Sabtu, 20 Oktober 2012

Acknowledgment



 Acknowledgment untuk tesis..

Thesis saya belum siap lagi, tapi acknowledgment dah siap dah..:-) 

Pak Tim kata ok, so kira boleh lah macam ni. Ringkas satu muka surat sahaja. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang baik dan membantu kita, terutama KPT, Uni kita, Ma dan Ayah, Mak dan Abah-in-law, kakak2 dan adik2 saya, kawan-kawan saya terutama fadzlina, sham, nazura, kak hada yangs ama-sama belajar di Melbourne ini, kawan-kawan lawyers saya yang sangat banyak memberi saya kata-kata semangat dan  information, Siti Razasah, Marlina, dan kakak-kakak lawyer dari Sg Petani yang saya jumpa di Sydney masa kursus PPMM hari tu.. (ala.. lupa nama..), kwn-kwn opis, Dr Azam, Dr Huzaimah, Dr Fisol dll yang selalu bagi saya semangat, termasuklah mendoakan saya.  Tapi ruang siket untuk tulis semua nama, jadi saya niatkan dalam hati siapakah mereka semua, atas kertas tulis rakan-rakan sahajalah.. 

Dan yang penting adalah org terdekat iaitu pasangan dan anak-anak. Saya skype dgn Aisyah dan abah bagitau mereka, Saya kata.."Bah, umi letak nama abah dengan aisyah dalam tesis ni.." Dan dia menjawab dengan ketawa riang..."Mestilah kena letak, kita orang berdualah yang paling sengsara atas dunia ni masa umi buat PhD.. asyik makan kedai saja..hehehe.."

Semoga tesis saya akan direalisasikan dlam masa terdekat.. insya Allah.. ameen ya rabbal a'lamin.

______________________________

 Inilah rupa acknowledgment saya..

Alhamdulillahi rabb al’alamin. I thank God for making it possible for me to complete this thesis: a long, complicated and challenging work. I would like to express my special gratitude to my supervisors, Prof Abdullah Saeed and Prof Tim Lindsey for their assistance, enormous support, commitment and advice throughout my studies. Many thanks go also to the staff of Asia Institute, Faculty of Arts and the Centre for Islamic Law and Society (CILS), Law School for their support especially Tessa, Leena and Claire.

I also would like to express my gratitude to several funding sources that have supported me throughout my studies, namely the Malaysian Ministry of Higher Education (MOHE) and the Universiti Teknologi MARA (UiTM) which awarded a scholarship to undertake my PhD in Australia with my family. My gratitude also goes to Prof Tim Lindsey’s ARC Federation Fellowship, Federation Fellowship Fieldwork Scholarships for supporting my two months fieldwork in Malaysia (17 March 2011-17 May 2011).

My gratitude also goes to Associate Prof Dr Muhammad Rahimi Osman, the Director of Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), UiTM, Malaysia for his strong support for me in furthering my studies in Australia. I also thank my parents, Hashim and  Gayah, parents-in-law, Abd Jalil and Noriah, siblings, colleagues and friends who have always encouraged, and continually prayed for my success. Thanks must also be directed to all key informants who have all provided me with invaluable information.  Last but not least, I thank my husband, Mohd Fairuz and my daughter Aisyah Fairuz for their enormous support, understanding and encouragement. Being in the company of my husband and my daughter in Australia has truly made my life more colourful and meaningful.

---------------- 

Doa saya mengiringi draft acknowledgment ini..
Wahai Allah.. izinkanlah saya untuk menamatkan perjalanan yang penuh getir ini.. ameen...

Selasa, 16 Oktober 2012

Ayat Syifa'

Ayat Syifa' 


Saya kurang sihat sekarang ini. Hari Ahad, 14/10 saya ke Reservoir Leisure Centre untuk swimming. balik dari pool tersebut mata saya mula rasa berair dan pedih. Malamnya saya tidur agak awal, dalam 12.30 saya sudah tidur..

 Hari Isnin 15/10 saya ke universiti jam 9am, ada pertemuan dengan Penyelia. Beliau memberikan tiga bab pertama yang telah diedit olehnya Penuh dengan pembetulan, saya rasa adohhh.. teruknya kerja saya, banyak betul correction.. Membetulkan kesemuanya dan mengadap komputer dari pagi ke malam membuatkan kepala saya pusing. Jam 6pm saya sudah tak mampu bertahan. Saya balik ke rumah dan mata saya berair, runny nose dan kepala mula sakit. Saya sampai rumah jam 7.50mlm, solat maghrib, makan siket, ambil panadol dan sambung kerja sampai tengah malam.

