Thursday, December 10, 2009

Darus Syifa'

Teringat..

Saya dapat tahu Darus Syifa' akan buat majlis penganugerahan tauliah atau ayat lain adalah diijazahkan ilmu perubatan Islam yang dipelajari dari Tuan Guru Ustaz Haron Din pada 27 Disember ini. Saya tak sempat attend lagi sekali. Takde pilihan sebab saya tak berkemampuan untuk balik Mesia dalam masa terdekat ini. Terkilan jugak rasanya...tapi apa nak buat!

Belajar dengan Ustaz Haron Din bagi saya satu nikmat yang besar dan saya selalu bersyukur atas nikmat tersebut. Kenangan betul belajar di Darus Syifa' Bangi selama hampir 1 tahun. ' Pengalaman yang tak dapat dijual beli... Walaupun saya sangat enjoy belajar di Darus Syifa;tapi saya selalu mengantuk dalam kelas.. sebab duduk bersila saja selama 3 jam... aduss sakitnya belikat saya.. Lagi satu, saya sangat takut dengan AJK-AJK Darus Syifa' .. sangat ler strict.

Tahun 2008 saya dan Abah masuk mendaftar, dan setiap hari Isnin, petangnya berkejar ke Bangi untuk berada di sana sebelum masuk maghrib, kadang sempat makan, kadang tak sempat makan. Ada kala makan roti saja atas kereta on the way to Bangi. Masa ada Bibik, Aisyah tinggal kat rumah dengan Bibik. Kalau tidak Aisyah ikut dan kita akan ke rumah nenek dulu hantar Aisyah dan lepas kelas, pergi rumah nenek semula ambik Aisyah..

Kami berangkat ke Melbourne pada 28 Nov 08 dan majlis tauliah Darus Syifa; diadakan pada 12 Dis 08. Pegawai di Pejabat Darus Syifa' cuma maklumkan, 'Nanti tahun depan balik tauliah sekali dengan pelajar kumpulan 21lah..' Kami kumpulan 20 dulu... Nampak gaya tak sempat nak join dengan mereka.. tahun depan nama saya ada lagi ke tak yer...

Ada satu kali on the way ke Darus Syifa', kami bawak Aisyah kerana nak tinggalkan dia kat rumah Nenek di Bangi..
Aisyah kata..'Umi, bila Umi dan Abah dah tua, boleh tak Umi dengan Abah duduk rumah kat Bangi..'
Saya jawap, 'Nape lak nak duduk kat Bangi, rumah kita kan kat Shah Alam..'
My darling Aisyah teruskan lagi..'Maksud Aisyah, kalau Umi dengan Abah dah tua dan duduk kat Bangi, masa tu Aisyah bolehlah tinggalkan anak Aisyah kat Umi dan Abah sebab Aisyah pun nak belajar dengan Ustaz Haron Din tu...Boleh tak Umi..'
Saya terdiam.. 'Umphhhh tinggi jugak idea AIsyah ni. Tapi saya cuma jawab, 'nanti kita tengok yer camna..'

Lagi satu kenangan indah adalah.. tiap hari Isnin petang masa nak keluar dari rumah, kami akan bawak 2 atau 3 botol air mineral untuk letak masa baca yasin dengan Tuan Guru. Selalunya anak-anak jiran akan datang ke kereta kami dan selalu menegur ..'Umi, Umi nak pergi mana? Kenapa Umi bawak air banyak tu?' Sebelum saya sempat jawab, Aisyah yang akan jawab dulu..'Air tu air ubat, Umi dengan Abah nak pergi Darus Syifa'. Sebab Umikan belajar dengan Ustaz Haron Din..'

Saya cakap.. 'Aisyah janganlah jawap kuat-kuat.. cakap jer Umi nak pergi Bangi..
Tapi Aisyah dengan penuh semangat menjawab, 'Nape pulak Umi, kan Umi nak pergi kelas Ustaz Haron Din... Takpelah cakap.. Ustaz Haron Dn tu kan orang baik..'

Aisyah Aisyah....macam-macam...

Tuan Guru Ustaz Haron Din..
Apakah masa Aisyah dah besar nanti, beliau masih ada dan dapat berkongsi ilmunya yang banyak tentang perubatan Islam? Saya sendiri tiada jawapannya.. Hanya Allah yang Maha Tahu. Semoga ALlah berikan pahala yang besar pada Ustaz Haron Din atas segala ilmu yang dicurahkan..