Tuesday, February 1, 2011

Aisyah dan bahasa

Sakit Tekak....

Aisyah sakit tekak. Selalu saya akan buat 'air ubat', (saya panggil air ubat ), iaitu air masak, campur madu dan beberapa bijik bunga cengkih. Pastu baca doa dan selawat syifa' kat air dan kasi dia minum.

Semalam dia buat sendiri. Lepas dia minum, Aisyah kata,
'Umi.. macamna nak buat ni. cengkerik ni asyik masuk dalam milut Aisyah..'

Saya terkejut le..
'Cengkerik mana Aisyah? mana ada cengkerik kat rumah kita?'

'Ni cengkerik yang Umi selalu letak dalam air ubat ni...'

hehhehe....hehehe...
adoii aisyah .. aisyah.. tu bukan cengkerik ler.. itu cengkih..

cengkerik tu binantang, yang bunyi bising malam-malam tu..
yang aisyah letak tu, tu makanan, nama dia bunga cengkih.. hahaha...