 Disamping makan ubat sebagai ikhtiar, jangan kita tinggalkan doa, mohon ALlah sembuhkan seberapa segera. Ya Allah sembuhkan saya cepat, kerana masa saya sangat suntuk. Saya perlu menyiapkan draft keseluruhan tesis ini secepat mungkin.

"Wahai Allah.. permudahkanlah urusan saya.."

Ameen..

_______________

Ayat kesembuhan

Ayat di bawah adalah doa yang saya pelajari di Darus Syifa' dahulu. Ustaz Harun Din akan baca doa ini setiap kali lepas solat dan lepas pengajian..

Bagi yang kurang sihat, terutama saya dan pembaca jika ada, amalkan doa ini..

Terutama bahagian fatabra' fatabra' fatabra'..
ulang ulang ulang dengan penuh harap kepada Allah..

 Kerana Dialah penyembuh segala penyakit yang ada.. ameen..




Doa atas dan bawah berbeza. Baca yang atas dulu, dan sambung yang di bawah.

Ini adalah doa kedua-duanya..

Isnin, 15 Oktober 2012

Grading Aisyah

Belt Yellow 3 28 March 2009..

Lama dulu, sekarang menjadi kenangan....

Aisyah sangat seronok kerana berlangsungnya majlis grading Teakwondo yang dipelajari di Hall Teakwondo Class. Ramai betul anak-anak yang terlibat dan majlis dibahagikan kepada beberapa peringkat. Petang 4.00-5.30 adalah untuk pelajar White Belt dan Yellow Belt 1-2. Aisyah dari Yellow 2-3.




elt

Empty your mind..

Empty your mind..

Masa tengok cerita Karate Kid, ada satu perkara yang menarik hati saya.. (selain dari morals of the story yang disebut oleh Aisyah..), iaitu semasa dalam perlawanan antara budak lelaki dengan budak jahat.. (saya tak ingat nama-nama budak2 ni), tapi scene yang last sekali, selepas budak jahat tendang kaki karate kid sampai luka..patah or something like that. That karate kid duduk atas katil dan dia tutup muka dia. kemudian Jacky Chan atau Mr Hun yang jadi cikgunya kata, lebih kurang maksudnya, "Tak perlu malu, you have tried your best. apa-apapun dah dapat tempat kedua walaupun tak jadi johan.."

Tapi budak tu tak setuju, dia nak lawan juga, dia kata dia malu dan nak lawan rasa malu dan takut (fear)..

scenenya pun bla bla...

Akhir cerita, Mr Hun ubatkan dan ikat kaki dia...untuk dia sambung lawan lagi

Masa atas pentas,
lawan-lawan jatuh..
lawan lawan jatuh..

Sampailah kemuncaknya atau kita kata 'culmination' bila Mr Hun kata something yang sangat berharga iatu..

"FOCUS... EMPTY YOUR MIND!"

So budak tu pun fokus... fokus... fokus...
empty his mind..
Then dia buat langkah macam ahli kung fu yang main dengan ular which he saw before hand.

Then... deshummmm...
budak jahat tu jatuh...

Then the budak baik was announced as The Champion.. the Karate Kid!
____________________

Saya cakap dengan Aisyah,
"Aisyah, it's so interesting when Mr Hun said, 'empty your mind', what does it mean Aisyah? empty your mind tu macamna ?

Aisyah menjawab..

"Umi.. memang when we empty our mind, we can get what we want. Empty your mind tu like when we perform our solat, we have to empty our mind, we have to remember Allah alone. So we focus, we kusyu'.. Empty your mind to Umi macam kusyk dalam solat lah.. remember nothing except Allah.."

Oooooh darling Umi, walaupun saya sedia tahu maksud empty your mind, tapi jawapan Aisyah membuka minda saya...membuatkan saya pause and reflect...sesuatu yang sangat besar dalam hidup kita..iaitu 'Kusyuk..kerana Allah dan untuk Allah semata!'
----------------

Dan sampai sekarang saya masih berfikir-fikir tentang perkara ini.. kata-kata Mr Hun, dan kata-kata Aisyah.. yang mengingatkan saya kepada Nabi Muhammad dan sahabat yang dicabut anak panah semasa solatnya.

