Rabu, 8 Jun 2011
Tax Number
Australian Taxation Office.
Saya hari tu tolong Supervisor saya Prof Tim jadi proofreader manuscript dia. Nanti saya akan dapat gaji.. seronoknya.. saya dengar mungkin dalam AUD1400.. alhamdulillah..
In order untuk gaji saya diproses, saya dikehendaki untuk memohon nombor tax dari Imigresen Australia. Saya dah isi semua paper worknya, sekarang nak dapatkan no,bor tax..
Bila saya isi semuanya, dapatlah reply yang ini...
MRS Nurhidayah Muhammad Hashim
You have successfully submitted an application for a Tax File Number with the Australian Taxation Office. Your receipt for this application is DIAC1003105840. Please make a note of this receipt number for any inquiries you may have about the status of your TFN application. If you have not received your tax file number within 28 days of this application, please phone 132861.It is not compulsory to quote your tax file number to anyone. However, if you do not supply your tax file number to your payer within 28 days of commencing a new job, your payer must withhold 46.5% if you are a resident and 45% if you are a non-resident from any payments made to you after this period. A letter advising you of your TFN will be sent to the postal address you have provided.
Selasa, 7 Jun 2011
Jalan Yang Lurrus...
Jalan lurus adalah doa kita setiap hari..
ihdinassiratal mustaqim...
ya ALlah tunjukkanlah aku jalan yang lurus..
Iaitu jalan yang membawa kepada cinta ALlah, jalan hidup yang kita mohon agar sentiasa dibuka untuk kita. Agar setiap yang kita lalui dan kerjakan di dunia ini sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Ilahi..
Itu jalan lurus kehidupan insan di muka bumi sebagai hamba ALlah yang baik.
_____________
Di bawah ini pula adalah jalan yang lurus..
Lurus tanpa bengkang bengkok...
Jalan terlurus paling panjang di dunia..
ia berada di Western Australia menuju ke South Australia..
dan kami berada di jalan tersebut...
Lurusss sangat...
sejauh mata memandang..
ia lurus ke depan..
dari tpt kita drive, atas bukit siket,
dan kita akan dapat tengok betapa lurusnya jaalan tersebut..
turun naik tapi ianya lurus..
Ia dipanggil The Longest Straight Highway in the World!!
Isnin, 6 Jun 2011
Why Can't We Share???
mari kita share apa-apa yang baik..
share lah demi kebaikan semua...
Ahad, 5 Jun 2011
Adil Menangani Anak-anak
kadang-kadang, ibu bapa tak sedar dia sebenarnya pilih kasih antara anak-anak mereka. Pilih kasih yang biasa-biasa mungkin tak berat sangat, tapi kalau sangat ketara, memang tak boleh. ANak-anak sengsara dan ibu bpa tersebut perlu betulkan pendekatan mereka.. Pilih kasih tidak boleh diamalkan kerana anak-anak berhak mendpaat kasih sayang yang benar dan ikhlas dari ibu bapa masaing-masing.
Sekadar pendapat saya..
Adil Dalam Menyayangi Anak-anak
Sebuah drama keluarga yang ditayangkan baru-baru ini membawa tema kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Kisah menggambarkan bagaimana seorang ayah sangat menyayangi anak pertama telah menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada anak tersebut. Sedangkan layanan berbeza diberikan kepada anak kedua sehinggakan si ayah menolak segala kebaikan yang datang daripada si adik. Hasil penzahiran kasih sayang yang begitu ketara menyebabkan tekanan dan kronik dalaman kepada si adik.
