Wednesday, August 4, 2010

Usaha dan Doa..

Balik Mesia..

Lepas saya dapat email dari Puan Umaira bahagian biasiswa, saya terus call Boss di Mesia. Boss sangat terperanjat dan dia kata akan tanya bahagian biasiswa kedudukan kes saya.

Pada 12 Julai, saya balik Mesia untuk appeal...Yang murah masa tu hanya Emirates AUD450 satu hala ke KL. Terpaksa juga beli sebab itulah yang paling murah masa tu.. Alhamdulillah orang tak ramai, saya duduk sorang sahaja untuk barisan tiga kerusi tersebut. Sepanjang perjalanan, saya melihat keluar tingkap, melihat langit dan awan yaang hitam pekat. Yang nampak hanyalah lampu sayap kapalterbang. Air mata saya mengalir sepanjang jalan dan saya hanya mampu berdoa, mohon simpati pada ALlah agar saya kuat menerima ujian ini.

'Ya Allah.. hidupku dan matiku semua milikMu..
saya datang ke Australia atas izinMu..
Saya di sini untuk mencari ilmu Mu..
Saya adalah ibnu sabil wahai Allah..
Tidak ada daya selain yang Engkau berikan..
Tolonglah mudahkan perjalanan ku ya Allah..'


Esoknya, saya sampai, Atok jemput di airport.
Selepas rehat sekejap, petangnya saya ke Shah Alam..
ke rumah saya di Seksyen 7. (rumah Kak Zah sekarang..)

Selepas maghrib saya ke rumah Peah dan Dr Azam, bercerita dan berbincang tindakan yang perlu saya ambil.

Lepas isyak, saya ke rumah Boss, membawa surat rayuan yang saya draf dan semua file tesis saya..

Saya bersyukur mempunyai sahabat-sahabat, rakan-rakan dan Boss yang prihatin dan baik dengan saya. Syukur pada ALlah..

Esoknya, saya ke pejabat untuk print dan compile semua bahan-bahan untuk rayuan yang diaddress pada Timbalan Naib Canselor Akademik.

Boss telah buat appointment dengan Prof Azni pada hari Jumaat 16 Julai, jam 7.45 pagi. Boss suruh saya tunggu di pejabat Canselori. Boss dan Dr Huzaimah will do the talking for me tapi saya kena tunggu dengan semua dokumen di depan pejabat Prof Azni. Lepas mereka table kes rayuan saya, maka saya akan dipanggil masuk.

Ya Allah.. mudahkanlah laluan saya...
amin ya rabbal alaimin..


Di pejabat, saya berjumpa ramai sahabat-sahabat. Mereka yang dah tahu keputusan Jawatankuasa Biasiswa melihat saya dengan pandangan simpati. Ramai yang memeluk saya dengan kuat, sambil saya berusaha menahan air mata dari tumpah. Mereka memberikan saya nasihat agar saya tabah dan sabar. Saya sangat meraikannya..
terima kasih yang tidak terhingga.

Saya dapat bersembang dan story dengan baik dengan semua orang, tapi sebelum saya nak balik dari pejabat, Dr Pisol nampak saya dan dia terus panggil saya. Bila berdepan dengan Dr Pisol, saya tak dpt tahan... terus menangis depan dia.. Tetiba saya rasa sangat sedih..dia tanya satu je soalan, terus air mata saya mengalir laju. Saya tetiba terasa macam baru beberapa hari lepas saya dinner di rumah ustaz pisol (saya ceritakan dalam blog ini sebelum saya berangkat ke Australia pada Nov 2008). Terasa baru semalam Dr Pisol bagi nasihat buat phd baik-baik, tetiba saya dipanggil balik. Air mata saya tidak dapat ditahan lagi...