Semoga saya, anda, dan Aisyah sendiri adalah orang-orang yang berjaya meng 'emptykan our mind' semasa solat..

Ingatkan Allah semata, hati menghayati makna ayat dibaca, mengingat hari akhirat, membayangkan berdiri sendirian di hadapan ALlah yang maha Hebat, memohon simpatiNya, mohon belas ihsan dariNya, mohon bantuanNya.. kerana siapalah kita yang hina ini di hadapan Allah yang Maha Kaya.. semoga ALlah redha kepada kita dan menerima semua solat kita..yang dilakukan dengan kusyu'..
for Him, the one and only!..Insya Allah..

Rabu, 10 Oktober 2012

Perjalanan lagi..

Perjalanan Ilmu..

Saya sekarang berada di Australia selepas balik Malaysia beberapa ketika. Kadang-kadang saya rasa semangat saya tinggi melangit, tapi kadang-kadang saya rasa ia jatuh menjunam. Hanya ALlah yang tahu apa yang saya lalui.

Bila ada yang tanya, 'Best tak buat PhD?'
Saya hanya boleh bagi jawapan, "Hummmpppp entah ler..:-)"

PhD seperti kata kawan saya, adalah satu kehidupan. Ia mengajar mengenai ilmu, bagaimana mencari ilmu, bagaimana memproses ilmu dan bagaimana menyampaikan ilmu secara tersusun dalam bentuk tulisan sehingga ia menjadi perkara besar yang boleh membina akal dan budi insan.

Saya selalu berfikir tentang perkara ini..

Kakak saya yang ngajar di UTM Skudai juga selalu beri saya semangat. My kakak yang baik, dia tak putus2 hantar pesanan supaya saya terus menulis dan menulis.. berfikir dan berfikir.. Kata dia yang masih kuat duduk dalam kepala saya adalah, "PhD ni macam kita buat satu kerja, selagi tak habis cerita pasal kerja yang kita buat tu, tak ada conclusion, maka tak habis lagi ler tu... Jadi kerja awak sekarang adalah bagi habis kerja tu..."

Adoiiii... sukar sungguh..

Dan saya masih bekerja menyiapkan kerja yang menjadi kerja saya..
Apakah kerja saya sekarang?
Kerja saya adalah menyiapkan kerja saya yang belum siap..
Apakah bendanya tu?
PhD ni ler..
itu la kerja saya..
dan saya sedang membuat kerja ..
untuk menjadikan kerja PhD saya selesai.

Bila ia selesai, maka barulah kerja saya dianggap selesai..


Bila ia akan selesai?
Sekejap lagi...
Very soon..... insya Allah..

____________

Anak saya Aisyah..

Kesian anak saya Aisyah yang baik. Sepanjang saya ada di Malaysia, dialah teman saya dan sayalah teman dia.. Saya berada di bilik study dari pagi hingga malam. Yang mampu saya buat sedikit untuk Aisyah adalah membacakan buku untuknya sebelum tidur. Baca buku Princess, baca buku Kisah Nabi, baca buku tentang Fiqh. Dengar dia berstory sebelum tidor.. saya dengar dia stroy pasal kawan-kawan sekolahnya di ISSA, pasal Ustaz-ustaz yang dia sayang, pasal cikgu-cikgu yang dia sayang, pasal kawan yang suka perli dia, pasal kawan yang suka main dengan dia, pasal kawannya nama Hajidah, nama Anisah, Afikah, pasal itu, pasal ini..

Baca buku cerita saya untuk Aisyah setiap malam saya buat bergilir dengan Abah.
Malam ni saya punya turn, malam esok Abah punya turn..

Bila saya balik ke Australia, Aisyah menangis.. kesian dia..

Aisyah ni selalu bagi kata-kata hikmah untuk saya..


"Umi... you can do it. We believe in you.. "
"Umi... Do not give up.. It is not over until it is over.."
"Umi... Keep swimming Umi.. just like Nemo, never stop swimming.. keep swimming Umi.."

'Ya yaa... Umi tengah keep swimming ler ni...:-)

Sebelum saya balik sini, saya dengan Aisyah tengok movie Karate Kid kat rumah, kita download saja dari internet. Kisah budak lelaki ikut ibunya ke China, pastu kena buli dengan budak2 China, dia jumpa Jacky Chan yang jadi Mr Hun. Lepas tu Mr Hun ajar budak tu kung fu... sampai dia pandai dan lawan budak jahat dalam pertandingan.. dan wooooo akhirnya budak tu berjaya...

