Monday, December 14, 2009

Urusan

Life Goes On....

Hari Selasa 8 Dis- jam 4pm, saya ke sekolah Aisyah sebab ada majlis perjumpaan ibu bapa dengan bakal guru kelas di tahun akan datang. Saya suka cara sebegini... Kita boleh ceritakan apa yang kita ingin guru kelas Grade 3/4 akan datang tau pasal anak kita. Saya jumpa Maria Bruce.. Dia ceritakan apa plan pengajaran untuk Grade akan datang, math dan kokurikulum apa nanti dll. Ini adalah satu tindakan yang bagus sebagai persediaan untuk anak, ibu bapa dan guru tahun depan berbincang dan memberi cadangan..

Jumaat 11 Dis -9 pagi... saya didatangi tetamu hebat di pejabat.. Muda belia orangnya, segak bergaya... hehe... Sapa tu? Orangnya adalah Mr Fareed, Presiden Postgrad Asso Perth. Datang ke Melbourne dan sudi datang ke pejabat saya berbincang tentang Persatuan, apa program yang dapat kami sama-sama buat untuk menjaga kebajikan Postgrad students di sini dan di perth.. Bagus sungguh perbincangan kami.. Saya bawak spaghetty dan kami makan di bilik. Sham dan Fendi turut sama hadir.. VMPGA akan melaksanakan sebahagian yang baik, mengikut contoh dari Perth dan mereka akan mengikut beberapa perkara baik yang kami buat di sini..
Saya seronok dengan pertemuan ini..

Sabtu 12 Dis- Mesyurat Exco VMPGA sepatutnya di Mesia Hall ditukar ke rumah saya. Aisyah saya export ke rumah Sham.. [Nasib baik ada Sham di sini dan saya sangat terhutang budi pada kebaikan mereka sekeluarga.. Ada apa-apa Aisyah akan diexport ke sana, bermain dengan Iman dan lain-lain. Hari ni Din Hogan aka Ayahchik buat kelas Agama jam 2.30pm, so lamalah Aisyah akan berada di sana.. Thank you ye Sham dan Din..]

Saya membawa hasil perbincangan dengan Fareed ke dalam mesyuarat Excos kali ini.. Kami akan membuat memorandum dan rayuan kepada KPT berkenaan elaun dan kenaikan sara hidup yang sangat mendadak di melbourne dan perth.. Semua sepakat.. insya Allah selepas ini beberapa kejutan untuk ahli2 VMPGA akan diwawarkan.. semoga ada kebaikan bersama.. amin..
Tunggguuuu... [hehehe..]

Hari ini Filah berada di rumah kami kerana suaminya Ustaz Zul ke Mesia Hall. Selepas mesyuarat, makan tengahari, solat dll, kami Excos bersembang lagi mengenai VMPGA. Selepas tu, saya berbincang dengan Filah mengenai research dan perkembangan Undang2 Syariah di Mesia. I was so happy dengan perbincangan tersebut. Lagi serius berbincang tentang Undang-undang, minda saya rasa lagi segar dan ia merupakan kecintaan saya selama ini. Terima kasih Filah. Selepas ini saya plan nak mengumpulkan semua calon PhD yang buat Law di melbourne untuk bertukar2 fikiran dan memanjangkan networking.. Filah yang cadangkan dan saya menyokong seratus peratus.


Jam 5.20 pm selepas Ustaz Zul datang menjemput Filah, saya ke Padang di Marriland melihat pertandingan netball kaum ibu Bundoora melawan Dandy Clayton... Menarik sungguh.. Tahniah kepada semua.. [Boleh baca dalam blog kawan blogger saya Mr Pidi & Kak Laili]

Hari Ahad 13 Dis, jam 9.30 pg kami ke State Hockey Stadium untuk grading Aisyah. Alhamdulillah sampai tepat masanya dan Aisyah sekarang berjaya mendapat Blue Belt 3. Grading akan datang Aisyah akan naik Red Belt. Cepat sungguh grading kat sini..
Balik dari grading, kami ke rumah Hana.. mereka pindah hari ini.. Dan selepas makan-makan, Hana ikut kami balik.. Aisyah dan Hana melonjak kegembiraan sebab dapat sleep over bersama-sama...

Malamnya dua orang princesses itu menonton cerita BRATZ selepas mengaji dan solat isyak.. sampailah tertidur jam 10.50 malam..