Dalam kisah tersebut, si ayah telah memberi satu set walkie talkie yang mahal untuk si abang dan mereka berdua telah bermain, saling bercakap menggunakan walkie talkie tersebut dengan begitu gembira. Adik yang melihat dengan sedih telah bertanyakan apakah ayahnya ada membelikan hadiah yang sama untuknya. Dengan nada bersahaja si ayah menjawab bahawa dia tidak membelikan sebarang hadiah kerana si adik tidak tahu menghargainya. Selepas beberapa ketika, si adik telah mengambil walkie talkie tersebut, melarikannya serta bermain sendirian berlagak bahawa dia sedang bercakap dengan ayahnya. Apabila abang menceritakan kepada ayahnya bahawa adiknya mencuri hadiah tersebut daripadanya, si ayah telah manangkap, menengking, memukul si adik, memarahi dan mengulang-ulang kata-kata ugutan seperti ”Jangan tinggal di rumah ini lagi kalau nak jadi pencuri”, ”Ayah benci anak yang jahat” dan kata-kata tajam yang menghiris hati seorang anak yang masih belum faham tentang erti kehidupan.
Kisah seumpama ini selalu juga berlaku dalam masyarakat kita di mana kasih sayang kerap dibeza-bezakan antara adik beradik sama ada secara sedar atau tidak.. Ada ibu bapa melebihkan anak bongsu, ada yang terlalu memanjakan anak kedua, anak sulong, anak lelaki dan sebagainya. Anak-anak yang merasakan dirinya tidak disayangi akan cuba membuat satu penilaian terhadap kasih sayang ibu bapa kepadanya. Mereka dapat merasakan bahawa wujud perbezaan kasih sayang ibu bapa terhadap dirinya dan adik beradik yang lain.
Apa yang bermain dalam fikiran seorang anak apabila dia dilayan seperti seorang yang tidak dikehendaki, tidak disayangi dan tidak dipedulikan?. Siapakah yang akan dia pergi jika ingin meluahkan kekecewaannya terhadap kehidupannya. Di manakah tempat yang mungkin akan menggembirakannya setelah dia berjaya melangkah lebih jauh daripada rumah tersebut. Mungkin semasa kecil, dia tidak terdaya untuk berfikir jika lari dari rumah, tapi bagaimana jika dia telah besar dan mempunyai kenalan di merata tempat. Cuba kita bayangkan apakah anak tersebut setelah membesar dapat mengubah persepsi yang dipegangnya semenjak kecil.
Dalam urusan memberi kasih sayang kepada anak-anak, terdapat beberapa panduan yang wajar diambil berat oleh ibu bapa berdasarkan nasihat ilmuan Islam dan pakar psikologi kanak-kanak.
Pertama, ibu bapa jangan menzahirkan dengan ketara rasa kasih kepada seseorang anak dan meninggalkan anak-anak yang lain. Walau pun mungkin ada salah seorang anak lebih disayangi, tetapi perasaan kasih itu jangan keterlaluan dizahirkan. Mengambil iktibar dari teguran Allah kepada suami-suami yang berpoligami di mana Allah memberi nasihat supaya mereka jangan menunjukkan kasih sayang kepada seorang isteri melebihi isteri yang lain. Ia akan menyebabkan isteri yang ditinggalkan merasa tidak ketahuan, rasa terbuang dan tidak disayangi. Walaupun ia merujuk kepada isu poligami, tetapi yang penting ia melibatkan perasaan sebagai seorang insan. Anak-anak juga begitu. Jangan melebihkan anak bongsu contohnya dengan keterlaluan sehingga anak-anak lain dibiarkan.
Kedua, beri ganjaran dan teguran dengan adil di antara semua anak-anak. Jika anak melakukan yang baik, bagi perangsang dan pujian atau hadiah. Jika membuat kesilapan, perlu ditegur dengan sebaiknya. Apabila anak yang disayangi membuat silap tetapi yang dimarahi adalah anak-anak yang lain, ia menunjukkan ibu bapa tidak bijak menangani urusan keadilan dalam pendidikan anak-anak. Jika dibelikan hadiah kepada seorang nak, belikanlah untuk kesemuanya. Walaupun murah, setiap anak sangat mengharapkan ingatan daripada ibu bapanya. Namun begitu, pengecualian mungkin diberi semasa hari lahir anak-anak tertentu atau kejayaan dalam peperiksaan dan sebagainya.
