Friday, June 17, 2011

Ajar Anak

Ahli Kubur..

Ini bukanlah kisah serius, saya membaca buku 'Kisah-kisah ceria' tulisan kawan saya yang sangat saya hormati iaitu Prof Madya Dr Ghafarullah.. ada satu kisah ceria yg dia letak dalam tu, ia sebahagian joke yang ada moral..
saya dengan Aisyah ketawa sungguh-sungguh masa baca tu..


'Seorang ayah ajar anaknya adab ke kubur. Katanya, 'kalau masuk kubur kena baca assalamualaikum ya ahli kubur'. Esoknya ayah tu bawa anak ke kubur arwah atok neneknya.. Masa masuk kawasan kubur ada ramai orang, siayah bertemu dengan seorang kawannya. Anak tu pun pergi salam dengan kawan ayahnya dan kata, 'Asssalamualaikum ya ahli kubur'..

_____________---________---

hehe... saya bacakan kisah ni sebelum aisyah tidur tadi..
joke sungguh..
lepas tu saya bagitau moral kisah ni adalah:
kena ajar betul-betul anak-anak kita.. kadang-kadang lucu tindakan budak2 ni tapi mereka perlu diberi penjelasan, diterangkan dengan jelas supaya kefahaman mereka betul dan tepat...
apatah lagi kalau melibatkan ilmu berkaitan agama, adab, akhlak, ibadah dan sebagainya...Jangan berhenti mendidik anak-anak kita...