Friday, June 17, 2011

Anak-anak..

Didikan..

Saya berpendapat anak-anak hari ini sangat advance ke depan dan kadang-kadang mendepani ibu bapa mereka. Saya juga berpendapat bahawa ibu bapa perlu mengetahui dan menghayati apa2 perkembangan dunia supaya mereka dapat berbincang dengan anak-anak mereka dengan baik. Contohnya ibu atau bapa perlu menonton TV (bila terdaya) dengan anak-anak walaupun ceritanya mungkin kisah anak-anak.. eg Putera Shazlan, Cinderella etc dan bagi tarbiyah serta input-input Islamiyah semasa mengulas kisah yang ditonton. Dengan cara itu, anak-anak akan tahu yang mana betul dan yang mana salah.

Itulah yang saya cuba usahakan dengan Aisyah..

Saya juga melihat Aisyah akan lebih berfikir dan lebih seronok bila saya menjawab apa luahan hatinya melalui cara yang dia tanya.. Contohnya seperti email di bawah..


Bila dia luahkan isi hatinya dengan email, saya akan jawab dengan email.
Kalau dia tulis kad, saya akan balas dengan tulis kad.
Kalau dia cerita berdepan, maka reaksi saya spontan memberi ulasan berdepan..
Dan ia berkesan.. (setakat ini dalam pemerhatian saya ler)


Cuma yang saya sangat perasan sekarang, Aisyah akan cepat tersinggung dan sedih sampai menangis teresak-esak kalau saya ceritakan kelemahannya kepada orang lain.. seperti dia fail ujian teakwondo untuk tali pinggang merah calit 3 untuk naik ke tali pinggang hitam minggu lepas....saya ceritakan pada Wan Satirah (kawan dari Adelaide yang tidur di rumah kami semalam).. Aisyah malu katanya... [sian Aisyah..]

Kesimpulannya... kanak-kanak semakin besar semakin advance orangnya...
Maka ibu bapa perlu juga kedepan...

Tapi next week Aisyah akan ujian sekali lagi untuk tamatkan level red belt ini..
Semoga berjaya..