Tersedu dan terkedu..
Saya baca Berita Harian hari ni, beritanya di bawah. Dalam hati saya berfikir. Betul ke cerita ni? Jika tak betul kesian dia satu dunia baca kisah dia di bawa ke mahkamah kerana isu naik pangkat. Kalau betul, saya rasa sangat kesiannya pada dia. kenapa sampai begitu jadinya..
Pangkat ni berkait dengan duit. Betolkan? Tak ada orang yang pohon jawatan tapi tak nak gaji. Tapi kerana pangkat dan gaji, orang boleh lalai dan lupa diri. Kerana nak duit banyak, orang sanggup mencuri, mencuri dalam banyak bentuk.. mencuri duit orang, mencuri harta intelek orang, mencuri idea orang, mencuri tesis orang, mengupah orang buat tesis dan kita dapat PhD sedangkan bukan idea kita itu mencuri ler jugak. dan termasuklah mencuri pangkat orang lain dan diletakkan nama kita..
Saya rasa sangat sedih dan kesian jika kisah ini betul. Apakah yang telah berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini??? Apatah lagi orang Islam seperti saya..
_____________________
Bekas pengarah veterinar dituduh menipu naik pangkat
2012/01/18
Datuk Dr Soeraya Norsham
Tertuduh, 38, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan empat pertuduhan bersama tiga pertuduhan pilihan di depan Hakim Nursinah Adzmi.
Melalui tiga perbuatan itu, tertuduh yang kini bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya, didakwa memperoleh pendapatan keseluruhan berjumlah RM50,315.58 secara salah.
Bagi tiga pertuduhan berkenaan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan mengikut yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan bagi tiga pertuduhan berkenaan, iaitu didakwa mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan keempat, Dr Soeraya didakwa menggunakan dokumen palsu Surat Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 yang didakwa tulen bagi menipu Pembantu Tadbir sama di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, pada 12 April 2011.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fairuz Johari, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, tetapi peguam Muhammad Faiz Fadzil memohon dikurangkan kepada RM3,000.
Nursinah berpendapat jumlah pengurangan itu tidak munasabah, menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 22 Februari depan.