Saya tanya Aisyah..

'Aisyah, Please tell Umi morals of the story that we can learn..'

Dengan semangatnya Aisyah menjawab..

"Umi.. never say never.. just like you, never say that you cannot finish your PhD. If you believe in yourself and work hard, you will get what you want! Like that boy, Mr Hun ajar ajar ajar sampai dia pandai.. then he managed to win the competition..."

'umppmmm lagi..'

'"Lagi satu Umi, you will never know what will happen in the future. Do not give up. You can learn something even from small tiny things. Like that boy, Mr Hun asked him to pick up the jacket, hang the jacket on and put on your jacket... beribu ribu ribu kali .. budak tu tak tahu sebabkan Mr Hun suruh tu.. rupanya Mr Hun nak dia changed his attitude yang tak dengar cakap mak dia, suka sepah baju atas lantai.. then the most important thing, budak tu badan dia jadi lembut, sebab banyak kali tunduk, angkat, tunduk angkat... like me, I can bend my body. My body is flexible.. because dulukan Aisyah belajar teakwondo kat Australia.. sebab tu Aisyah boleh bend my body..'

'ooooo.. bagusnya anak Umi ni...'

Aisyah... I miss you very much!!


Khamis, 4 Oktober 2012

Masa yang suntuk..

Suntuk..

Doa saya tidak pernah putus..
Wahai Allah yang Maha Pemurah
Saya merayu kepadaMu, izinkanlah saya untuk menamatkan jihad ilmu ini..
izinkanlah saya untuk menghabiskan PhD ini..
izinkanlah saya wahai Allah tamat pengajian ini dengan kejayaan..
izinkanlah saya wahai Allah izinkanlah..

Kerana saya tidak akan dapat menghabiskannya jika bukan dengan izin dari Mu.
wahai Allah, kasihanilah hambaMu yang lemah ini..
______________

Supervisor saya mengirim emailnya..
beberapa hari lepas
ia membakar hati kecil saya..
ia menyemarakkan api di dalam sanubari saya..
is memberikan saya kekuatan..

Tulisnya..

Dear Hidayah,
I know you can make it!!!

Tim

Thank you Bapak Tim
I can make it....
insya Allah.. bi iznillah..

Rabu, 19 September 2012

Perjalanan yang panjang...

Perjalanan

Perjalanan saya semakin hampir ke garis penamat..
Saya semakin gusar dengan kesuntukan masa yang mengejar saya..
Aduhhh.. sempat ker habis ni...
sempat ker...


Jumaat, 13 April 2012

Di sebalik Tabir..

Apa yang Orang Tidak Tahu..

Hidup kita adalah satu perkara yang rumit. Ia bermula dengan pelbagai persedian. Seumpama ingin menjahit baju. Bermula dengan mencari kain, mencari mesin jahit, mencari gunting, mencari benang, mencari tali ukur, mencari kapur, kertas dan apa sahaja yang berkaitan. Kemudian merangka baju di atas kain, memotongnya, mencantumnya,menjahitnya dan kemudian melihat hasilnya..

Ooohhh alangkah cantiknya baju ini.

Orang lain hanya melihat hasil yang terjadi. Baju yang telah siap. Itu pun belum tentu sedap dipakai ataupun tidak. Orang lain tidak dapat memhami apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum terjadinya sehelai baju tersebut. Yang tahu hanya kita.. dan orang yang berada di sekeliling kita.. Dan sudah pasti yang paling tahu adalah Tuhan yang sifatnya Maha Tahu dan Maha Berilmu.

Orang tidak melihat dan tidak mahu tahu bila kita menemui mesin tersebut, kat mana benang kita beli. susah ke senang nak jumpa gunting yang bagus.. Yang nampak mata hanyalah baju yang telah siap.

Kesukaran kita lalui tidak terzahir pada mata orang lain.

Itu belum lagi dikira kesusahan orang  yang terlibat dalam usaha menjadikan kapas kepada kain yang ada. Betapa sukarnya mereka menanam, mencari, memproses sehingga kapas dan semua yang bahan kasar menjadi sejenis fabrik yang menarik. Meletak  lukisan dan corak sehingga tugas kita hanyalah pergi ke kedai dan memilih yang mana kita suka..



