Thursday, August 28, 2008

Kelas Darus Syifa'

Setiap hari Isnin, saya selalu menunggu-nunggu waktu petangnya untuk ke Bangi.. Setiap minggu saya akan rasa seronok dan teruja untuk berada dalam majlis zikir dan seterusnya belajar ilmu perubatan Islam dari Ustaz Harun Din.

Sebenarnya, saya sentiasa melihat diri saya seperti PDA yang saya ada. PDA yang selalu saya gunakan untuk membuat call, menulis sms pada orang-orang yang terdekat dengan saya, menaip dalam word dan excellnya, mengambil gambar dan video dan macam-macam lagi. Setiap hari PDA saya perlu dicaj baterinya, selalunya saya akan caj dari jam 12 malam dan saya akan tutup pada jam 6 pagi masa saya nak solat Subuh. Jika baterinya tidak dicaj, PDA saya akan kong dan tak boleh digunakan lagi..

Saya selalu menggambarkan saya seumpama PDA tersebut. Seluruh baterinya akan hilang selepas digunakan dan ia perlu dicaj kembali. Justeru itu, saya sentiasa menunggu-nuggu hari Isnin dengan penuh perasaan teruja dan bersemangat..

Jadual saya, setiap hari Isnin saya akan balik ke rumah jam 4.30 petang sedangkan hari lain saya balik jam 6.30 petang. Selepas balik, saya akan bersiap untuk solat Asar dan menyediakan beg peralatan pelajaran saya. My husband akan balik dari ofisnya jam 5 petang dan menjemput Aisyah dari nursery. Selalunya dia balik jam 7.00 malam.

Selepas solat Asar, dalam jam 6 petang kami bertiga akan bertolak ke Bangi. Sama ada ke rumah Atok Jalil atau ke rumah Cikgu Ani, untuk Aisyah duduk sekejap sementara habis kelas. Kami gilir-gilir, minggu ni Aisyah ke rumah Nenek, minggu depan Aisyah ke rumah Cikgu Ani dan bermain dengan Hanan.. Terima kasih yer Ani..

Selalunya kami akan sampai ke Darus Syifa' jam 7 malam. Tapi yang paling selalunya kami sampai jam 7.30 malam.. Berkejar-kejar takut tak sempat berjemaah Maghrib.

Bermula dengan solat Maghrib, selepas solat Ustaz Harun Din akan mengetuai solat Hajat berjemaah. Selepas solat Hajat, semua akan membaca Yasin dan diikuti Asas 10 dan zikir. Majlis tersebut berterusan sehingga jam 8.30 dan diteruskan dengan solat Isya' berjemaah.

Inilah yang saya maksudkan dengan caj bateri. Saya selalu berasa aman, tenang dan sangat seronok dengan majlis zikir tersebut. Ia seumpama memberi satu kekuatan tersendiri untuk saya. Zikir-zikir yang dibaca sangat dalam maksudnya dan semua orang menghayati dengan penuh tenang dan tersusun.

Kadang-kadang (banyak kali sebenarnya), saya tersengguk masa baca yasin, tapi saya akan tersedar dengan penuh segar masa bacaan zikir terutamanya zikir Allahu Allah Haq... Saya sangat suka dengar alunan zikir yang dibacakan..

Malam Isnin lepas 25 Ogos adalah kelas ke 31. Maknanya dah 31 minggu kelas berjalan dan saya dah dua kali ponteng kelas bermula dari 20 Januari 2008. Peraturan belajar di Darus Syifa' ini agak ketat. Setiap pelajar tidak boleh ponteng, maxima tak datang adalah 3 kali. Uiii .... saya cukup takut dengar ayat-ayat kena marah dari pimpinan Darus Syifa'.. Kecut perut campur merah telinga..

Saya tak datang sekali dulu sebab saya pergi melancong ke Padang, Sumatera. Lagi satu sebab saya balik kampung. Oleh kerana iu saya tak boleh ponteng lagi..

Bulan lepas, saya telah tertinggal kad pelajar dalam kereta Sentra sedangkan saya ke Darus Syifa' pakai kereta MyVi, bila sampai kami perlu 'punch in' dan nak balik perlu 'punch out'.. Alamak.. saya tak ada kad.. macamna ni yer.. Kalau saya biarkan nanti AJK DS ingat saya dah tiga kali ponteng.. Akhirnya saya tulis surat alamatkan pada Tuan Hj Rahman, Pengerusi DS maklumkan saya tertinggal kad di dalam kereta yang lain.. Tetapi.. fuyooo saya disuruh mengadap Ketua Bhg Disiplin... punyaler kecut perut saya.. Nasib baik ada seorang AJK Perempuan, Ustazah Siti, katanya... 'Takpe.. kasi surat tu pada saya, nanti pandailah saya kasi pada Ustaz yang jaga bahagian kedatangan pelajar..' Nasib baik.. ALhamdulillah..

Pelajar yang dah habis belajar tak perlu datang lagi ke DS setiap Isnin. Tetapi kalau nak datang juga, tiada halangan tapi tak boleh naik tingkat dua.. perlu duduk di tingkat bawah sahaja. Ada kawan baik saya dah lulus tahun sebelumnya, sekarang dah jadi perawat DS yang hebat.. Walaupun dah habis, boleh kata dia selalu jugak datang.. Sebenarnya dia kena datang sebab dia salah seorang pimpinan DS.. Orang kuat Darus Syifa'..Bagus betul dia..
Kalau saya dah habis belajar, saya tak sure saya datang lagi atau tidak..

Sekarang saya tengah menghafal Asas 10 sebab jadual Tasmi' telah dikeluarkan. Saya akan ditasmi' pada 13 Sept ini.. Takutnya saya.. Apaka ayat-ayat yang saya perlu hafal yer..

Asas 10 Pertama terdiri dari 10 ayat asas yang perlu ada pada diri pelajar Darus Syifa'. Ia adalah:

1- Al-Fatihah

2-Ayat Kursi

3-Ya Bari'

4-Kaf Ha Ya Ain Sad...

5- Selawat Syifa'

6-Selawat Tafrijiyyah

7-Lau Anzalna

8- Doa hindari Syaitan-- Azu' zubikalimatillahi tammah, Min kulli aduwwin wa hammah..

9-Salamun Ala Sulaiman

10-Doa benteng Sulaiman..

Lepas hafal tu, kena hafal Asas 10 Kedua pulak..

Jadi sekarang, saya sedang menghafal ni.. Sebab tu saya perlukan masa untuk menghafal.. Tapi yang paling menariknya, Abah dah hafal lama dah, dan Aisyah yang comel 7 tahun tu juga telah hafal kesemua Asas 10 yang pertama.. Ini satu cabaran yang sangat besar untuk saya... Macamana Aisyah dapat hafal dulu dari Umi ni....

p/s Sepanjang bulan Ramadhan, kelas tak ada.. cuma kena hadir untuk ujian hafalan sahaja atau dipanggil tasmi'.. Semoga pembelajaran saya di DS mempunyai keberkatan yang banyak.. amin