Friday, August 22, 2008

Hari Jumaat

IELTS

Ramai jugak yang sms bertanyakan result IELTS saya... Terima kasih sebab menunjukkan ke'concernan' (perkataan baru- DBP tak iktiraf..hehe..) anda semua..

Ada salah seorang student saya mengirim email dan mengutarakan bahawa dia mengirimkan doa agar saya dapat melalui cabaran demi cabaran dengan tabah.. Terima kasih yer Nurul. Doakan lagi yer.. mudah-mudahan ada kebaikan dan kemudahan di sepanjang perjalanan ini..

Yang ni kita cerita kemudian yer..
_____________

Perhimpunan Keluarga

Hari ini hari Jumaat, 22 Ogos. My mother ada di rumah saya kerana kami akan menghantar my younger sister Siti Khadijah @ Aa untuk menyambung pelajaran ke Jambi, Indonesia. Penerbangannya dijadualkan pada jam 3 petang Isnin nanti iaitu pada 25 Ogos 08. Jadi rumah saya penuh dengan ramai orang dan Aisyah sangat gembira apabila ramai kanak-kanak keangkatan dengannya sama-sama bermain di rumahnya dan di biliknya..

Kak Za satu family dari Johor pun turun. My elder sister Kak Za @ Dr Siti Zaiton adalah Pensyarah Kejuruteraan Komputer di UTM Skudai. Suaminya Dr Razali aka Abang Lie iaitu Pensyarah Electrical Engin di UTM juga. Semua datang dan tidur di sini. Aisyah asyik main sepanjang masa dengan Abang Firdaus, Abang Fahmi dan Kakak Tasnim. Tasnim ni suka baca buku, malam tadi dia tidur di bilik study rumah kami sebab semua bilik telah penuh.. Rasanya mesti dia berjaya menghabiskan beberapa buah buku yang tebal-tebal termasuklah buku Hamka dan buku berkenaan Barrack Obama..

Kak Nik, my eldest dan keluarga pun datang, tapi tak tidur sebab rumahnya juga di Shah Alam, Seksyen 19. Jadi penuhlah rumahku dengan suara riuh rendah Adik Afif, Syahmi, Abang Amir dan Kakak Nadia..

Adikku Ree yang tinggal di Puchong, Zura dan Na yang tinggal di Pandan Indah tak dapat datang sebab terpaksa kerja pada hujung minggu ni..

Aa dan suaminya Muez juga tidur di rumahku. Ulya asyik ikut kakak Aisyah pegi sana, pegi sini, baca buku, nyanyi pastu tengok TV.. Ulya ni asyik pakai tudung saja walaupun baru berumur 2 tahun.. bagus betol..

Adikku Aa sebenarnya lepasan Diploma KUIS dan menyambung untuk satu tahun ke Uni Jambi dan insya Allah dapat transfer credit untuk menghabiskan Degree Usuluddinnya dalam masa setahun di sana. Hari tu dia ke Mesir mengikut suaminya Muez menamatkan pelajaran ijazah Usuluddin di al-Azhar Uni.. Kami semua doakan semoga Aa berjaya.. Jadi sepanjang ibunya belajar, Ulya akan berada dengan Tok Ma di Kota Bharu nanti.

Saya ada ramai adik beradik, 11 orang dan yang paling specialnya, ada 5 orang bekerja sebagai pensyarah, 1 orang guru dan 3 orang Executive Syarikat. Kak Nik pensyarah UTM KL, Kakak kedua Kak Ros guru di Trengganu, Kak Za di UTM JB, saya di UiTM Shah Alam, Siti Hajar pensyarah UNITAR dan Idi pensyarah Kolej Baitulmal. Tapi sekarang dah bertukar sebab Siti sambung Master, Idi ke Sudan bersama MERCY. 3 orang yang lain adalah Auditor JTop, Officer Glomac dan sorang lagi HR EON. Tapi lepas ni bertukar lagi tu..

