Tuesday, February 15, 2011

Website Peguamsyarie

Website..

Saya dulu adalah pengendali kepada blog/website Persatuan Peguam Syarie Malaysia, masa saya jadi salah sorang dari Exco Committee tahun - Julai 2006 sampai April 2009. Lepas tu saya dah lepaskan pada orang lain.. Domain dan hosting kami bayar pada Syarikat Mercumaya secara tahunan.

Saya pun tak tahu kenapa, saya dah cuba sedaya upaya -setakat kapasiti saya dari Australia dealing dengan syarikat mercumaya, email macam2.. dan AJK yang baru saya pun tak tahu setakat mana usahanya.. tiba-tiba Mercumaya menutup website tersebut atas alasan tak bayar yuran tahunan.

Sedih betul saya rasa.. sangat sedih.. sebab semua bahan dalamnya hilang begitu saja. saya yang usaha sungguh2 memindahkan bahan2 dari blog peguamsyarie yang lama ke website yang baru.. tetiba2 semuanya hilang..Begitu jugabanyak bahan2 baru yang diupload oelh AJK baru dalam tu.. semuanya hilang!

Nasib baik saya belum delete blog peguam syarie yang lama, so ada ler bahan2 yang sempat tersimpan dalam blog free tersebut.

Sekarang, sesiapa yang click di http://peguamsyarie.org akan keluar entah apa2 benda..
sedih sangat..

Tapi benda dah berlaku..
Tak dapat di gostan balik. Mercumaya pun tak ada pertimbangan lagi..
semuanya gone with the wind..

Saya dengan rasminya pada hari ini 15 Februari 2011, mengeluarkan laman web http://peguamsyarie.org dari link blog sekadar pendapat ini.
Yang tinggal adalah blog free yang lama dulu iaitu http://peguamsyarie.blogspot.com