Saturday, February 25, 2012

Ulasan..

Kupasan dan ulasan..

Saya ingin membuat kupasan sekadar pendapat saya berkenaan pendapat Grand Muft of Egypt mengenai kesederhanaan Islam. Saya bersetuju dengan beliau dalam banyak pendapatnya, terutama berkenaan dengan cabaran untuk generasi muda beragama Islam. Saya setuju dengan pendapatnya yang mengatakan hakim perlu siasat kesalahan yang didakwa, ada 3 perkara besar yang perlu disiasat sebelum semua orang mendesaknya dihukum bunuh kerana murtad.
1- Betulkah dia berkata begitu? atau menulis begitu?
2- Jika ya, apakah niatnya semasa berbuat perkara itu? apakah kerana ingin menghina Islam, atau kerana kejahilan agamanya bahawa itu salah, atau kerana sekadar suka2 menulis dlm facebook dan twitter.. apa2 yang terlintas di kepala, nak tulis status tanpa mengetahui secara senagja atau tidak tentang akibat dari tulisan tersebut..
3-Jika dia keliru, adakah org yang dia dapat rujuk?

Saya subscribe kepada pendapat beliau.

Saya berpendapat keadaan yang kita lalui sekarang adalah sebesar2 ujian untuk anak-anak kita. Kita dikelilingi hiburan selama 24 jam sehari, dari radia, internet, youtube dll. Kita dikelilingi movies, cerita2 yang bercirikan banyak tema, ada tentang kisah sex semata2, orang telanjang dan melakukan hubungan kelamin secara zahir di kaca TV atau cinema, boleh ditengok dalam youtube dan merata-rata. Ada bertema intellectual freedom, bebas berfikir dan memperjuangkan apa yang difikirkan betul. maka sampai ke tahap ingin melawan hukum yang ada, atas alasan logic akal tidak dapat menerima pena'kulannya.. tak logic dek akal, tak boleh accept.. jadi kebebasan berfikir diwar-warkan..

Anak-anak kita boleh mendapat benda2 ini dari setiap sudut, keliling melengkari diri mereka, dari atas, bawah, dari kanan, kiri tepi dan belakang..

Bagaimana mereka dapat menjaga diri??
Bagaimana mereka dapat menyelamatkan keyakinan kepada ALlah, penghayatan kepada rasa bertuhan yang kukuh mendasar dalam hari nurani..
Bagaimana mungkin mereka dapat jika kita orang-orang tua mereka tidak meberi mereka ilmu agama, ilmu bertuhan dan mendidik mereka supaya ada rasa takut kepada ALlah, tuhan yang tidak dapat dilihat mata..

Bagaimana??

'Ikat tangan mereka dan lemparkan ke dalam air dan kemudian berikan syarat, 'Kamu jangan basah"..
Ohh.. saya subscribe kepada pendapat Grand Mufti Egypt dalam hal ini.
Saya berfikir dan berfikir mengenai  pepatah Arab itu..

Saya berpendapat..
Kita perlu buka ikatan tangan mereka, bersedia bersama mereka mengajar mereka berenang, dan berenang bersama mereka.. apabila mereka kelemasan, kita berada disamping mereka membawanya ke darat..

Islam seharusnya menjadi satu ikatan hati yang mendasar kukuh di hati anak-anak kita.
Sehingga mereka dapat menjadi seperti a coffee bean. Kukuh berdiri sebagai sebiji coffee, tidak hancur dalam air, tapi merubah air menjadi hitam. Mereka bangga dengan islam, dan membawa Islam dalam bentuk yang mudah, tapi bukan mengambil mudah. Membawa Islam dalam bentuk yang bijak, sehingga pragmaticnya Islam, dapat dizahir dengan baik.. Kerana Islam itu agama yang mudah, sesuai sepanjang masa dan tempat.. Apabila bertembung dengan kepayahan, sesuatu hukum bertukar menjadi longgar dan flexible..
Apabila tiada sebarang hardship, hukumnya kembali kepada asal.. Itulah Islam..

Bagaimana anda nak buat untuk menjadikan ia berada tumbuh dan kukuh mendasar dalam diri anak2 anda.?? Mari kita fikir dan fikir..
bagaimana menjadikan Islam tumbuh mendasar dalam diri kita sendiri..
Mari kita terus berfikir..
Apa anda pikir?
boleh ke tak boleh kita buat?

 'Apakah sama mereka yang berfikir dengan yang tidak berfikir?
MEREKA TIDAK SAMA.."
(Al-Quran)