Adikku Aa adalah kedua bongsu dan the youngest brother sedang ambil Diploma Mechanical Engin di Politeknik Trengganu.
______________

Ufm

Tadi jam 10.45 hingga 11.45 saya dijemput untuk menjadi tetamu di Radio UiTM atau disebut Ufm di frekuensi 93.6 fm. Tajuk diberikan adalah 'Remaja dan Cabaran'. Slot ini adalah slot kerjasama CITU (my office) dengan Radio UiTM dengan nama slotnya adalah 'CITU ON AIR' ke udara setiap Jumaat selama 1 jam. Kali ini adalah turn saya. DJ bertugas namanya Anim.. (Anim adalah DJ part time, dia pelajar Accounting)

Bagi saya berbincangan sangat baik dan menarik kerana ia berbentuk santai, tidak serius dan Anim banyak mengutarakan soalan yang terlintas di kepalanya. Sebelum pergi ke sana, saya menyediakan 6 soalan dan Anim telah mengolah kembali dengan kesesuaiannya serta apa yang dia sendiri lalui..

Anim memulakan perbincangan dengan bertanyakan 'Puan, kita selalu dengar remaja banyak masalah, dikaitkan dengan yang negatif sahaja.. sebenarnya siapakah yang dikatakan remaja dalam pandangan Islam'. Sekejap Anim ni panggil Puan, sekejap Ustazah, kadang-kadang dia tersebut Puan Ustazah.. apa-ape jer ler.. Saya tak kisah..

Saya menyebut bahawa perbincangan pakar psikologi, pakar kemanusiaan dan sebagainya meletakkan umur 8 tahun dan belasan tahun sebagai remaja dan remaja akhir dirujuk kepada awal 20an. Islam tak menolak nak bahagikan ikut umur sebegitu tapi yang penting dari perspektif Islam adalah perbezaan antara mumayyiz dan baligh. Bila baligh kita mula ada tanggungjawab, dengan pergolakan jiwa yang membara, dengan semangat nak tahu, nak rasa, nak cuba dan berbagai lagi semangat keremajaan, remaja boleh jadi aset dan boleh jadi liabiliti..
sama ada pada ibu bapa, masyarakat, bangsa dan juga agama kita. Itu yang penting kita kupas..

Saya membawa contoh dalam akhbar Harian Metro hari ini disiarkan seorang remaja umur 15 tahun menghantar 6 sms maki hamun dan menghina ibu bapanya sendiri.. Ini suatu yang menggerunkan kita..

___________
Selitan.. kisah disiarkan Harian metro

SMS maki ayah, ibu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah

KUALA LUMPUR: Hanya kerana dinasihat meninggalkan tabiat buruk dan kembali ke jalan Allah swt, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang gemar meneguk arak dan ponteng sekolah tergamak menghantar `SMS derhaka’ memaki-hamun ibu bapanya sendiri.
SMSnya berbunyi.. `untuk pengetahuan kau, aku kaki mabuk! tak nak halau aku keluar dari rumah ke?’ Malah, dia mendakwa semua dosa dilakukannya di bawah tanggungan kedua-dua orang tuanya, Remaja terbabit menghantar mesej berbunyi “kau sayang aku? buang masa kau sayang setan ini! aku keluar dari rumah sekarang dan tak payah cari aku. Aku berjanji tak akan jejak kaki di rumah kau lagi.”
____________

Kita selalu dengar kata-kata hikmah,'Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncangkan dunia ini..' Pemuda tu boleh saja orang muda berumur 20an, dan boleh jadi remaja berumur belasan tahun..


Remaja ni boleh jadi penambah nilai, permata yang bergemerlapan dan remaja juga boleh jadi liabiliti (beban) yang menyusahkan seumpama kaca-kaca yang menyepahkan, menyakitkan dan membebankan seluruh orang yang ada disekitarnya..

Anim bertanya lagi 'Jadi.. apa sebenarnya ciri seorang ramja yang Islam nak yer..?'


Saya jawab..'Kita tengok apa kata Hasaan al-Banna.. Ciri yang patut ada, dan kita harapkan ada pada remaja kita adalah, akidah yang sejahtera..

