Monday, October 15, 2012

Empty your mind..

Empty your mind..

Masa tengok cerita Karate Kid, ada satu perkara yang menarik hati saya.. (selain dari morals of the story yang disebut oleh Aisyah..), iaitu semasa dalam perlawanan antara budak lelaki dengan budak jahat.. (saya tak ingat nama-nama budak2 ni), tapi scene yang last sekali, selepas budak jahat tendang kaki karate kid sampai luka..patah or something like that. That karate kid duduk atas katil dan dia tutup muka dia. kemudian Jacky Chan atau Mr Hun yang jadi cikgunya kata, lebih kurang maksudnya, "Tak perlu malu, you have tried your best. apa-apapun dah dapat tempat kedua walaupun tak jadi johan.."

Tapi budak tu tak setuju, dia nak lawan juga, dia kata dia malu dan nak lawan rasa malu dan takut (fear)..

scenenya pun bla bla...

Akhir cerita, Mr Hun ubatkan dan ikat kaki dia...untuk dia sambung lawan lagi

Masa atas pentas,
lawan-lawan jatuh..
lawan lawan jatuh..

Sampailah kemuncaknya atau kita kata 'culmination' bila Mr Hun kata something yang sangat berharga iatu..

"FOCUS... EMPTY YOUR MIND!"

So budak tu pun fokus... fokus... fokus...
empty his mind..
Then dia buat langkah macam ahli kung fu yang main dengan ular which he saw before hand.

Then... deshummmm...
budak jahat tu jatuh...

Then the budak baik was announced as The Champion.. the Karate Kid!
____________________

Saya cakap dengan Aisyah,
"Aisyah, it's so interesting when Mr Hun said, 'empty your mind', what does it mean Aisyah? empty your mind tu macamna ?

Aisyah menjawab..

"Umi.. memang when we empty our mind, we can get what we want. Empty your mind tu like when we perform our solat, we have to empty our mind, we have to remember Allah alone. So we focus, we kusyu'.. Empty your mind to Umi macam kusyk dalam solat lah.. remember nothing except Allah.."

Oooooh darling Umi, walaupun saya sedia tahu maksud empty your mind, tapi jawapan Aisyah membuka minda saya...membuatkan saya pause and reflect...sesuatu yang sangat besar dalam hidup kita..iaitu 'Kusyuk..kerana Allah dan untuk Allah semata!'
----------------

Dan sampai sekarang saya masih berfikir-fikir tentang perkara ini.. kata-kata Mr Hun, dan kata-kata Aisyah.. yang mengingatkan saya kepada Nabi Muhammad dan sahabat yang dicabut anak panah semasa solatnya.

Semoga saya, anda, dan Aisyah sendiri adalah orang-orang yang berjaya meng 'emptykan our mind' semasa solat..

Ingatkan Allah semata, hati menghayati makna ayat dibaca, mengingat hari akhirat, membayangkan berdiri sendirian di hadapan ALlah yang maha Hebat, memohon simpatiNya, mohon belas ihsan dariNya, mohon bantuanNya.. kerana siapalah kita yang hina ini di hadapan Allah yang Maha Kaya.. semoga ALlah redha kepada kita dan menerima semua solat kita..yang dilakukan dengan kusyu'..
for Him, the one and only!..Insya Allah..