Tuesday, October 16, 2012

Ayat Syifa'

Ayat Syifa' 


Saya kurang sihat sekarang ini. Hari Ahad, 14/10 saya ke Reservoir Leisure Centre untuk swimming. balik dari pool tersebut mata saya mula rasa berair dan pedih. Malamnya saya tidur agak awal, dalam 12.30 saya sudah tidur..

 Hari Isnin 15/10 saya ke universiti jam 9am, ada pertemuan dengan Penyelia. Beliau memberikan tiga bab pertama yang telah diedit olehnya Penuh dengan pembetulan, saya rasa adohhh.. teruknya kerja saya, banyak betul correction.. Membetulkan kesemuanya dan mengadap komputer dari pagi ke malam membuatkan kepala saya pusing. Jam 6pm saya sudah tak mampu bertahan. Saya balik ke rumah dan mata saya berair, runny nose dan kepala mula sakit. Saya sampai rumah jam 7.50mlm, solat maghrib, makan siket, ambil panadol dan sambung kerja sampai tengah malam.

 Disamping makan ubat sebagai ikhtiar, jangan kita tinggalkan doa, mohon ALlah sembuhkan seberapa segera. Ya Allah sembuhkan saya cepat, kerana masa saya sangat suntuk. Saya perlu menyiapkan draft keseluruhan tesis ini secepat mungkin.

"Wahai Allah.. permudahkanlah urusan saya.."

Ameen..

_______________

Ayat kesembuhan

Ayat di bawah adalah doa yang saya pelajari di Darus Syifa' dahulu. Ustaz Harun Din akan baca doa ini setiap kali lepas solat dan lepas pengajian..

Bagi yang kurang sihat, terutama saya dan pembaca jika ada, amalkan doa ini..

Terutama bahagian fatabra' fatabra' fatabra'..
ulang ulang ulang dengan penuh harap kepada Allah..

 Kerana Dialah penyembuh segala penyakit yang ada.. ameen..




Doa atas dan bawah berbeza. Baca yang atas dulu, dan sambung yang di bawah.

Ini adalah doa kedua-duanya..