Wednesday, September 29, 2010

Kata-kata Menarik Berhikmah

Perjalanan..

Peluang yang Allah beri hari ini, laluilah dengan baik, ceria dan gembira. Ujian dan cabaran adalah penguat kepada jiwa setiap insan. Seumpama kaca, lagi digilap, lagi diuji, lagi bersinar dan bercahaya..

Ingat nasyid Nazrey Raihan dulu-dulu?

'Apa yang ada..
Jarang disyukuri..
Apa yang tiada..
Sering dirisaukan..
Nikmat yang diberi..
baru kan terasa..
Bila tiada di dalam genggaman..'

Nikmati semua nikmat Allah..
Dalam Iman dan Syukur..
Setiap yang ada semuanya baik belaka..

Ada duit, berbelanja dengan baik
Ada ilmu, ajarilah mana yang berkehendak
Ada kelebihan, berkongsilah dengan orang lain
Ada harta, bersedekahlah selalu


Nikmati hari ini..
kerana ia adalah hadiah dari Allah..

Kata-kata ni bagus untuk direnungi..

Yesterday is a history.
Tomorrow is a mystery...
and today? ?
Today is a gift...
Thats why we call it the 'PRESENT'.