Friday, April 13, 2012

Di sebalik Tabir..

Apa yang Orang Tidak Tahu..

Hidup kita adalah satu perkara yang rumit. Ia bermula dengan pelbagai persedian. Seumpama ingin menjahit baju. Bermula dengan mencari kain, mencari mesin jahit, mencari gunting, mencari benang, mencari tali ukur, mencari kapur, kertas dan apa sahaja yang berkaitan. Kemudian merangka baju di atas kain, memotongnya, mencantumnya,menjahitnya dan kemudian melihat hasilnya..

Ooohhh alangkah cantiknya baju ini.

Orang lain hanya melihat hasil yang terjadi. Baju yang telah siap. Itu pun belum tentu sedap dipakai ataupun tidak. Orang lain tidak dapat memhami apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum terjadinya sehelai baju tersebut. Yang tahu hanya kita.. dan orang yang berada di sekeliling kita.. Dan sudah pasti yang paling tahu adalah Tuhan yang sifatnya Maha Tahu dan Maha Berilmu.

Orang tidak melihat dan tidak mahu tahu bila kita menemui mesin tersebut, kat mana benang kita beli. susah ke senang nak jumpa gunting yang bagus.. Yang nampak mata hanyalah baju yang telah siap.

Kesukaran kita lalui tidak terzahir pada mata orang lain.

Itu belum lagi dikira kesusahan orang  yang terlibat dalam usaha menjadikan kapas kepada kain yang ada. Betapa sukarnya mereka menanam, mencari, memproses sehingga kapas dan semua yang bahan kasar menjadi sejenis fabrik yang menarik. Meletak  lukisan dan corak sehingga tugas kita hanyalah pergi ke kedai dan memilih yang mana kita suka..



Apa yang ada dalam tulisan saya ini?
Agaknya apa yang anda pikir?

---------

Menjadi seorang yang 'berilmu' bukanlah senang. Kerana ianya susahlah maka ALlah nyatakan dalam Qurannya yang mulia, "Apakah sama mereka yang berilmu dan yang tidak berilmu? Mereka tidak sama!"

Itulah yang saya rasai sekarang ini. Saya dan rakan-rakan yang belajar mencari ilmu Allah dalam apa bidang sekalipun, sama ada Master, PhD dan sebagainya adalah seumpama tukang jahit tersebut. 
Orang tidak tahu apa yang kita cari, betapa sukarnya membaca dan memahami, betapa sakitnya seluruh akal dan hati, betapa sukarnya untuk tidur kerana berfikir susahnya mencari bahan yang diperlukan. Betapa tersiksanya berusaha memhami pemikiran orang lain, pemikir dan mereka yang berilmu sebelum kita. Betapa sukarnya membuat ujikaji, mencari bahan dan responden, mentafsirkan semua yang diperolehi dan melakarkan dalam bentuk tulisan menjadi sebuh tesis.

Ohhh ia sungguh sukar..

Menjahit dan menjahir, menggabungkan ayat demi ayat sheingga menjadi satu bentuk pemikiran yang kritis dan mampu memberi sumbangan kepada keilmuan yang sedia ada adalah satu perkara yang sukar. Benarlah apa yang Allah kata, betapa berusaha menjadi orang berilmu adalah benda yang sangat sukar..Kerana itu ALlah mengangkat darjat orang yang berilmu..

Jika tidak kerana perbezaan itu,
apakah yang ingin ALlah nyatakan lagi..
Sungguh benar ALlah yang Maha Tahu..

Jika usaha yang sukar ini tidak menjadikan kita lebih taat dan tunduk kepada ALlah, tuan punya segala ilmu dan keilmuan yang ada di alam ini. Maka apakah erti setiap titik peluh dan getir yang kita lalui. Ilmu ini seharusnya menjadikan kita lebih merendah diri, taat kepada ALlah dan berusaha sehabis daya untuk membawa kebaikan kepada alam. Dengan itu, dapat tak anda kaitkan bahawa 'Orang berilmu itulah sebenarnya yang memakmurkan alam Allah.. menjadi KhalifahNya di muka bumi?' Islam akan naik dan tinggi  apabila ramai penganutnya berilmu dan menjadi pembawa kebaikan kepada alam.

Itulah yang mesti kita buat.



Jika sukarnya kita untuk berusaha menjadi orang berilmu.. Bagaimana mungkin orang terdahulu dari kita. Jika kita sukar menjadi tukang jahit. Anda dapat tak bayangkan betap lebih sukar orang yang berusaha menjadikan kain untuk kita. Jika ilmu yang saya cari ini ada di buku-buku. Apakah kesukaran yang dapat kita bayangkan pada ilmuan terdahulu yang menghasilkan buku pada tahun-tahun tiada komputer dan printer. APakah dapat dibayangkan Imam Shafi'i, Ibn Taymiyah, ulama' Islam dan ilmuan barat menulis untuk kita membacanya. Mereka telah lama menggali dari Quran dan hadith untuk kita semua, membina aliran mazhab, melahirkan satu gagasan ilmu untuk generasi 100 tahun selepas mereka tinggalkan..

Ohh sudah tentu sangatlah sukar usaha mereka..
 Justeru, saya tunduk atas segala kesukaran yang saya lalui dalam pencarian ilmu ini. Saya mengakui kesukarannya, tapi saya tidak akan mengaku kalah. Betapa orang lain berusaha, begitu jugalah kita..

Walaupun orang tidak tahu betapa sukarnya laluan kita..

Seumpama video di bawah..


Siapa tahu sebelumnya?
Saya tidak tahu langsung..
Yang saya tengok hanyalah tengok nasyid maher zain  diyoutube..

Rupanya susahnya nak jadikan video ini, ramainya orang yang terlibat..

dan lamanya masa yang diambil.
Bezanya..mereka buat secara riang, bergembira ramai-ramai..

Sedangkan saya, dan rakan-rakan yang belajar menyiapkan PhD
sedang berjuang dengan air mata dan keringat..

Semoga ALlah redha atas setiap saat yang kita curahkan..
Ameen

Hidayah
Melbourne
13 April 12

Jumaat yang indah..