Ketiga, ibu bapa tidak wajar sama sekali menggunakan ayat-ayat yang menghiris hati kecil anak seperti, ”Ayah atau ibu benci pada kamu”. ”Kalau nak jadi jahat, jangan jadi anak ibu lagi”. ”Keluar dari rumah, ibu benci tengok muka kamu” atau apa-apa yang memberi kesan penolakan kepada anak. Ia boleh menimbulkan kebencian si anak terhadap ibu bapanya dan juga kepada dirinya sendiri. Perbezaan layanan daripada bapa atau ibu akan menimbulkan pelbagai soalan dalam diri si anak . Contohnya, ”Saya ni siapa dalam rumah ini?” ”Kenapa ayah benci sangat dengan saya?”, ”Kenapa semua saya buat salah belaka?”, ”Apakah saya ni anak orang lain?”, ”Apa patut saya buat supaya ibu atau ayah sayang saya.”
Keempat, penggunaan kuasa autoritarian atau diktator terhadap anak tidak membantu secara mutlak untuk menjadikan anak seorang yang bijak, mampu berdikari dan pandai menyelesaikan masalah secara sendiri. Anak-anak mungkin patuh di hadapan tapi bertindak sebaliknya di belakang ibu bapa. Penggunaan ayat-ayat sindiran, perlian dengan sinis kepada anak yang tidak disayangi juga perlu dielakkan. Anak-anak tidak dapat menangkap maksud di sebalik sindiran tersebut. Jelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dengan baik dan betulkan kesilapan mereka tanpa membezakan antara antara adik beradik yang ada. Ibu dan ayah juga perlu selalu menyebut perkataan baik berbentuk positif dan mengingatkan anak-anak tentang peranannya dalam usaha membentuk kekuatan jiwa anak-anak mereka.
Rasulullah (SAW) menyebut bahawa anak-anak seumpama kain putih yang diberi warna oleh ibu dan bapa. Ibu dan bapa yang mencorakkan warna dikanvas tersebut, memberi nilai yang baik, mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Menghadapi anak-anak dengan kasih sayang yang terpilih dan berbeza-beza akan menyukarkan usaha mendidik mereka. Justeru, ibu bapa perlu adil dalam memberi kasih sayang dan didikan sertaperlu selalu menambah ilmu keibupaan agar usaha mendidik anak-anak akan lebih berjaya.
Nurhidayah Hashim
Jumaat, 3 Jun 2011
Aisyah
Semalam Aisyah tanya saya,
'Umi..kalau ada orang Islam dia tak nak tutup aurat, dia masuk neraka ke Umi? Neraka orang Islam yang tak tutup aurat tu sama tak dengan neraka orang yang tak believe in Allah? Lagi satu Umi, kalau orang islam dalam neraka tu kan, dia boleh tak tengok kalau ada orang islam dalam syurga? Aisyah tak dapat la nak pikir...'
Umppppppp tingginya soalan ilmu kalam Aisyah..
Sabtu, 28 Mei 2011
Perjalanan..
dari Perth, kami bertolak pagi Khamis 8pagi. bawak 1000 km dan singgah tidur di satu tempat. Esok lepas subuh bertolak lagi dan singgah mana-mana yang ada disekitar tempat yang kami lalu. Malamnya singgah tidur di kabin. Leepas subuh jalan lagi... Letih ler...
Dalam perjalanan tu, kami singgah satu tempat.. banyak tempat ler sebenarnya.. :-)
Ada satu tu nama dia Norseman, dekat dengan bandar dia, ada satu tempat menarik dipanggil Pioneer Village, di mana banyak rumah2 lama dipindahkan ke dalam tempat tu. Jadi perkampungan di tahun 1830an-1990an.. Menarik sangat pada pandangan saya..
Yang usiknya sapa? Tu.... Makcik Aisyah tengah jerang air..hehe..
Khamis, 26 Mei 2011
Autumn in my Heart..
