Friday, August 6, 2010

Ma dan Ayah

Terkabul Doa..

Ma dan Ayah yang sangat kami kasihi akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah sebulan Ramadhan. Kami doakan semoga Ma dan Ayah selalu sihat, kuat dan dapat beramal seperti yang dicitakan. Mereka bertiga (seorang lagi akan ikut sama iaitu Mak Tganu (mak mertua Kak Za (my kakak)) akan berada di Tanah Haram bermula esok (6 Ogos) dan insya ALlah kembali ke Malaysia pada 8 September 2010.

Akhirnya Allah kabulkan doa Ma dan Ayah...
Ma dan Ayah akan berpuasa, solat tarawikh dan beramal di sepanjang bulan besar ini di tanah suci Mekah. Semoga Ma dan Ayah sihat dan kuat selalu.. amin ya rabbal a'lamin.

Ya Allah.. selamatkanlah Ma dan Ayah kami..

_____________

UMRAH DENGAN MALAYSIA AIRLINE
SEBULAN RAMADHAN
Tarikh Pelepasan : 06 August 2010
KOTA BHARU / KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH

Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Penerbangan dijangka berlepas pada jam 6.45 pagi dan tiba di KLIA pada jam 7.40 pagi. Dijangka berlepas ke Jeddah dengan Malaysia Airlines pada jam 03.15 petang , pesawat Malaysia Airline . Dijangka tiba pada jam 07.00 malam. Selepas pemeriksaan Immigresen dan Kastam Saudi, terus bertolak ke Madinah dengan bas yang disediakan.

Setibanya disana, terus ke hotel untuk mendaftar masuk. Bermalam di Madinah.

HARI 02 MADINAH – Ziarah Dalam & Luar Masjid.

07 Aug 2010

Ø Acara bebas Ziarah dalam Masjid (Makam Nabi & Raudhah) dan kubur Baqi’

Ø Selepas sarapan pagi. jam 07:00 pagi Ziarah ke tempat-tempat sejarah di sekitar Madinah, Masjid Quba,Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma

HARI 03 MADINAH

08 Aug 2010

Ø Acara bebas untuk beribadat

HARI 04 MADINAH / MAKKAH

09 Aug 2010

Ø Dijangka bertolak ke Bir Ali untuk berniat Ihram kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Suci Mekkah.

Ø Dijangka tiba di Makkah dan check in hotel. Rehat untuk seketika sementara menunggu untuk mengerjakan umrah secara berkumpulan.

HARI 05 MAKKAH

10 Aug 2010

Ø ACARA BEBAS dengan aktiviti ibadat sendirian.

HARI 06 MAKKAH – ZIARAH

11 Aug 2010

Ø Dijangka jam 06.30 pagi Ziarah ke Kota Makkah, Muzdalifah, Mina Arafah Jabal Nur dan Jaaranah untuk niat Ihram (Kepada yang ingin mengerjakan Umrah sila bawa pakaian ihram)

HARI 07- 32 MAKKAH

12 Aug – 6 Sept

Ø ACARA BEBAS dengan aktiviti ibadat sendirian.

HARI 33 MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR

07 Sept 2010

Ø ACARA BEBAS untuk beribadat sendirian.

Ø anda diminta melakukan TAWAF WIDA’ (TAWAF Selamat Tinggal).


Penerbangan pulang ke Kuala
Lumpur pada jam 9.0 malam dengan pesawat MALAYSIA AIRLINE.


HARI 34 KUALA LUMPUR

08 Sept 2010

Dijangka tiba di KLIA jam 10.55 pagi dengan selamat….Insyallah