Friday, January 13, 2012

Meluahkan Marah..

Luahan Rasa..

Hati manusia memang berwarna warna. Ketika hati itu ceria, maka seluruh anggota badan, dari kepala, muka bibir, tangan ke kaki semuanya ceria dan seronok. Tapi bila hati marah, sedih, gundah gundala maka semuanya terlibat sama.Itulah kuatnya kedudukan hati.

Ia bertepatan sungguh dengan apa yang Nabi terangkan bahawa, 'Bila baik ia, baiklah seluruh tubuh. iza fasadat fasadah jasadu kullu (bila buruk ia, teruk ia, jahat ia, tidak baik ia, maka tidak baiklah dan rosaklah seluruh badan.) Dan Nabi berkata, fahiya al-qalb. Itulah hati kita.

Hati menjadi raja dan akal menjadi queennya. Bila hati marah dan benci, akal mengiyakan dan mencari jalan melepaskan apa yang dirasai oleh hati. Tidak ada orang yag boleh mengubah cara kita menangani hati kecuali diri kita sendiri.

Bila ada orang marah, maka berbagai cara diluahkan marahnya.
Aa orang meluahkan marah melalui facebook, twitter dan macam2 lagi..

Kita perlu berhati-hati  kerana setiap tulisan adalah seumpama bercakap. Al-Kitab kal-khitab. maksudnya , apa yang ditulis adalah sama peranan dan statusnya seperti diluahkan oleh mulut. Kita marah, mecarut, menyumpah, menghina dan lain2 akan dijawab oleh orang yang kita tujukan.
Jika ia membalas, maka berlakuklah perang secara maya. cuma tidak bersua muka tetapi perang itu lebih tajam kerana ia bertulis. Ia dianggap bahan bukti jika di bawa ke mahkamah dan setiap tulisan kita bisa diinterpret dengan pelbagai maksud.

********

Semalam, saya mendapat email dari sesorang kawan. Ia menceritakan benda lain, tapi dalam tu ada link ke mstar yang menceritakan mengenai artis. Saya telah menekan link tersebut dan membaca apa yang ada dalam mstar tersebut.

Ianya mengenai artis, walaupun kisah artis saya tidak  tahu banyak,  tapi yang saya ingin kupas adalah mengenai perbalahan maya. Ohhh ia sungguh memalukan... dan juga menakutkan..apatah lagi perbalahan dan luahan rasa mengenai orang terdekat, adik beradik, ibu bapa, suami isteri , rakan sejawat dan sebagainya..

Saya banyak membaca status facebook yang sebegini.
Seorang isteri meletakkan status difacebooknya mengenai suaminya yang bergaduh dengannya. Dan dia meluahkan rasa marah dan geramnya kepada suami.
Seorang suami menulis mengenai perbalahannya dengan isteri. Marahnya dia sampai tak nak balik ke rumah..
Seorang isteri menceritakan marahnya terhadap adik beradik suaminya sebab tak dengar kata.
Seorang ibu meletakkan status tentang salah laku anaknya..
Seorang kawan menulis betapa bencinya dia kepada kawannya yang lain.
Seorang pekerja menulis betapa menyampahnya dia kepada bossnya..

Apakah tidak mungkin orang yang dimaksudkan mengetahui apa yang ditulis? Boleh jadi dia juga friend yang boleh access facebook itu, boleh jadi dia disampaikan oleh orang yang mengetahuinya.. Dari tidak berperang menjadi berperang. Silaturrahim boleh putus. Suami isteri boleh bercerai berai..
Apakah pulak bila ada friend lain bertanya dan memberi comment, maka penulis akan menghuraikan dan lebih kuat meluahkan rasa marahnya...

Jadi, dalam meluahkan rasa marah, hati-hatilah selalu..
jangan membuat status tak tentu kat facebook kita. Twitter ke apa benda..

Kita saja yang boleh mengubah diri kita..
Status facebook dan twitter kita.. kita yang punya.
Mari kita  renung-renungkanlah..
Orang yang mencurah minyak ke api, ia memberi peluang kepada maraknya api tersebut..


----------

Inilah yg sy baca..
pengaruh service di alam  maya.. twitter dan facebook..


PETALING JAYA: Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.



Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.


Perbalahan antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.



Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.


------------------------------------

Facebook, Twitter dan apa lagi...
Berhati-hatilah menggunakan kemudahan tersebut.
Tersilap langkah, kita merana..
Akhabar ni pun suka bawa cerita tak bagus sebegeni. Tetapi surat khabar ini adalah refleksi kepada org yg berada di sekitar kita.. Jika jadi macam ni, orang lain mungkin tidak menasihati kita, kerana kawan yang baik sahaja yang memberi nasihat, yang lain mungkin suka, bahkan mencari jalan melihat kita jatuh...

Wallahua'lam