Autumn in my heart tu cite Korea...:-)
tahun ini Allah masih beri kesempatan untuk kami emrasai autumn di Melbourne lagi. alhamdulillah. Kembali dari Perth, saya memulakan laluan hidup yang sangat sibuk untuk menyiapkan tugasan. Saya ke Melbourne U dan buat kerja dengan penuh kesungguhan. insya Allah.
Sabtu lepas 21 May ada perbincangan tentang cara penulisan thesis di malaysia hall anjuran VMPGA. Majlis dari jam 9.30 berakhir 1.30pm. Lepas tu Abah jemput dan kami on the back to rumah, singgah di sebuah park berdekatan dengan Malaysia Hall.
Cantik sangat ciptaan Allah.. daun-daun berguguran, warna kuning..
Kita pun ambik ler gambar..:-)
___________
Perth..
Ni gambar kami di bandar Perth.. kami terlupa nak ambik gambar dengan Shah sekeluarga. Aisyah asyik sebut, 'Kenapa kita tak ambik gambar dengan Adik Syifa'rania Umi..ala...takda pun gambar kata rumah Syifa'rania..' (Syifa'rania yang comel tu adalah anak Shah (kawan yg tolong kami di Perth..)
On the way from perth ke Melbourne, kami berjumpa dengan banyak tempat menarik. Antaranya adalah Wave Rock.. cantikkan.. masya Allah.. baru besar macam ombak..
baju di atas adalah satu daripadanya...:-))
Selasa, 24 Mei 2011
Lovely Trip to Sydney
NI Aisyah tulis dengan Amirah lepas balik dari Sydeny dulu. Kami pergi konvori 5 keluarga, iaitu keluarga kami, keluarga Hana (Hamdan dan Farizal), keluarga Adam (Rasul dan Zainab), keluarga Umairah (Pak Tam dan Nor) dan keluarga Amierah (Ustaz Khairul dan Dr Intan)
Karangan ini sangat baik dan saya kasi markah 100%..:-)
__________________
The Lovely Trip to Sydney
On Thursday the 6th of January, Amierah’s family, Hannah’s family, Aisyah’s family and Adam’s family and Pak Tam’s family went to Sydney together. It took us two days to arrive at Sydney by car. On the first day it was so tiring because we were so so HOT.
Amierah’s Dad and Hannah’s Dad used a different car, it was a rented car.
The first day was so so boring, because we had nothing to play or do but of course some of us slept or talk.
A few hours later we arrived at the cabins. After we arrived at the cabins we met and ate in the kitchen which was outside. After we ate we slept in our own cabin. It was the best cabin.
Anyway we went to Parliament House it was so cool.
We thought that Julia Gillard was in the Paliament House because it’s the Paliament House.
After we went to the Paliament House we went to Malaysia Hall. Pak tam got his own room but he also got another room because there are to much kids that can’t sleep in they’re own room because it is so small ( girls only)
The next day we went to black mountain we experience that when you go uphill sometimes the air go inside your ear which pops, we really really really hate when it happen.
The next morning we went to Beqa Factory. It is all about how to make cheese and we can taste the flavour of the cheese but we don’t have to pay for the tasting so we ate alot. It was so fun.
After we went to the Beqa Factory we went to Whale Museum. It is all about Whales and the skull of it.We took pictures and some of us bought something from the Souvuneir Shop.
It was the best, funny, fun trip ever.
![]()
Ahad, 22 Mei 2011
Jangan Cium Saya...
Aisyah ..
Saya baca ni saya ketawa.. hehehe.. anak anak..
Ini adalah karangan Aisyah, bukunya yang ke empat..
Aisyah nak buat buku, dan saya akan selalu memberinya semangat...
_______________________
Jangan Cium Saya........
“ Mama Mierah tanak dicium malam ini. Mierah dah besar sangat untuk dicium”.
“Besar sangat untuk dicium!!!!. Mama tak pernah dengar pun orang cakap macam tu”.
“ Mierah dah besar sangat dah Mierah tak payah kena cium”.
“Sampai bila bila tanak?”
“Tanak. Sampai bila bila tanak”.
