Saturday, August 7, 2010

Shariah Law Report 2009

Shariah Law Report [2009] 3 ShLR

Masa saya balik Mesia baru ni, saya tengok ada Journal yang MLJ hantar ke Bangi. Journal ini adalah terbitan Malayan Law Journal (MLJ), LexisNexis sebuah Journal yang dikira refereed di Malaysia. Journal ini adalah edisi July-Sept 2009 tapi diterbitkan pada Feb 2010. (kalau tak silap saya..)

Walaupun ada rasa sedih atas ujian menimpa, tapi melihat Journal ini sangat menggembirakan hati saya. Di dalamnya (yang paling atas sekali, ada artikel bertajuk 'Kedudukan Kebajikan dan Hak Anak Bukan Islam apabila Ibu atau Bapa Memeluk Islam: Pendekatan Perundangan Syariah dan Perlembagaan Malaysia' oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim.

Journal yang dikirim ke Bangi dianggap sebagai hadiah dari MLJ kepada penyumbang artikel.

Terima kasih pada kawan saya, Peguam yang handal Zainul Rijal kerana sudi berkongsi dengan saya buat artikel ni. Artikel ini Zainul yang buat banyak, saya buat siket jer, plus saya tukang edit, proofread, betulkan reference, footnoting dll.

Dalam artikel tersebut- perbincangan mengupas apabila ada pasangan bukan Islam dan salah seorang masuk islam, maka untuk mencari penyelesaian pembubaran perkahwinan mereka hendaklah ke mahkamah syariah, bukan mahkamah sivil. Sekali gus alternatif pindaan kepada Seksyen 51 Akta Membaharui Perkahwinan yang dicadangkan bukanlah pilihan yang baik. Tetapi pindaan kepada seksyen 51 sepatutnya dibuat juga tetapi bukan memberi peluang kepada yang muslim memohon pembubaran di mahkamah sivil tetapi memberi peluang kepada yang muslim membuat permohonan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil perlu menerima keputusan mahkamah syariah jika ada. Anak itu pula hendaklah tetap di bawah tanggungjawab nafkah ayah sama ada ayah masuk islam atau ibu masuk Islam. Dari segi jagaan pula, jika ibu layak menjaga terutama anak yang masih kecil, maka anak itu mesti diberi kepada ibu tetapi dengan perhatian dan seliaan jabatan agama untuk memmastikan tiada perlanggaran kepada peraturan islam yang diterapkan..

Panjang huraiannya.. jika berkesempatan, dapatkanlah ShLR ini dan baca artikel tersebut. Secara peribadi, saya puas hati dengan artikel tersebut. Sangat puas hati..


Apapun, terima kasih pada MLJ kerana sudi menerbitkan artikel ini.







--------

Perjuangan perjalanan saya diteruskan lagi..

Sepanjang hari ini saya tengah siapkan keseluruhan revised edition article 'honour killing' JV saya dengan Sham (yang telah dibentangkan di UIA end of May baru-baru ini. Saya baca balik, upgrade balik, tengok citation, betulkan margin, proofread dll sebab nak hantar untuk terbitan refereed Journal di USA. Harap dapat publish tahun ni. amin..

p/s Dari segi kerja, saya sudah mencapai piawaian saya untuk tahun 2009 dan 2010. Artikel ShLR ni dikira tahun 2009. Saya tengah tunggu sebuah buku yang akan diterbitkan oleh UPENA hasil tulisan saya dan empat lagi pensyarah yang bertajuk ' A Simple Introduction to Islamic Jurisprudence' sebagai buku text untuk pelajar Islamic Banking UiTM. Buku tersebut masuk UPENA hujung tahun 2009. Mudah2an diterbitkan tidak lama lagi. Dua artikel yang dibentangkan dalam ASLI dan Marital Conference di Singapore tu kira KPI tahun 2010. Alhamdulillah..

Back to my thesis. Walau apa terjadi, selagi Allah bagi kudrat, saya akan cuba habiskan.. Jika baik di Australia, semoga saya terus berada di sini sampai habis. .. Allah is the one who knows the best. Amin ya rabbal alamin