Wednesday, May 18, 2011

Back to Work

Perth

Saya balik dari Malaysia ke Australia pada 10 May 2011, naik Air Asia bersama-sama Aisyah dan Abah. Kami tak ke Melbourne tapi ke Perth dulu dengan tujuan nak menyelesaikan beberapa perkara dan kemudia turun ke Melbourne melalui jalan darat.. dgn kata lain bawak kerete dari perth ke melbourne.

Semasa kami di Mesia selama 2 bulan. macam2 perkara berlaku. Atok dan Nenek Bangi kurang sihat. Kesian sangat dengan mereka. Semoga ALlah memberi kesihatan yang baik cepat2 sempoh pada Atok dan nenek Bangi.

Sebelum balik ke Australia, saya dan Aisyah naik Air Asia pergi balik Kl-KB untuk melawat Tok Ayah dan Tok Ma di melor. Satu hari saja. iaitu pada 6 hb balik (Jumaat) dan balik KL pada 7hb. Pada hari Ahad (8 May) saya da appointment dengan Honey Tan, peguam bar Council untuk ditemubual. Hari Isnin 9 May saya ada lagi kerja tak siap, say ke Mahkamah PJ untuk tengok kes2 unreported mengenai nafkah anak yang saya sedang kaji. Lepas tu hari lari ke UKM pula untuk pulangkan buku pada Tuan Abu, rakan belajar saya. Lari ke Sekolah Aisyah ISSA untuk bayar yuran Aisyah selama tumpang belajar di sekolah. Kena bayar RM510.

Hari Selasa 10hb, barang2 ke Australia belum kemas lagi. Saya masih ada lagi kerja tak siap. Mahkamah Syariah kajang telepon kata ada 20 kes nafkah anak yang mereka siapkan untuk saya.. Sya dah mengeluh..'Allahuakbar.. nak balik dah ni, kerja baru masuk.. camana ni...' Saya lari ke Mahkamah Kajang pula, duduk sana beberapa jam,. lepas tu lari pulak ke Celcom untuk batalkan Broadband yang saya ambik untuk dua bulan ni. sebulan RM49 untuk 1 G. Punyal er mahal..

Lepas tu saya kena lari pulak ke Maybank sebab ada masalah credit card saya.. Lemah betul dengan Maybank ni. Saya tulis alamat supaya diserahkan kad kredit saya ke Bangi, dia pergi send ke alamat yang tertulis dalam IC saya iaitu di Seksyen 17, Shah Alam.. Apa punya ler sistem.. So saya kena pergi jumpa staff incharge pulak..

Lepas tu saya segera balik ek Bangi, jam dah kol 5.30pm, kemas2 dan susun mana patut, seal kotak2.. sbb sy bawak Jurnal Hukm dan buku2 saja dalam 33kg. Yg lain2 adalah keropok :-)


Jam 9.00 malm kami ke LCCT. check in ke Perth dan naik flight kol 11.45mlm. Tido je dalam flight.

Sampai di Airport Perth, Shah (Mantan Presiden MyPSA WA) jemput kami dan kami pun menjadi tetamu beliau dua hari. Terima kasih Shah dan juga isteri Rozy atas bantuan yang diberi. Jam 11pg, kami keluar ke Bandar Perth untuk selesaikan urusan kami dan petangnya Abah drive,kami pusing2 bandar Perth sampai ler malam.


Esoknya jam 7pagi hari Khamis, kami pun bertolak drive ke Melbourne...Rozy siap bekalkan kami nasi goreng dan nasi putih untuk makan tengah jalan. Terima kasih Rozy.. Aisyah makan banyak sungguh.. hehe..

Perjalanan darat dari Perth ke Melbourne sejauh lebih 3000km...
journey yang panjang selama 4 hari dan bermalam di 2 kabin dan 1 motel.
Letih... takyah cakap ler..
Lapar..takyah ler nak cakap.. takda kedai..highway sepanjang WA, dalam hutan, takde line tepon dan takde kedai.. sangat2 mencabar..sy ingat ada ke kedai kebab, supermarket ke tapi takda..

Akhirnya..
selepas 4 hari perjalanan, berhenti di beberapa tempat yang agak menarik.. terus keluar tanpa masuk bandar Adelaide (w/p plan awalnya nak singgah rumah Wan di Adelaide.. tapi keadaan supir kami tidak mengizinkan.. dia mengantuk sangat2 dan nak keluar dari kesibukan bandar cepat-cepat.:-).)

Akhirnya hari Ahad, jam 10malm kami sampai di Melboourne..
selepas 4 hari dalam perjalanan..

Adoiii pengalaman yang tak terucap!
Apa yang saya jumpa dan lihat...
Sambung lain entry..