapa nak duduk, kereta bila nak jual, motosikal Abah sapa nak pakai. Rumah-rumah sewa yang lain sapa nak jaga.. (kalau ada ler rumah sewakann..). Begitu juga kerja PGSM nak passkan pada sapa, bila dan bagaimana.. Begitu juga dengan kerja-kerja di UiTM, sekarang aku tengah siapkan buku teks untuk Islamic Legal Maxims untuk pelajar Islamic Banking UiTM. Mesti siap minggu depan... masuk UPENA bulan depan. Buku-buku lain yang berada dalam pipe-line UPENA..
  • Cabaran 4- Mencari dan mendapatkan tempat tinggal, tempat belajar dan kawan sekeliling di sana yang baik dan membantu..
  • Cabaran 5- Apa-apa yang lain selepas ini..

Semoga perjalanan kita dimudahkan Allah..