Apa yang ada dalam tulisan saya ini?
Agaknya apa yang anda pikir?

---------

Menjadi seorang yang 'berilmu' bukanlah senang. Kerana ianya susahlah maka ALlah nyatakan dalam Qurannya yang mulia, "Apakah sama mereka yang berilmu dan yang tidak berilmu? Mereka tidak sama!"

Itulah yang saya rasai sekarang ini. Saya dan rakan-rakan yang belajar mencari ilmu Allah dalam apa bidang sekalipun, sama ada Master, PhD dan sebagainya adalah seumpama tukang jahit tersebut. 
Orang tidak tahu apa yang kita cari, betapa sukarnya membaca dan memahami, betapa sakitnya seluruh akal dan hati, betapa sukarnya untuk tidur kerana berfikir susahnya mencari bahan yang diperlukan. Betapa tersiksanya berusaha memhami pemikiran orang lain, pemikir dan mereka yang berilmu sebelum kita. Betapa sukarnya membuat ujikaji, mencari bahan dan responden, mentafsirkan semua yang diperolehi dan melakarkan dalam bentuk tulisan menjadi sebuh tesis.

Ohhh ia sungguh sukar..

Menjahit dan menjahir, menggabungkan ayat demi ayat sheingga menjadi satu bentuk pemikiran yang kritis dan mampu memberi sumbangan kepada keilmuan yang sedia ada adalah satu perkara yang sukar. Benarlah apa yang Allah kata, betapa berusaha menjadi orang berilmu adalah benda yang sangat sukar..Kerana itu ALlah mengangkat darjat orang yang berilmu..

Jika tidak kerana perbezaan itu,
apakah yang ingin ALlah nyatakan lagi..
Sungguh benar ALlah yang Maha Tahu..

Jika usaha yang sukar ini tidak menjadikan kita lebih taat dan tunduk kepada ALlah, tuan punya segala ilmu dan keilmuan yang ada di alam ini. Maka apakah erti setiap titik peluh dan getir yang kita lalui. Ilmu ini seharusnya menjadikan kita lebih merendah diri, taat kepada ALlah dan berusaha sehabis daya untuk membawa kebaikan kepada alam. Dengan itu, dapat tak anda kaitkan bahawa 'Orang berilmu itulah sebenarnya yang memakmurkan alam Allah.. menjadi KhalifahNya di muka bumi?' Islam akan naik dan tinggi  apabila ramai penganutnya berilmu dan menjadi pembawa kebaikan kepada alam.

Itulah yang mesti kita buat.



Jika sukarnya kita untuk berusaha menjadi orang berilmu.. Bagaimana mungkin orang terdahulu dari kita. Jika kita sukar menjadi tukang jahit. Anda dapat tak bayangkan betap lebih sukar orang yang berusaha menjadikan kain untuk kita. Jika ilmu yang saya cari ini ada di buku-buku. Apakah kesukaran yang dapat kita bayangkan pada ilmuan terdahulu yang menghasilkan buku pada tahun-tahun tiada komputer dan printer. APakah dapat dibayangkan Imam Shafi'i, Ibn Taymiyah, ulama' Islam dan ilmuan barat menulis untuk kita membacanya. Mereka telah lama menggali dari Quran dan hadith untuk kita semua, membina aliran mazhab, melahirkan satu gagasan ilmu untuk generasi 100 tahun selepas mereka tinggalkan..

Ohh sudah tentu sangatlah sukar usaha mereka..
 Justeru, saya tunduk atas segala kesukaran yang saya lalui dalam pencarian ilmu ini. Saya mengakui kesukarannya, tapi saya tidak akan mengaku kalah. Betapa orang lain berusaha, begitu jugalah kita..

Walaupun orang tidak tahu betapa sukarnya laluan kita..

Seumpama video di bawah..


Siapa tahu sebelumnya?
Saya tidak tahu langsung..
Yang saya tengok hanyalah tengok nasyid maher zain  diyoutube..

Rupanya susahnya nak jadikan video ini, ramainya orang yang terlibat..

dan lamanya masa yang diambil.
Bezanya..mereka buat secara riang, bergembira ramai-ramai..

Sedangkan saya, dan rakan-rakan yang belajar menyiapkan PhD
sedang berjuang dengan air mata dan keringat..

