Thursday, December 24, 2009

Forum Maal Hijrah

Ahli panel..

Ustaz Nushi telefon saya minta saya jadi ahli panel forum Maal Hijrah yang akan diadakan di KgVic. Semasa berbincang dengan Ustaz Nushi, akhirnya dipersetujui saya akan menyentuh mengenai hijrah, iktibar dan pengajaran berkenaan urusan wanita dan kekeluargaan. Saya sendiri sedang berhijrah fizikal dan spritual.. berhijrah dari Mesia ke Australia, berhijrah dari kelemahan kepada kekuatan.. minda dan spritual..dengan izin Allah

Insya ALlah jumpa Sabtu nanti..
Saya akan cuba setakat yang mampu. amin..
______________

Iklan telah disiarkan dalam KgVic yahoogroup oleh moderatornya..


Assalamualaikum tuan, puan serta keluarga,

InsyaAllah Forum Maal Hijrah 1431H KgVicNorth akan diadakan pada hari Sabtu pada jam 5 petang bertempat di Masjid An-Nour Devon Rd. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Khairul Anuar Mohd Al-Hafiz, Ustaz Azizee Rohim Jopri dan Ustazah Norhidayah Mohd Hashim. Moderator forum ini pula ialah Ustaz Nushi Mahfodz.

Agenda program adalah seperti berikut.
1) Solat Asar berjemaah 5.00 - 5.30pm
2) Forum Maal Hijrah 5.30 - 7.30pm
3) Potluck ringkas 7.30 - 8.15pm

Tuan, puan dan keluarga adalah dijemput hadir untuk menyertai forum ini.

Wassalam dan terima kasih,
shafriza,
Alif Lam Min