Tuesday, July 1, 2008

Seminar Agama Cabaran Saudara Baru 29 Jun

29 Jun 2009 Ahad ...
SEMINAR AGAMA: CABARAN SAUDARA BARU DAN MENGENALI AGAMA DUNIA


Akhirnya program yang dirancangkan berlangsung juga akhirnya...

Jam 7.30 pagi, beberapa orang AJK telah sampai untuk membuat persiapan..
Siti, Pyan dan Mimi, Hj Isa, Bro Zuraidi, Nurul, Su, Kak Ram, Ani, Jun, Kak Puspa, Kak Normah telah sampai awal. Jam 8 pagi sudah ada peserta yang ingin mendaftar, K Puspa tak sempat nak letakkan alas meja pendaftaran, orang dah mula berpusu-pusu... Meja pendaftaran dijaga oleh K Puspa dan Pyan (adik Siti, wakil PGSM).

Siti, Mar dan Mimi mula menyusun meja jualan barang-barang PGSM, begitu juga meja jualan yang lain. Peserta semakin ramai dan semua yang datang diberikan sebungkus mee untuk breakfast sebelum majlis dimulakan jam 9 pagi..

Selaku Pengarah, aku ke sana ke sini, tengok sana sini.. Hj Isa dan Zuraidi pun sama.. semua orang sibuk dan berusaha melengkapkan mana-mana yang kurang..Aku sungguh kagum dengan kesungguhan mereka...
____________

Oppss lupa.. malam tadi kami balik dari Dewan MBSA untuk membuat persiapan terakhir, memastikan arrow tanda arah dan sebagainya berakhir yang 12 malam.. Aisyah my darling pun sama-sama letih, menolong kakak-kakak meletakkan kertas kerja dalam file, meletakkan pen, memotong tanda arah, menolong menampal tanda nama di kerusi dan macam-macam lagi...Balik jam 12 tengah malam, Isyak belum solat lagi.. adoii letihnya..
______________

Jam 9 pagi.. Hj Redhuan Tee sampai, abah call aku dan suruh aku bersegera menyambut Hj Redhuan Tee. Aku terus ke depan bersama-sama Hj Isa menyambut Ustaz Redhuan di tingkat bawah dan menegurnya... ‘Ustaz, apa khabar? Saya ler Hidayah yang call dan berurusan dengan Ustaz hari tu.. Kak Noris tak ikut ker?’ Jawabnya..’Kak Noris tak dapat.. Saya ni pun baru balik dari Taiping.. Tak sempat nak ajak dia, lepas mandi, terus turun ke sini..’
Isterinya nama Norisah, kawan sekelasku masa di UIA..


Aku membawanya ke Dewan, peserta sudah hampir 2/3 penuh.. Keseluruhan peserta berdaftar hampir 150 orang. Alhamdulillah..

Mengambil tempat- Amizi selaku MC telah memulakan majlis, membuka dengan pujia-pujian pada Allah dan menyerahkan majlis perbincangan kepadaku sebagai Moderator untuk Slot 1. Aku memperkenalkan Ustaz Redhuan, latar belakangnya serba sedikit dan menyerahkan majlis kepadanya untuk memulakan syarahannya bertajuk ‘Saudara Baru: Cabaran Berdakwah Kepada Bukan Islam’.

Ramainya dan semua sungguh berminat mendengar ceramah Ustaz Redhuan Tee..


Ustaz Redhuan memang pandai bagi ceramah.. Selamba dan sungguh menarik..

Ustaz ni selamba jer, pandai betul berceramah, isunya banyak dan ada juga agak tersasar siket dari tajuk tapi beliau berjaya menguasai majlis.. Peserta ketawa saja bila mendengar jokenya yang bersahaja.. Tapi yang kelakarnya, banyak kali dia asyik sebut aku nak buat PhD di UK.. isyy buat malu betul Ustaz ni, ramai ler yang tanya aku lepas tu, ‘Puan nak pergi belajar bila, kat mana, ambik apa..’