Semoga ALlah redha atas setiap saat yang kita curahkan..
Ameen

Hidayah
Melbourne
13 April 12

Jumaat yang indah..



I believe

Sabtu, 17 Mac 2012

Hilang..

Diam..

Selepas Rudd kalah, dia terus senyap dan hilang dari pandangan mata umum. TV dah tak cari dia lagi, bila Queensland banjir, Premiernya bagi pandangan macam-macam, tapi Rudd tidak juga ada dalam TV. Terus hilang.. kesian dia..

Sepertimana hilangnya Kevin Rudd dari public, begitu jugala hilangnya tuan punya blog ni..hehe..

Saya dikunjungi ahli keluarga saya yangs aya sayang, Aisyah dan Abah dan kami semua berusaha untuk melihat kebesaran Allah dengan keluar berjalan-jalan sementara masih ada rezeki berada di Australia.

Kami ke Tasmania selama seminggu, Alhamdulillah puji syukur pada ALlah atas keizinanNya,  kami melihat betapa besarnya kuasa Allah menjadikan alam ini, menjadikan kecantikan yang begini indah. Tasmania sangat cantik. Syukur pada Allah..kerana memberikan keizinan kepada saya dan keluarga mencapai apa yang lama kami hasratkan..

Selepas selesai musafir, mereka kembali semula ke Malaysia dan saya tinggal sendirian di sini.
Saya perlu memecut perjalanan ini selaju yang terdaya. Saya bekerja dan bekerja, berada di meja tulis untuk menulis tesis ini hampir 15 jam sehari. Letihnya...

Pada masa yang sama, kisah Syria sangat meruntun hati kita,
Kenapa orang islam semakin hari semakin tidak keruan.
Apakah dunia ini akan berakhir dalam sedetik masa lagi, kerana Nabi bersabda, tanda akhir kiamat apabila umat Islam berperang sesama sendiri, di dunia timur melarat dari satu ke satu tempat.. Ya ALlah, hanya Engkau yang maha tahu..

Tapi, walaupun kiamat akan berlaku sedetik lagi, tugasan yang kita lakukan perlu kita habiskan.
Kata Nabi, 'Andai kiamat berlaku, tetapi di tanganmu ada sebiji kurma (untuk ditanam di tanah), maka hendaklah kamu habiskan tugasan tersebut..'

Wahai Allah, bantulah saya untuk menamatkan tugasan PhD  ini..
Walau apa terjadi, selagi ada hayat dan kudrat, saya akan menamatkannya.. insya ALlah..
Amin ya Rabbal a'lamin..

Isnin, 27 Februari 2012

Australia - dan pikir.

Kevin Rudd Kalah...Pikir..

Seperti yang saya pikir semalam, Kevin Rudd kalah..
Kesian dia.. dia dikalahkan oleh Julia Gillard.
Tapi saya kagum dengan ucapan Kevin Rudd tadi..
"Saya Kevin, saya tidak mempunyai rasa marah kepada mereka yang mengutuk saya. Caucus sudah memberikan keputusan dan saya terima dengan hati yang bulat!.."

Anda pikir agaknya akan sampai tak satu hari di Malaysia rakyatnya diberi peluang buat poll macam ni,
Who do you want to be your PM?
A or B?
dan rakyat marhain macam saya dan anda semua boleh join poll..
agak-agak lah, akan sampai tak saat macam ni ke negara kita?

Saya pikir tak akan sampai ..
Negara Australia sudah jauh ke depan berbanding dengan kita..

Anda rasa macam mana?

pikir saja..betul tak betul tak pa.. janji pikir..

Pernah tak dengar orang cakap..
"Alaa malas la nak pikir.."

"Buat berat kepala ja pikir.. buat apa pikir pikir.. "

Ini ciri orang tak berjaya..
jangan ada dalam diri kita perangai buruk macam ni..

pikirlah apa-apa sahaja..
sel-sel otak akan berkembang..

pikir pasal negara kita..
pikir pasal rakyat syria..
pikir pasal Ikhwan Muslimin Mesir..
pikir pasal Palestin..

pikir pasal keluarga kita..
pikir kalau kita mati, apa nak jadi pada keluarga kita..
pikir sama ada anak-anak yang kita ada 2, 3, 4, 5 orang apakah ada sedikit harta untuk mereka gunakan jika kita mati mendadak,
pikir apakah ada saham untuk mereka, saham pendidikan, saham rawatan, KWSP dah tulis penama ker, hutang2 yang kita belum bayar, dah dituliskan kat diary ker mana2 ker..
pikir kalau kita mati, anak-anak kita sempat tak kita didik jadi anak soleh yang tolong doakan dan sedekah amalan untuk kita..

pikir dan pikir..
pikirlah apa sahaja..
yang baik-bak kerna aorang yang berpikir sungguh berbeza dengan orang yang tak berpikir..

