Wednesday, November 24, 2010

Perjalanan...

Korban..

Hari raya korban sudah berlalu. Saya sekeluarga menjalankan ibadah korban melalui seorang Ustaz yang akan membawa duit dan sembelih kambing dan lembu di perkampungan miskin di India. Kami ambik 2 ekor kambing. Semoga ALlah menerima ibadah yang kita lakukan. amin..

Melaksanakan korban di tanah dan untuk orang miskin lebih 'puas' pada saya. Kita laksanakan ibadah sebagai bukti kecintaan kepada ALlah, patuh kepada suruhanNya dan rasa hati lagi puas bila ia diserahkan untuk menggembirakan rakan seagama yang dhaif di negara lain.

Jika di kawasan penempatan saya, sama ada di Shah Alam, Selangor, atau di Kota Bharu, Kelantan atau di Bangi Lama, Selangor atau di Reservoir, Melbourne.. rata-ratanya semuanya lebih kurang dengan kita dari segi kehidupan dunia.

ALangkah baik jika sebahagian objektif melaksanakan korban untuk menggembirakan hati mereka yang jarang makan daging lantaran kemiskinan mereka, seperti di India, Kemboja, Acheh, Jakarta, dan juga orang miskin2 di Malaysia diraikan.. Alangkah baiknya...

_______________
Meraikan Hari Raya..
Ahad 19 November 2010 jam 2.30pm, saya berjumpa dengan Supervisor saya, mendapat feedback atas kerja saya sebelum ni.. Banyaknya kena cincang.. hehe.. tapi takpa, saya akan membetulkan supaya menepati tahap yang dia nak.. semoga ALlah mudahkan urusan..amin..


Petang jam 6.30pm, balik dari Melb Univ, saya ke rumah Azida, tolong siket-siket persediaan yang Azida buat untuk esok. Sebenarnya semua dah siap, tinggal masak rendang dan sup.. Kami tolong siket2 jer..

Abah dan lain-lain mengacau rendang hasil resipi Arman.. jam 12 malam baru kami balik lepas rendang masak..

Gembira dan asyik ketawa dengan joke2 kawan2 yang jadi tukang kacau..



Sabtu 20 November, kami meraikan hari raya di Edwardes Lake anjuran Desa Bundoora. Makan dan bergembira di samping bertemu kawan-kawan..

Kami bawak nasi masa tu...berat ke Bah? senget jer bahu.. hehe..



Di Edwardess Lake dengan kawan-kawan..




Petangnya beraya di rumah Azhar Shidah.. nasi kerabu dan nasi dagang,..nyum nyum..

p/s gambar-gambar yang diuploadkan adalah dari facebook kawan-kawan, saya copy paste jer.. thank you pada empunya camera.

Ahad 21 November, kami ke Jack Ruppert Lake pulak untuk bersama2 rakan2 KgVic meraikan hari raya korban. Makanan sangatlah sedap, daging korban dijadikan satay dan kuahnya alangkah sedapnya... ALhamdulillah dan terima kasih pada semua yang berusaha melaksanakannnya dan menjemput kami semua.

________________________


Isnin 22 November - Selasa 23 November-

Aisyah nasihatkan saya..

'Umi.. if you want to present in English, you have to think in English..'


'Umppp.. Aisyah buat macamana kalau kena present kat kelas 'Show and Tell'?

'Aisyah confident. Aisyah kata ..'Hi class3/4M, Today I want to show you something which is very special to me..Anybody wants to guess? Then ada 4 orang angkat tangan, Aisyah said, 'Ok you Eric, what do you guess? Nope.. Anybody else wants to guess?'

'Wow powernya Aisyah.. pastu..'

'Aisyah said..'Ok now I want to show you what I have today. You know last week was my birthday. And I got a special birday present from my mum.. It was a book from Smiggle.. Pastu kawan-kawan semua kata..'woooo smiggle..' Then Aisyah pun story ler about the diary that Umi gave ti Aisyah tu..'

'Camtu la Umi, kalau kita kena bagi speach in English, kena think in English tau.. pastu tak boleh banyak er er.. nanti tak best speach kita..'

hehhe.. saya ketawa jer dengar nasihat Aisyah..

Saya menghadiri CILS Conference di Law School Melbourne Uni. Alhamdulillah saya dah selamat bentang bahagian saya.. Saya bentang bersama-sama Hafilah dan Adli. Alwani present sebelumnya tapi Wani ada ambik video kami bertiga bentang.. nanti boleh kita tengok kembali, apa kekurangan dan kelebihan semasa bentang.. Saya gabra juga nak bentang. ALhamdulillah ALlah mudahkan..kira boleh ler..