“Okay tapi kenapa?”
“ Sebab Mierah selalu kena cium.”
“Bila Mama hantar Mierah ke sekolah, Mama cium Mierah.”
“ Bila Mama panggil Mierah si comel, Mama cium Mierah.”
“Bila Mama panggil Mierah cantik manis Mama cium Mierah.”
“Dan bukan Mama saja yang suka cium Mierah, semua orang dalam keluarga Mierah suka cium Mierah!”
“Dari pagi sampai malam Mierah kena cium.. letih lah.”
“Mierah dah letih jadi semua orang punya si comel, kesayangan dan cantik manis.
“Malam ini Mierah tanak siapa pun cium Mierah.”
“Ok Mama kena cium teddy bear lah kalau macam tu.”
Saya cuba nak tidur tapi tak boleh. Saya letak selimut atas muka saya tapi saya tak suka gelap.
Gelap nya. Saya peluk teddy bear saya. “Mama!!!!”
“ye Mierah”
“Mama, Mierah tak boleh tidur!”
“kenapa? Mierah takut..?”
Mama dokong saya dan peluk saya.
“Mama, gelap sangat malam ini. Mierah takut sangat!”
Mama cium saya beribu ribu kali, lepastu saya tak takut dah.

Rabu, 18 Mei 2011
Kasi lecture
Saya nak kena prepare nak kasi talk untuk kelas my Supervisor kat law School bulan depan.
Saya letak email dan balasan saya untuk rekod dan catatan saya..
p/s Supervisor aya buleh cakap Indonesia sebab dia belajar dan kahwin dengan orang Indonesia.
From: Tim
To: puan hidayah
Sent: Fri, April 8, 2011 11:37:38 AM
Subject: An invitation
Puan Nur Hidayah yang baik,
If you are in Melbourne in June, would you be interested in giving a lecture on women Islam, law and politics in Malaysia on Monday 27 June, from 10 AM for my MLM subject, Islam, Law and Politics in Asia? The presentation could be on women and divorce or any other relevant topic that interests you!
We would, of course, pay you for the lecture
I very much hope you can take part.
Salam hangat,
Tim
________________
Ini jawapan saya..
Dear Bapak Tim,
Bisa Pak. Saya ada di Melbourne mid May nanti. Jika tiada keuzuran, saya akan bersama-sama pada hari tersebut. Terima kasih atas kepercayaan Bapak kepada saya.
p/s Saya sudah post buku Fatwa ke Bapak. maybe next Monday/Tuesday sampai di sana.
hidayah
Review Manuscript
Manuscript Reviews
Hari tu pada 7 Feb 2011, saya disuruh/diminta jadi reviewer untuk buku yang Supervisor saya tulis. setebal 511 muka surat. Ini untuk rekod saya bahawa inilah catatan review yang saya siapkan dan dikirim pada Penerbit buku tersebut.
________________
Islam, Law and the State in Southeast Asia, Vol III: Malaysia and Brunei
This manuscript presents a comprehensive discussion upon the topic of Islam, Law and the State, covering two different countries i.e Malaysia and Brunei. The authors have discussed many important aspects starting from pre to post independence up to the current practices in both countries. The beautiful flow of the authors’ ideas makes the manuscript is interesting, easy to understand even by those who have no legal background.
However, for improvement purposes, I would like to offer some suggestions and comments to be considered by the authors:
1- The Glossary: The meanings of some Arabic / Malay words have to be corrected. Example: al-li’an (related to the oath taken by both parties), harta sepencarian ( subject to the discretion of the judge, either equally or quarterly), eddah and idda, fitrah and zakat fitrah, and also fasakh (page 265).
2- The hadith (page 47) which is quoted from Milner (2001) claimed that the Prophet said, ‘the prince is God, not I’ needs to be confirmed from authentic sources like Bukhari and Muslim as it is not known by many. If the authenticity of the ‘claimed hadith’ could not be found, it is suggested that this part to be deleted as it creates confusion to the readers and will be claimed as fake or mursal hadith.