Yakin dan kental iman pada Allah, Tuhan yang kita tak nampak.. Seumpama penyanyi realiti, berusaha keras dia menyanyi.. belajar menari dan memberi persembahan yang sangat baik.. sebab nak tunjuk pada sapa.. Apa kesan pada orang yang ditunjuknya itu? Jawabnya sebab dia yakin sungguh2 penonton yang tengok tu yang beri markah pada dia. Penganalisa tu pulak akan tegur, marah atau puji dia jika dia perform well.. Kalau dia tak perform, jatuhlah undian dia.. Kita tukarkan pandangan itu, ini sekadar analogy mudah saja.. Kita bayangkan jika kita yakin dalam hidup ni bahawa Allah melihat, beri markah, buat catatan, lepas tu serahkan markah tu pada kita, tanya pulak kenapa tak perform well.. Lepas tu bagi kita keputusan.. Mesti kita kecut perut untuk buat tak tentu arah sebab keyakinan kita kuat pada Allah Pemberi keputusana kelak.. Macam tu ler lebih kurang kita bandingkan.. '

Lagi satu remaja perlu jaga ibadah terutama yang asas jangan sama sekali tinggal. Ibadah sahihah. Perlu belajar supaya ibadah yang dibuat tidak sia-sia seperti mana rukunnya dan sebagainya. Jika kita jaga solat, kita menjaga keseluruhan agama. Jika kita tinggal solat, kita meruntukan agama kita sendiri.

Saya bawakan perumpamaan..

'Katakan ada layang-layang, angin tengah kuat, jadi layang-layang tu akan terbang tinggi dan tinggi.. Tuannya pula akan lepas kan tali sikit demi sikit.. Tapi tuannya tidak lepaskan semua tali tu, bila terlalu tinggi, tuannya akan tarik tali tu sikit demi sikit.. akhirnya kembali pada tuannya.. Macam tu ler kita.. kalau remaja jaga solat, kita ada tautan dengan Allah.. Bila kita buat apa-apa yang silap, jauh kita terlajak, Allah akan cetuskan rasa bersalah dalam hati kita, macam tali layang-layang tadi, tuannya masih pegang.. Tapi kalau remaja tinggal solat, kita yang lepaskan diri dari Allah. Bila layang-layang putus tali, apa jadi? Terbang setingginya selagi ada angin, lepas tu jatuh ke tanah.. tapi tak ada value apa2 lagi.. Kita pun macam tu la dengan Allah. Kalau kita jauh dan putuskan diri dengan Allah, solat kita tinggal, macam-macam nanti maksiat demi maksiat kita akan buat.. Sampailah kita mati dan hati kita pun telah dikunci mati.. Nauzubillah..


Perbincangan lebih seronok lagi bila Anim tanyakan ada kawan-kawannya yang sangat kuat bercinta dan ada yang sanggup buat macam-macam untuk dapatkan cinta, termasuklah sanggup serahkan diri pada pasangan .. macamana yer pandangan Islam..'

Saya cuma jawab bahawa, remaja dengan cinta memang ibarat kuku dengan isi ler, mana nak lari.. sebab media pun asyik kisah tu yang diulang-ulang. Lagu cinta, kisah cinta, putus cinta, kawin lari, cinta suami orang, lari ke Thailand dll.. Lepas tu pulak ditunjuknya sapa tak ada pasangan, maknanya dia tak laku.. tak der harga.. Sebab tu kena ambik tindakan..

Tindakan apa nak ambik?

'Anda kesepian?? Dial ler 338899 On Cinta..'

Anim ketawa jer bila saya buat joke tu.. Sebab itu remaja kita asyik sungguh dengan cinta.. bila kita tengok pasangan kita tu paling berharga.. maka jadilah apa yang Anim sebut tu..

Saya tambah.. 'Kita tak boleh macam tu.. Ingat apa yang Nabi pesan... Nanti akhir zaman, kamu akan ikut amalan orang lain syibran bisyibrin, ziraan bizirain.. sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal.. Sahabat tanya, sapakah depa tu? Jawab Nabi Yahudi dan Nasrani.. Kita kena lari dari masuk golongan yang Nabi sebut tu, ikut cara hidup orang bukan Islam, tidur sebelum kawin, berpelukan tanpa malu dan segan depan orang.. '

Banyakler Anim tanya, ringkasnya selepas 1 jam, habis ler bicara tersebut. Anim ni kata, 'Saya seronok dengan perbincangan tadi, boleh tak kita buat Siri Remaja 2 pulak nanti... Masa tu kita bukak talian, tadi tu menyala-nyala talian kita, ada pendengar call, tapi kita tak angkat...'

Saya cuma jawab.. 'Insya Allah ye Anim, kalau saya free, nanti kita bincang ok..'

Semoga radio UiTM akan meneruskan rancangan 'CITU ON AIR' ini seterusnya dengan perbincangan dengan pensyarah lain yang lebih ilmiah lagi, semoga ada manfaat kepada pendengar yang ada di luar sana..