Selepas slot tersebut, majlis perasmian dijalankan secara ringkas.. Hj Zaid Kamaruddin Presiden JIM merasmikan dengan disaksikan oleh Presiden PGSM, Hj Zainul, wakil MBSA En Yazid dan aku sendiri, sebagai Pengarah..

En Yazid, Hj Zainul, Hj Zaid and myself semasa majlis perasmian...

Hj Zaid sedang menyampaikan ucapan perasmian..


Lepas tu, cenderahati disampaikan oleh Pengarah lagi satu iaitu Hj Isa.. Semasa dia menyampaikan cenderahati tersebut, kami ketawa sebab disebut..Pengarah bagi hadiah pada Pengarah.. hehe.. Sebenarnya aku minta YDP Dr Fauzi ke depan mewakili JIM Petaling tetapi atas beberapa sebab, dia memintaku ke depan.. dan akhirnya aku ke depan...

Selepas majlis perasmian, Hj Nicholas mengambil tempat. Sungguh detail dan tersusun power point dan isi-isi ceramahnya.. Siti jadi moderator untuk slot 2..

Semasa Hj Nicholas ber ceramah, aku tidak sempat untuk menegurnya dan mengalu-alukan kehadirannya sebab aku perlu bertolak ke KL.. untuk menghadiri Pre-Departure Prog bersama International Unit Melbourne Uni di Novotel Hydro Majestic Hotel di KL, betul-betul dekat KLCC. Aku terpaksa meninggalkan seminar ini dengan hati yang berbelah bagi sebab sebagai Pengarah, rasa tak betul untuk aku tinggalkan majlis tetapi program Melb Uni ini juga penting, jam 1-5pm.
________________

Oppss.. mana anak Umi?? Pagi tadi Umi datang dengan kereta lain-lain, Abah bawa Aisyah jam 7.30 pagi ke Dewan sebab Abah bertugas memasang Komputer dan LCD, Umi terus ke Dewan.. Jadi Aisyah ikut Abah dengan tujuan selepas selesai memasang benda2 tu, Abah akan menghantar Aisyah ke Bukit Jelutung rumah Mama Haz.. Tetapi Aisyah asyik merengek, nak duduk bersama-sama.. katanya, “Aisyah janji tak kacau Umi dan Abah, Aisyah akan berdikari dan tolong kakak-kakak tu buat kerja untuk seminar..Aisyah janji, Aisyah akan behave dan tak kacau orang ..” Akhirnya Abah benarkan dan Aisyah betul-betul berdikari... Ke sana ke sini sendirian, tolong angkat buku, tolong ambik air mineral.. tolong macam-macam.. Bagusnya anak Umi sayang ni...
____________________

Wakil PGSM yang datang adalah our respected President, Hj Zainul.. Bahkan dia jadi penyoal pulak dalam slot 1, siap bagi 3 soalan untuk Ustaz, langsung orang lain tak de peluang nak tanya... hehe.. Yang lain adalah Musa Setiausaha dan juga Tajuddin.


Banyaknya Hj Zainul tanya.. 3 soalan sekali gus.. Bagus betul..

Aku balik semula ke Dewan jam 5.00 petang dan slot Us Walid pun dah habis.. Sedih betul tak dapat bersama-sama mereka.. Lepas tu aku hantar Siti dan Mimi ke Komuter.. Bila nak balik semula ke Dewan, Abah call kata semua dah habis dibersihkan dan semua orang dah turun ke kereta masing-masing, tak payah datang.. Jadi aku terus balik ke rumah, Asar pun belum solat lagi masa tu...

Terkilan juga kerana aku tinggalkan majlis tersebut dan tidak ada semasa semua orang balik, tetapi kata Abah, semua sudah double check, kebersihan, barang-barang semua telah sempurna dibersihkan.. Aku sungguh terhutang budi atas kebaikan semua AJK..

Kesimpulannya semua berjalan lancar dan syukur pada Allah atas kejayaan majlis ini.. Terima kasih kepada semua AJK yang sangat bersungguh2 dan sangat kuat semangat..Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak untuk kita...amin..

Jangan lupa 3 Julai, Rabu malam ni, ada perjumpaan semua AJK, untuk menyelaraskan kewangan dan post mortem keseluruhan akan diadakan minggu depan..