Ahad, 26 Februari 2012

Autralia

Poll

Who do you want as Prime Minister?
  • Julia Gillard (11105)17%
  • Kevin Rudd (55461)83%

Saya tak layak mengundi kat Australia, tapi saya selalu membaca dan mengambil tahu apa yang terjadi. Saya suka melihat cara mereka berpolitik. Negara yang maju dan bergaduh secara Australia, walaupun Kevin Rudd kata 'pergaduhan, jatuh menjatuh cara ini ini tidak Australian...'

Sebelum ballot day which is tomorrow, Monday 27 Feb 2012 at 10am, I wish to offer my two cents opinion.. hehe..

My opinion yang tak ada harga sesen pun, 
hanya sekadar pendapat hidayah..:-)

Walaupun saya bukan warganegara, bahkan bukan PR kat Australia ni, tapi saya telah mengambil bahagian dalam poll di atas..:-) 

Saya menyokong Kevin Rudd..

Tapi pendapat saya ballot esok Kevin Rudd akan dikalahkan oleh Julia Gillard.

Kita tengok esok apa jadi ya..

Anda pikir siapa yang menang?

Pikir saja.. lagi banyak pikir lagi kuat otak kita..




Sabtu, 25 Februari 2012

Ulasan..

Kupasan dan ulasan..

Saya ingin membuat kupasan sekadar pendapat saya berkenaan pendapat Grand Muft of Egypt mengenai kesederhanaan Islam. Saya bersetuju dengan beliau dalam banyak pendapatnya, terutama berkenaan dengan cabaran untuk generasi muda beragama Islam. Saya setuju dengan pendapatnya yang mengatakan hakim perlu siasat kesalahan yang didakwa, ada 3 perkara besar yang perlu disiasat sebelum semua orang mendesaknya dihukum bunuh kerana murtad.
1- Betulkah dia berkata begitu? atau menulis begitu?
2- Jika ya, apakah niatnya semasa berbuat perkara itu? apakah kerana ingin menghina Islam, atau kerana kejahilan agamanya bahawa itu salah, atau kerana sekadar suka2 menulis dlm facebook dan twitter.. apa2 yang terlintas di kepala, nak tulis status tanpa mengetahui secara senagja atau tidak tentang akibat dari tulisan tersebut..
3-Jika dia keliru, adakah org yang dia dapat rujuk?

Saya subscribe kepada pendapat beliau.

Saya berpendapat keadaan yang kita lalui sekarang adalah sebesar2 ujian untuk anak-anak kita. Kita dikelilingi hiburan selama 24 jam sehari, dari radia, internet, youtube dll. Kita dikelilingi movies, cerita2 yang bercirikan banyak tema, ada tentang kisah sex semata2, orang telanjang dan melakukan hubungan kelamin secara zahir di kaca TV atau cinema, boleh ditengok dalam youtube dan merata-rata. Ada bertema intellectual freedom, bebas berfikir dan memperjuangkan apa yang difikirkan betul. maka sampai ke tahap ingin melawan hukum yang ada, atas alasan logic akal tidak dapat menerima pena'kulannya.. tak logic dek akal, tak boleh accept.. jadi kebebasan berfikir diwar-warkan..

Anak-anak kita boleh mendapat benda2 ini dari setiap sudut, keliling melengkari diri mereka, dari atas, bawah, dari kanan, kiri tepi dan belakang..

Bagaimana mereka dapat menjaga diri??
Bagaimana mereka dapat menyelamatkan keyakinan kepada ALlah, penghayatan kepada rasa bertuhan yang kukuh mendasar dalam hari nurani..
Bagaimana mungkin mereka dapat jika kita orang-orang tua mereka tidak meberi mereka ilmu agama, ilmu bertuhan dan mendidik mereka supaya ada rasa takut kepada ALlah, tuhan yang tidak dapat dilihat mata..

Bagaimana??

