Tuesday, July 22, 2008

Jalan-jalan Cari Buku

Beberapa hari lepas, kami ke Jaya Jusco Klang, pusing-pusing Supermarket dan kemudian ke MPH. Lepas tu pegi makan di Mc D.. Mulanya nak makan KFC tapi ramai sangat orang, jadi pegi ler makan di Mc D.. Nak makan Nando nando tak minat pulak, tak kena dengan selera..

kami ke MPH, mencari buku-buku untuk dibeli. Abah membeli buku Adobe Photoshop, buku PC kegemarannya.. Abah memang savvy komputer, semua benda melibatkan komputer dan device2 ni tanya dia.. insya Allah selesai masalah..

Aku memang mencari novel sambungan siri 2 tulisan Al-Syirazi dari Indonesia. Hari tu aku dah baca Siri 1 jadi aku mesti dapatkan siri 2 untuk mengetahui jawapan dan sambungan kepada kisah-kisah yang dinukilkan dalam Siri 1. Novel 'Ketika Cinta Bertasbih' akhirnya aku jumpa juga.. Harganya dalam RM29 sebuah.



Aku sangat suka baca novel.. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, aku membesar dengan novel kegemaran iaitu Buku bersiri 'Sekolah Sri Inai', 'Hardy Boys', dan macam-macam novel yang menarik semasa zaman kanak-kanakku.. Novel kegemaranku juga adalah siri penyiasatan Agatha Christie..



Namun sekarang, hobi membaca novel sudah tidak begitu mampu aku lakukan kerana sangat sibuk dengan pelbagai tugasan . Tugasan hakiki dan tidak hakiki menghalang aku dari duduk-duduk membaca novel-novel sebegini..



Ulasanku terhadap novel 'Ketika Cinta Bertasbih'



Novel 'Ketika Cinta Bertasbih' bagiku tidak menyamai taraf buku pertama tulisan Al-Syirazi bertajuk 'Ayat-ayat Cinta'. Buku "Ketika Cinta Bertasbih melibatkan seorang lelaki (selalunya ada seorang karaktor terkuat dalam setiap novel), namanya Khairul Azam.. Ia melibatkan perasaan dan perebutan cinta dan kasih sayang yang bertembung antara pelbagai segi..

Muncul pelbagai karaktor lain sepanjang kehidupan Azam di Al-Azhar iaitu kawan-kawan serumahnya, kehidupannya sebagai pelajar dan penjual bakso, seorang lelaki lain sebagai pesaingnya mendapatkan wanita idaman.. Kemudian wujudnya kisah Mosaid sebagai penyabar AIDS.. Ayat-ayat dalam percakapan novel ini juga sudah menjadi agak 'kelam kabut' (caca marba) antara ayat dalam bahasan Indonesia dan Bahasa Malaysia. Mungkin untuk menangani pembaca dari Malaysia, penulis telah menggunakan pendekatan tersebut seperti ayah dipanggil Abah sedangkan wanita tersebut adalah orang Jakarta..



Aku tidak mampu menulis sepanjang itu, dan tidak mampu membina plot cerita sesusah itu- teapi aku berpendapat plotnya tidak begitu logik, tanpa menafikan usaha penulis, aku berpendapat cerita ini akan menjadi lebih canggih jika plotnya diberi nafas yang lebih logik lagi..



Sebelum ni aku ada membaca bukunya 'Ayat-ayat Cinta' pemberian hadiah kawanku yang baik, Siti Razasah yang telah menghadiahkan buku tersebut kepadaku.. Novel ini melibatkan satu karaktor lelaki yang hebat bernama Fahri dengan latar belakang Universiti Azhar dan Mesir secara umum. Menurut kawanku, seorang pensyarah yang pernah belajar selama 6 tahun di Univ Al-Azhar, ,penceritaan kisah ini mengenai jalanraya, pasar dan keseluruhan situasi Mesir sangat mengesankan kerana membuatkan kita mengimbau kembali tempat tersebut. Bagi yang tidak pernah ke sana sepertiku, kita juga boleh membayangkan tempat tersebut seolah-olah juga kita benar-benar berada di sana.

Kisah ini bagiku lebih menyentuh hati dan lebih berjaya membawa pembaca menghayati konsep cinta sejati yang bernaung di bawah kata kunci mencari kerdehaan Allah dan tidak melakukan maksiat sebelum wujudnya akad nikah. Tahniah kepada al-Syirazi atas usaha penulisannya yang hebat sehingga berjaya menjadi box office.. mungkin jutaan naskhah telah terjual...
Woww sesuatu yang sangat hebat..


________

Aku juga telah membeli dua buah buku lain iaitu buku berkenaan angkasawan negara Sheikh Muszafa hasil tulisan adiknya yang telah meninggal bertajuak MENGGAPAI BINTANG.



