Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Eid Mubarak

Hari ini Selasa 16 Nov 2010 adalah Hari Raya di Melbourne. Bagi Malaysia pula, esok adalah hari raya. Banyak perbincangan mengenai kenapa berbeza-beza penetapan hari ini. Semoga semuanya ada berkat dan rahmat.

Kepada semua pelawat blog ini, saya mengucapkan Eid Mubarak.. wishing you a very blessed Eid. Dalam kesibukan hidup, semoga Allah akan selalu memayungi kita dan mendorong kita menjadi hambaNya yang soleh.. amin ya Rabbal A'lamin

Pagi tadi, kami sekeluarga solat hari raya di Preston Hall bersama-sama keluarga pelajar dan rakyat Malaysia. Aisyah hari ini tak pergi sekolah kerana menyambut hari raya. Khutbah raya disampaikan oleh Ustaz Zamri. Selepas solat, diadakan jamuan potluck, alhamdulillah syukur atas rezekinya.


Ni adalah saya dan pensyarah USIM. Namanya Ummi Salwa,
muda lagi orangnya dah nak siap PhD.


Selepas balik rumah, saya terus ke train station dan menuju ke Melbourne Univ, ada appointment hari ni jam 2.00pm. Alhamdulillah hari ini selesai kerja yang saya plan iaitu menghantar permohonan ke Jabatan Perdana Menteri mendapatkan kebenaran mendapatkan data dan interview pegawai-pegawai kerajaan berkaitan kajian saya. Borang sudah saya isi lama dulu tapi saya tak lengkapkan. Tadi baru berjaya saya lengkapkan.

Semoga ALlah mudahkan urusan saya..
Itulah doa saya yang tidak pernah lekang dari hati dan bibir..amin..