Wednesday, February 9, 2011

Aisyah lagi..

PhD..

Lepas solat maghrib jemaah beberapa hari lepas, saya berstory kat Aisyah pasal PhD. Saya kata, PhD ni susah... sebab banyak sangat benda kena buat. Nak isi borang tu, isi borang tu, kena cari tu, cari ni, baca tu, baca ni, lepas tu kena faham ni, kena faham tu... lepas dah faham, kena tulis tu, kena tulis ni.. Susah sangat...

Saya kata kat Aisyah, 'Umi tak sangka PhD Umi buat macam ni punya susah.. Umi harap sangat Allah please mudahkanlah bagi Umi siap PhD ni..'

Aisyah kata,

'Umi.. before Abah balik Mesiakan, Abah kan told me a story about nabi punya perang Khandak tu.. It happened that semua orang Islam susah sangat.. kena had to dig the big hole, tak da makanan.. Abah kata susah sangat life masa tu.. Semua orang minta Allah tolong. They said, 'Allah help us.. ALlah help us..' Tapikan Nabi kata, we have to work hard, the hardest pssible.. then Allah pun tolong orang islam..'

umphhhh...

'So Umi, Umi pun kena work as hardest possible.. lepas Umi work hard then Allah tolonglah Umi nanti.. Umi kena be strong and sabar ya..'

umphhh... betullah ..
pandainya anak Umi ni..

'May ALlah help me... amin....'
____________

Berita Gembira dan kurang gembira...

Ooo ada berita gembira..
My mother and my sister Ree satu family akan datang ke Melbourne hari Jumaat 11 Feb ni sampai.. selama 11 hari dan mereka akan melawat Melbourne dan sekitarnya..
Semoga perjalanan ma dan semua berjalan lancar.. amin..

Tapi ada berita kurang gembira..
Ayah jatuh dari tangga tiga minggu lepas, kaki Ayah retak sikit, tapi katanya dah baik siket. Sian Ayah... Tapi Ayah kasi Ma datang ke Melbourne sebab Ayah memang tak nak datang w/pun sihat sebab Ayah tak boleh tinggalkan kampung halamannya..;)
Ayah kasi Ma datang sebab tiket dah beli beberapa bulan yang lepas. Mujur Aa dan anak-anaknya serta Hafiz my youngest brother ada di rumah, teman ayah..
Semoga Ayah dan Ma sihat sejahtera kedua-dua hendaknya...