Friday, December 4, 2009

Raya Haji di Melbourne

Solat Raya...

Patutnya saya ceritakan Raya dulu tapi terlupa...
Hari jumaat 27 Nov adalah Hari Raya Haji kali kedua untuk kami di Melbourne. Tahun lepas kami beraya di Mesia Hall, lepas solat raya, kami pergi Yarra River kat Melb City.
Tahun ni, saya sekeluarga solat Raya di Preston Mosque. Kami sampai hampir 8 pagi dan Imam dah nak angkat takbir, sampai jer terus bukak tikar dan solat atas jalan besar.. Pengalaman baru dan menarik..

Lepas solat semua orang berpeluk2 ucap eid mubarak..
Jumpa ramai jugak pelajar2 Mesia di sini. Lepas solat, balik rumah dan petangnya baru pergi open house rumah Pak Tam/Nor dan kemudiannya rumah Asra/Wadi. Sedap mereka masak dan kami kekenyangan.. alhamdulillah..
Selamat Eid Mubarak dan Mohon Maaf Atas Salah Silap..


Orang ramai sedang menunggu nak bangun mula solat...

Solat berbagai bangsa atas jalan raya... Kat belakang tempat orang perempuan tu ler saya dan Aisyah solat.. Nampak tak? Yang pakai baju jacket hitam tu... Saya le tu!

Dah habis solat.. Saya berjalan menuju ke Abah dan Aisyah...
__________________

Esoknya...

Makan-makan untuk ahli qaryah pulak..
Jam 8 pagi kami berkumpul, potluck dengan anak-anak dan kawan-kawan..
Sangat emriah dan makanan punyalah banyak, sampai saya tak tersempat nak rasa semuanya..
Rugi gak.. hehe..

Park Norris Bank..

Bersembang dengan kawan-kawan..

Anak-anak apa lagi... bersukaria ler..

Anak Umi...
Ni hasil tangan Azizi, salah seorang cameraman yang terer kat qaryah kami..
Saya suka tengok gambar orang terer-terer ni.. gambarnya ada nilai tersendiri.. cun kan cara dia ambik gambar tu..subject terang tapi background samar-samar.. canggih.