Aku betul-betul terkesan sehingga mengalir air mataku tanpa sedar membaca buku ini. Malam tersebut juga aku habis membaca buku Menggapai Awan 2 kali ulang dan sebahagian dari novel Bila Cinta Bertasbih..

Ulasanku mengenai Buku Menggapai Bintang

Buku ini sangat berkesan dan memberi satu input baru sehingga membuatku berfikir dan berfikir tentang satu nilai yang cukup tinggi.. iaitu nilai kasih sayang antara adik beradik. Penulis buku ini adalah adik kepada Dr Syeikh Angkasawan yang sangat menyayangi dan menanjungi abangnya. Sehinggakan sebelum apa-apa terjadi, beliau (arwah penulis) telah memberi satu keyakinan kepada semua bahawa abangnya bakal terpilih sebagai angkasawan kerana kelebihan diri dari segenap segi yang ada pada diri abangnya..

Aku menjumpai satu nilai dalam buku tersebut iaitu betapa dalamnya ikatan adik beradik mereka. Sesuatu yang sukar aku temui, bahkan aku sendiri berpendapat kekuatan sebegitu hebat juga tidak ada dalam adik beradikku yang ramai ini. Kami saling menyayangi, tetapi aku rasa tidak sehebat mereka... Tahniah kepada ibu bapa mereka yang berjaya membina bond segitu kental di antara anak-anak mereka.

Apa yang begitu kuat menjunam dalam hatiku adalah bagaimana dicatatkan dalam tulisan tersebut, mereka adik beradik sering berbincang isu-isu yang serius, saling memberi pendapat ke arah suatu perbincangan yang terarah. Contohnya dinyatakan bagaimana mereka sering berbincang tentang golongan muda yang makin hilang adab, jati diri dan bagaimana ia perlu diatasi.. Bagiku ianya sangat bagus.. Kerana dalam keluargaku kami sering bersembang perkara mudah-mudah dan common di kalangan kami. Paling seriuspun mengenai politik apabila dekat pilihanraya, dan yang selalu menjadi topik adalah urusan ibu bapa kami, urusan adik beradik dan perjalanan kehidupan kami sendiri, jarang menjurus kepada urusan berat-berat...

Membaca buku tersebut membawa aku menyelami hati mereka, bagaimana adik beradik tersebut telah merasa kehilangan- hilang sebahagian dari diri masing-masing dengan kehilangan arwah si penulis. Catatan Dr Syeikh begitu berkesan apabila beliau menyebut betapa beliau dan seluruh keluarga bertembung antara dua situasi bertentangan iaitu 'Kegembiraan menjadi angkasawan dan kehilangan sebahagian dari kehidupan..'

Buku ini berjaya menunjukkan satu nilai setia adik beradik yang sangat tinggi untuk perhatian dan contoh kepada pembaca yang lain.. Secara tulus, aku mengagumi keluarga Angkasawan Syeikh Muzafar Syukur ini...
______________

Buku satu lagi adalah buku motivasi bertajuk;




Ini adalah buku termahal yang aku beli pada hari tersebut berharga RM60. Sangat bagus dan berkesan.. Ia menceritakan bagaimana kita patut bercakap, bagaimana wajar kita bertanya kepada orang yang lebih tua, lebih tinggi pangkatnya dan apa PR yang teruk dan tidak wajar diamalkan..



Isi kandungan buku ini sebenarnya adalah isi pengajian 'akhlak' dalam Islam, tetapi dengan persembahan yang baik, contoh dan penyampaian yang canggih, ia menjadi buku motivasi best seller. Kenapa buku-buku akhlak dalam Islam tidak boleh menjadi best seller.. Kenapa kita tidak mengutarakan nas Quran dan Sunnah serta contoh-contoh akhlak yang baik dengan canggih seperti ini.. Kita wajar membina pendekatan baru dalam penyampaian dan penulisan berkenaan akhlak supaya berjaya menarik minat anak-anak kita.. terutama generasi muda..

Ye..ini satu cabaran untuk kita semua.. sebagai pencinta dakwah Ilahiyyah..

______________

Aisyah juga dapat dua buah buku, satu buku cerita "Ferry Tales' dan juga buku kreativiti kanak-kanak.. Origami..

____________

Prinsipku..

Jika kita boleh tulis, kita mesti tulis..
Jika kita tidak boleh tulis, kita perlu beli (jika mampu)sebagai sokongan terhadap hasil tulisan orang lain..
Jika tidak mampu beli, kita wajar tolong jualkan hasil tulisan orang lain (jika ada jalan).
Jika itu semua tidak boleh, jangan kita menjadi orang yang mengutuk tulisan orang lain...



(Penjelasan: kritikan membina adalah suatu yang ilmiah.. berbeza dengan kutukan membunuh...)

Semoga kita semua menjadi pencinta buku