Sunday, May 22, 2011

Jangan Cium Saya...

Aisyah ..


Saya baca ni saya ketawa.. hehehe.. anak anak..

Ini adalah karangan Aisyah, bukunya yang ke empat..

Aisyah nak buat buku, dan saya akan selalu memberinya semangat...

_______________________

Jangan Cium Saya........

“ Mama Mierah tanak dicium malam ini. Mierah dah besar sangat untuk dicium”.

“Besar sangat untuk dicium!!!!. Mama tak pernah dengar pun orang cakap macam tu”.

“ Mierah dah besar sangat dah Mierah tak payah kena cium”.

“Sampai bila bila tanak?”

“Tanak. Sampai bila bila tanak”.

“Okay tapi kenapa?”

“ Sebab Mierah selalu kena cium.”

“Bila Mama hantar Mierah ke sekolah, Mama cium Mierah.”

“ Bila Mama panggil Mierah si comel, Mama cium Mierah.”

“Bila Mama panggil Mierah cantik manis Mama cium Mierah.”

“Dan bukan Mama saja yang suka cium Mierah, semua orang dalam keluarga Mierah suka cium Mierah!”

“Dari pagi sampai malam Mierah kena cium.. letih lah.”

“Mierah dah letih jadi semua orang punya si comel, kesayangan dan cantik manis.

“Malam ini Mierah tanak siapa pun cium Mierah.”

“Ok Mama kena cium teddy bear lah kalau macam tu.”

Saya cuba nak tidur tapi tak boleh. Saya letak selimut atas muka saya tapi saya tak suka gelap.

Gelap nya. Saya peluk teddy bear saya. “Mama!!!!”

“ye Mierah”

“Mama, Mierah tak boleh tidur!”

“kenapa? Mierah takut..?”

Mama dokong saya dan peluk saya.

“Mama, gelap sangat malam ini. Mierah takut sangat!”

Mama cium saya beribu ribu kali, lepastu saya tak takut dah.

Tamat!!