'Ikat tangan mereka dan lemparkan ke dalam air dan kemudian berikan syarat, 'Kamu jangan basah"..
Ohh.. saya subscribe kepada pendapat Grand Mufti Egypt dalam hal ini.
Saya berfikir dan berfikir mengenai  pepatah Arab itu..

Saya berpendapat..
Kita perlu buka ikatan tangan mereka, bersedia bersama mereka mengajar mereka berenang, dan berenang bersama mereka.. apabila mereka kelemasan, kita berada disamping mereka membawanya ke darat..

Islam seharusnya menjadi satu ikatan hati yang mendasar kukuh di hati anak-anak kita.
Sehingga mereka dapat menjadi seperti a coffee bean. Kukuh berdiri sebagai sebiji coffee, tidak hancur dalam air, tapi merubah air menjadi hitam. Mereka bangga dengan islam, dan membawa Islam dalam bentuk yang mudah, tapi bukan mengambil mudah. Membawa Islam dalam bentuk yang bijak, sehingga pragmaticnya Islam, dapat dizahir dengan baik.. Kerana Islam itu agama yang mudah, sesuai sepanjang masa dan tempat.. Apabila bertembung dengan kepayahan, sesuatu hukum bertukar menjadi longgar dan flexible..
Apabila tiada sebarang hardship, hukumnya kembali kepada asal.. Itulah Islam..

Bagaimana anda nak buat untuk menjadikan ia berada tumbuh dan kukuh mendasar dalam diri anak2 anda.?? Mari kita fikir dan fikir..
bagaimana menjadikan Islam tumbuh mendasar dalam diri kita sendiri..
Mari kita terus berfikir..
Apa anda pikir?
boleh ke tak boleh kita buat?

 'Apakah sama mereka yang berfikir dengan yang tidak berfikir?
MEREKA TIDAK SAMA.."
(Al-Quran)

Aisyah..

YM with Aisyah...

Rindunya kat anak saya Aisyah.
Dia masih di KL, tadi saya ber ym dengan Aisyah..
Aisyah dan Abah akan ke fireflypark in Kuala Selangor with ramai2 lagi..
bestnya...
Umi miss you darling.. very much...

·         umi,  i got 95 for my aqidah, and 84 for bm.
puan_hidayah   95 for your aqidah? wow.. you are a clever girl.. alhamdulillah. and 85 for your BM? Wow that was good because BM is still new for you and you managed to get 84.. .. a big congratz from umi..:-)
·         teacher zu said if we get 80 and above for bm.  the girls can do WHATEVER they want
puan_hidayah :‎ what do you mean by whatever?
·         like we can go on a picnic outside school on school time.. something like that
puan_hidayah wow... do you like teacher zu's teaching style?
·        http://msgr.zenfs.com/msgrDisImg/I2CUFVGXNPBRMCAJZBJREBJA2E?checksum=406789793 yes.. but sometimes i get bored in bm..  i even nearly fell asleep ..NEARLY
puan_hidayah alhamdulillah.. i just feel afraid if you can't coop with the new teaching styles..
·         uumi i am going to go to fireflypark in kuala Selangor..
puan_hidayah :‎ aisyah, do you like to have scrap book?
·         yesssss
puan_hidayah:‎ i hope you can collect whatever pictures or notes (nice one) and umi will help you to stick them on your scrap books..
·         yeah
puan_hidayah :‎ maybe we can start with kuala selangor's visit.. what do you reckon?
·         yessss
·        i brought my camera and ipad
puan_hidayah :‎ wonderful..  Umi will give you a few scrap books..
beautiful one.. as a present for your aqidah's result ok.
·         ok
puan_hidayah  so make sure you snap a few beautiful photos.. :-)
·         umi, i won’t snap a few
·        but i WILL snap a LOT
puan_hidayah :‎ hehe...:))
·         umi i need to pray now ok... give me 20 min
puan_hidayah :‎ ok sayang.. go and pray and do make doa for umi ya.. may allah help umi to finish my phd
·         ok umi
puan_hidayah :‎  insya allah we will continue our ym soon ok..
·         don’t go tau
puan_hidayah (25 Feb 16:45):‎ ok sayang.. bye
·         (25 Feb 16:45: ok umi BYE..

Australia

Poll

Who do you want as Prime Minister?
  • Julia Gillard (9798)17%
  • Kevin Rudd (48381)83%