Saturday, December 19, 2009

High Comm

Program..

Malam tadi, Jumaat 18hb, study circle wanita dibuat di rumah kami. Ramai yang balik Mesia cuti sekolah 2 bulan ni. Yang hadir kali ini dalam 25 orang saya rasa, campur 8 orang lagi kanak-kanak. Alhamdulillah.. Aisyah bukan main suka bermain dengan kawan-kawannya..
Rumah kembali sunyi pada jam 11 malam, lepas solat isyak, saya pun tidur...

Sabtu 19hb, High Commision Malaysia Canberra menghantar wakilnya ke Mesia Hall untuk membantu those who need to renew their passposts. My first action was-- sent Aisyah to Lalor at 8.00 am.. (Thank you ye Sham dan Din), then i continued my journey to Mesia Hall..

Immigration Attache namanya Cik Azura, dia datang bersama dua staffnya iaitu Zam dan Zul. Kami tolong apa yang patut sebab VMPGA yang meminta mereka hadir ke Melbourne supaya pelajar2 kat Melbourne supaya tak perlu ke Canberra. Ada dalam 20 orang yang datang. Kira ok ler tu..

CIk Azura ni kelakar orangnya. Rupanya dia Junior saya di UIA. Bila dah sembang-sembang, saya tanya dia, 'Nak kena tanya ni, saya nak panggil Cik Azura ke apa yer..' Dia ketawa..'Kak ni, panggil saya Zura sudah ler.. Kalo dalam mesyuarat dengan Datok High Comm baru panggil saya Cik Azura.. hehe.. ' Zura ni sepupu Hanif sebenanarnya. usaha meminta Attache dan staff High Comm bermula masa kepimpinan Hanif, saya teruskan saja..

Sembang punya sembang, saya dah dapat tempat tidur kalau saya pergi Canberra.. hehe...
Zura kata, 'Kak Dayah, kalau pergi Canberra, tidur rumah saya jer.. tak yah pegi hotal-hotel...' hehehe... bagus jugak ni.. Bila kita nak pergi Canberra yer...