Wednesday, February 2, 2011

Mesir dan Hosni Mubarak

Mesir Bergolak ..

Amir Zuhri, anak Kak Nik- my kakak sulong sekarang berada di Mesir. Dia ambik Syariah. Saya tak tahu apa berlaku pada dia. Risau juga mendengar macam2 keadaan negatif di Mesir. Semoga dia selamat. Tasnim, anak Kak Za, my kakak berada di Jordon. Dia ambik Medic. Saya juga tak tahu apa berlaku pada dia. Tapi Jordon tak terlibat dengan kekelatan yang berlaku sekarang.

Baru beberapa minit lepas, dapat bercakap dengan Kak Za:
Katanya Tasnim dah call. Jordon tak da apa-apa.. Keadaan berjalan lancar.

Bagaimana dengan Zuhri?
Katanya Kak Nik dapat telefon ke Mesir, bercakap dengan Zuhri petang tadi (Rabu 2 Feb 211).
Alhamdulillah Amir Zuhri sihat. Akan dipindahkan ke Jeddah esok atau lusa dan akan dibawa balik terus ke Malaysia.

Semoga semuanya siselamatkan Allah.. amin..
_________________

Tugasan..

Sekarang saya tenagh buat beberapa benda..


1-Reviews manuskrip Supervisor saya.- kena hantar esok (Khamis 3 Feb) ke IB Taurus Publisher di UK.

2-Hj Hamid (MECCA) minta tolong saya hantar berita Masjid Melayu Melbourne (MECCA) ke Berita Harian Malaysia. Saya sedang tulis ni. Malam tadi Hj Hamid bercakap dengan saya melalui telefon maklumkan beberapa data untuk dimasukkan dalam artikel.

3-Ethics Application di Melb Uni- saya dah siapkan semua dokumen tapi tak dapat nak diserahkan tadi sebab saya nak try apply budget untuk field work, kena siapkan beberapa lagi dokumen dan kena serahkan sebelum 17 Februari. Mesyuarat Ethics 21 Febr ni.

4-Ada lagi banyak tertunggak..

Aisyah demam semalam dan hari ni. Tadi kuat tapi malam ni lemah balik.. kesian dia. Tadi dah pergi klinik ambik anti biotik. Lepas tu saya bawak Aisyah ke rumah Arisya main-main dan saya ke Melb Uni..Terima kasih Syidah tolong jaga Aisyah yer.

Bila Aisyah demam, bertembung dengan banyakkkkkkkkkkkkk sangat benda2 kena buat.. saya selalu rasa.. 'How I wish if Abah was here...I am over my head' ...

Alangkah banyaknya kerja, dan tak cukup masa dan tenaga..
Semput rasanya..