3- Additional Malay reference: I suggest some additional books and articles in Malay language to be added especially relating to the historical background and the current practice in Malaysia. The books are considered relevant to provide some extra values to the manuscript. Among others are: books written by Mahmud Zuhdi Abd Majid, Abdul Munir Yaacob, Mohamed Azam Mohamed Adil. Shad Salem Ahmad Faruqi, Ahmad Hidayat Buang, Raihana Abdullah, Zainul Rijal Abu Bakar and many others.
4- Spelling: the different spelling of syariah needs to be clarified more, in what conditions it will be spelled as syariah, or sharia or shari’ah. Some other Malay words need to be corrected such as: Melayau Isam Beraja (page 34) should be Melayu Islam Beraja, Majls (page 44) should be Majlis, Kedah Sheraiah Courts (page 61) should be Kedah Syariah Court, qual muktamad (page 130) should be qaul muktamad, ujirah (page 156) should be ujrah, baitumal (page 173/175) should be baitulmal, Jahore (page 173) or Johor, Daluk (page 209) should be Datuk, Pengambilihan (page 219) should be Pengambilalihan, Terrenganu (page 222) should be Terengganu, Makhamah (page 234) should be Mahkamah, Pegawi (page 253) should be Pegawai, sariah Courts (page 256) should be Syariah Courts, High Court (Malay) (page 256) should be High Court (Malaya), Kapajkan Islam (page 257) should be Kebajikan Islam, Syiarah Court (page 259) should be Syariah Court, Ahkam al-Adliyan (page 295) should be Ahkam al-Adliyah,
5- The paragraph quoted from Othman (page 93) that ‘ in prosecuting crimes, it is not necessary that both parties are Muslims. Many cases have been taken to court where only one of the parties is a Muslim, thus impeding the right of a non-Muslim to be free from the jurisdiction of Islamic laws’, is confusing which means the non-Muslim will also be charged for the crime. I would like to suggest for that statement to be examined further, because as far as I know, non-Muslims have never been charged in Syariah courts for khalwat.
6- Regarding the reform in codifying Islamic laws in Malaysia in 80s (page 95), we call as ‘taqnin’, I think the authors should include how the development in Turkey and other countries had influenced Malaysia, the codification of Majalle as discussed by Ahmad Ibrahim and Raihanah Abdullah.
This book is very informative, proving the thorough research done by the authors. It will subsequently contribute to the literature and would be very useful for law students, researchers, lecturers and those who are interested to understand Islamic laws as practised in Malaysia and Brunei. I personally give my full support for this manuscript to be published.
Thank you
Nurhidayah
Back to Work
Saya balik dari Malaysia ke Australia pada 10 May 2011, naik Air Asia bersama-sama Aisyah dan Abah. Kami tak ke Melbourne tapi ke Perth dulu dengan tujuan nak menyelesaikan beberapa perkara dan kemudia turun ke Melbourne melalui jalan darat.. dgn kata lain bawak kerete dari perth ke melbourne.
Semasa kami di Mesia selama 2 bulan. macam2 perkara berlaku. Atok dan Nenek Bangi kurang sihat. Kesian sangat dengan mereka. Semoga ALlah memberi kesihatan yang baik cepat2 sempoh pada Atok dan nenek Bangi.
Sebelum balik ke Australia, saya dan Aisyah naik Air Asia pergi balik Kl-KB untuk melawat Tok Ayah dan Tok Ma di melor. Satu hari saja. iaitu pada 6 hb balik (Jumaat) dan balik KL pada 7hb. Pada hari Ahad (8 May) saya da appointment dengan Honey Tan, peguam bar Council untuk ditemubual. Hari Isnin 9 May saya ada lagi kerja tak siap, say ke Mahkamah PJ untuk tengok kes2 unreported mengenai nafkah anak yang saya sedang kaji. Lepas tu hari lari ke UKM pula untuk pulangkan buku pada Tuan Abu, rakan belajar saya. Lari ke Sekolah Aisyah ISSA untuk bayar yuran Aisyah selama tumpang belajar di sekolah. Kena bayar RM510.
