Thursday, September 2, 2010

Iftar di RMIT Bundoora

Iftar

Hari Rabu 25 Ogos 2010- kami sekeluarga berbuka di La Trobe Uni, ada grand iftar anjuran Islamic Society, ramai sangat yang datang, sisters saja rasanya lebih dari 100 orang. makanan macam2, ada nasi arab, nasi somalia, roti turki, baklava dan macam-macam lagi.

Malam tu ada persembahan dari galoh, pelajar dari Indonesia yang deaf-pekak dan hanya boleh memahami percakapan melalui melihat gerak bibir kita. Galoh, sister from Indonesia yang gigih dan sekarang berada di tahun akhir pengajiannya mengenai bahasa isyarat untuk orang-orang pekak. Saya sangat kagum dengan kesungguhan beliau. Beliau berazam untuk menjalankan projek menterjemah dalam bahsa isyarat al-Quran, kisah Nabi, kisah sahabat kerana sehingga kini rupanya tiada bahan agama untuk golonga ini. Saya rasa sedih sangat mendengar kisah penceritaannya. Dia menghuraikan betapa Kristian mendekati orang-orang pekak dan bisu dengan menterjemahkan dalam bahsa isyarat semua kisah agama mereka sedangkan orang islam tidak melakukan yang sama. Kesian mereka. Saya memberi sokongan padu pada projek Galoh.

Semoga Galoh berjaya..amin.
Dan itu adalah tanggungjawab kita semua, bukan galoh seorang saja.

____________-

Khamisnya (26 Ogos 2010) saya sekeluarga berbuka di RMIT Bundoora pulak.

Jumpa Seyme kawan Turki yang saya kenali dan menjadi rapat melalui majlis iftar di la Trobe tahun lepas. Happynya melihat ramainya berbagai bangsa..



Ramadhan Kareem..