Sunday, November 14, 2010

Birthday Aisyah

Aisyah is Turning 9


Alhamdulillah my darling Aisyah is 9 years old now. She is a big girl now, my darling, penyeri jiwa dan pemberi semangat untuk saya.

Abah arrived on 10th Nov, just a day before her birthday with two big boxes for Aisyah.. full with jajan untuk Aisyah kasi kawan-kawan on her birthday. Punyalah penuh..

Pada 11 Nov 2010, meraikan Aisyah, kami sekeluarga makan kat luar malamnya. Luar pun bukan kemana pun.. Aisyah sibuk nak McDonald, jadi kami ke McDonald Halal, makan-makan dan saya kasi hadiah..

Aisyah buka.. dia terus menjerit..

'Yayyyy.. cantiknya.. Smiggle ler Umi..mana Umi beli?'

Saya jawab, 'Aik.. how do you know Smiggle smiggle ni..'

Aisyah jawab, 'Everybody at school knows what is Smiggle Umi. It is the best place to get stuff for kids.. All of Smiggle stuff are cool..'

Isyy saya tak tahu menahu Smiggle-smiggle, lajunya budak-budak sekarang. Sebenarnya, saya beli sebuah buku catatan like a diary untuk Aisyah di kedai Smiggle. Kedai tu saya lalu setiap hari ke Univ Melbourne. Kalau naik train, turun di Melbourne Central, nak ke Swanston St, mesti lalu depan kedai-kedai, salah satu kedai yang kena lalu adalah kedai jual barang-barang ni.

Dalam kedai tu, penuh barang berwarna warni, ada buku pink, pen, pencil box dll purple, hijau, biru... segala mak nenek, naik kelabu mata saya. Saya pun tak tahu nama kedai tu Smiggle..
Saya beli satu buku untuk Aisyah warna pink..

Semoga Aisyah tulis cerita Aisyah dalam buku tu yer..
------------------

Kesyukuran Aisyah..

Hari Sabtu 13 Nov, kami buat sedikit majlis makan-makan , kesyukuran meraikan birthday Aisyah. Kami jemput beberapa family sahaja yang anak-anaknya satu kelas dan kawan-kawan dengan Aisyah sahaja. Walaupun hasrat hati nak jemput ramai kawan-kawan, tapi tak mampu..
Tak mampu poket, tak mampu tenaga, tak mampu tempat sebab buat kat rumah saya yang kecil. Yang paling kuat alasannya adalah tak mampu nak sediakan banyak-banyak.. siket-siket tu berani ler.. Al-maklumla.. saya ni bukan lepasan kuliah Master Chef.. hehe..

Akhirnya...

Majlis berjaya dan kawan-kawan Aisyah ramai yang meraikan dia.


Semua kanak-kanak keliling Abah..




Aisyah baca doa.. semua orang aminkan doa Aisyah..



Semoga ALlah berkati Aisyah selalu, dan menjadikan Aisyah seorang anak yang baik akhlak, kuat pegangan agama dan muslimah yang solehah sepanjang usia. amin ya rabbal alamin..