Hari Selasa 10hb, barang2 ke Australia belum kemas lagi. Saya masih ada lagi kerja tak siap. Mahkamah Syariah kajang telepon kata ada 20 kes nafkah anak yang mereka siapkan untuk saya.. Sya dah mengeluh..'Allahuakbar.. nak balik dah ni, kerja baru masuk.. camana ni...' Saya lari ke Mahkamah Kajang pula, duduk sana beberapa jam,. lepas tu lari pulak ke Celcom untuk batalkan Broadband yang saya ambik untuk dua bulan ni. sebulan RM49 untuk 1 G. Punyal er mahal..
Lepas tu saya kena lari pulak ke Maybank sebab ada masalah credit card saya.. Lemah betul dengan Maybank ni. Saya tulis alamat supaya diserahkan kad kredit saya ke Bangi, dia pergi send ke alamat yang tertulis dalam IC saya iaitu di Seksyen 17, Shah Alam.. Apa punya ler sistem.. So saya kena pergi jumpa staff incharge pulak..
Lepas tu saya segera balik ek Bangi, jam dah kol 5.30pm, kemas2 dan susun mana patut, seal kotak2.. sbb sy bawak Jurnal Hukm dan buku2 saja dalam 33kg. Yg lain2 adalah keropok :-)
Jam 9.00 malm kami ke LCCT. check in ke Perth dan naik flight kol 11.45mlm. Tido je dalam flight.
Sampai di Airport Perth, Shah (Mantan Presiden MyPSA WA) jemput kami dan kami pun menjadi tetamu beliau dua hari. Terima kasih Shah dan juga isteri Rozy atas bantuan yang diberi. Jam 11pg, kami keluar ke Bandar Perth untuk selesaikan urusan kami dan petangnya Abah drive,kami pusing2 bandar Perth sampai ler malam.
Esoknya jam 7pagi hari Khamis, kami pun bertolak drive ke Melbourne...Rozy siap bekalkan kami nasi goreng dan nasi putih untuk makan tengah jalan. Terima kasih Rozy.. Aisyah makan banyak sungguh.. hehe..
Perjalanan darat dari Perth ke Melbourne sejauh lebih 3000km...
journey yang panjang selama 4 hari dan bermalam di 2 kabin dan 1 motel.
Letih... takyah cakap ler..
Lapar..takyah ler nak cakap.. takda kedai..highway sepanjang WA, dalam hutan, takde line tepon dan takde kedai.. sangat2 mencabar..sy ingat ada ke kedai kebab, supermarket ke tapi takda..
Akhirnya..
selepas 4 hari perjalanan, berhenti di beberapa tempat yang agak menarik.. terus keluar tanpa masuk bandar Adelaide (w/p plan awalnya nak singgah rumah Wan di Adelaide.. tapi keadaan supir kami tidak mengizinkan.. dia mengantuk sangat2 dan nak keluar dari kesibukan bandar cepat-cepat.:-).)
Akhirnya hari Ahad, jam 10malm kami sampai di Melboourne..
selepas 4 hari dalam perjalanan..
Adoiii pengalaman yang tak terucap!
Apa yang saya jumpa dan lihat...
Sambung lain entry..
Rabu, 4 Mei 2011
Moral of the story..
Saya tanya Aisyah malam tadi,
'Aisyah did you read your story in front of your friends?'
Dia jawab 'Yes, Teacher Kauthar asked me to read out loud so I read it.. and Teacher kauthar and my friends said, 'wonderful story.. congratulation Aisyah'.. hehe..
Aisyah ketawa sambil bercerita macam-macam..
Then saya tanya, 'What's the moral of your story actually?'
'When I read the story in class, i also explained the moral of the story Umi.. The moral of the story is that we cannot tease people, because we do not know what will happen to them. Teasing people is not good. We have to be good friends and do not tease our friends in front of other people..'
Hummpppp... betul jugak!