Saturday, September 25, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya...


Walaupun dah lambat, kami sekeluarga ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Semoga Allah menerima semua amalan puasa dan ibadah kita.. amin..


____________


Hari Raya Jumaat 1 Syawal 1431H


Kali ini kami sekeluarga berhari raya kali kedua di sini. Hari Raya jatuh hari Jumaat.
Awal pagi, kami ke Masjid Preston untuk solat hari raya. Orangnya teramatlah ramai.. penuh semua ruang dalam masjid. Di luar masjid diletakkan tikar tetapi disebabkan hujan turun walaypun tidak lebat, tapi ia menyebabkan basah habis tikar. Jadi semua orang berpusu-pusu ke dalam ruang solat.


Jam 11 pagi, kami beraya di rumah Irniza/Rezal, then lepas lepas solat Jumaat, kami convoy dua kereta beraya di St Albon, rumah Dr Zaharuddin Sani.

Sabtu, kami join sambutan hari raya di Bundoora dan juga Kg Vic. Lepas tu kami ke rumah rakan-rakan Singapore di Dallas, rumah Sila/Bukhari, rumah Kak Ros Lazzat, then kami ke hospital Epping melawat Abang Man Kak Min (sahabat Singapore juga) yang dimasukkan ke hospital atas masalah jantung.


Di Hospital, ada satu bilik disediakan oleh hospital-dipanggil bilik inter-faith. Dalam bilik tu semua agama boleh guna. Disebabkan orang agama lain tak guna bilik tu, maka Muslim utilise sungguh2 untuk solat. Kalau di Malaysia disediakan bilik inter-faith (kaedah pluralism agama) sudah tentu tak boleh.. Sebelum kami balik, Aisyah tulis ucapan terima kasih pada hospital kerana sediakan bilik tersebut.



Ahad, kami join majlis beraya lagi di beberapa buah rumah. Rakan Singapore dan juga rakan2 Malaysia. Alhamdulillah.. Semuga semua berbahagia dan ceria selalu..


Bersama sahabat2 dari Kg Vic -Penghulunya Ustaz Khairul- bergambar semasa kami join Kampung Vic meraikan hari raya..


Bersama rakan-rakan Singapore di Dallas..



Beraya di Wallan- rumah kawan-kawan SIngapore, rumah Kak Min/Abang Man- selepas Abnag Man keluar dari hospital.. (semua orang tengah dengar cerita Siti.. "cite apa tu Tie?? bersungguh2 betoi.. hehe..."
Rumah June/Azman (kawan SIngapore-penggerak madrasah Muhajirin tempat Aisyah sekolah AGama hari Ahad- Rumahnya di Hidden Valley.. cantiknya rumah June dan cantik sungguh pemandangan dari rumah beliau.. Tengoklah dari tingkat dua, we can see the whole hidden valley..


Di rumah June, ruang tamu bersama Niza sekeluarga dan ibu kepada Azman/June..

_______

Di bawah ni..
Siapakah yang bergaya tu??? hehe...

Siapa lagi.. kalau bukan Aisyah sekeluarga..
Selamat Hari Raya dari Kami semua..
Mohon Maaf atas segala silap..

Di mana ni? Dalam studio ke??
No.... ini di Hidden Valley, depan siket dari rumah June..




Musafir Kelana..

Masa yang sama, hari raya ni juga dua orang anak sedara saya berangkat ke luar negeri.
Tasnim ke Jordon, anak sulong my sister Kak Za, lecturer UTM Skudai, melanjutkan pelajaran menjadi Doktor.. amin...


Yang tengah tu Tasnim... (Saya curik gambar ni dari facebook tasnim).. .. Tasnim, jangan mare yek..


Sorang lagi anak sedara saya, namanya Zuhri, anak sulong Kakak Solong saya (Kak Nik-lecturer UTM KL) melanjutkan pelajaran Syariah di Al-Azhar, Mesir.
(Gambar Zuhri belum ada lagi. nanti saya carik dari facebook dia yer.....)

Semoga mereka berdua selamat, dimudahkan urusan, berjaya dalam pengajian, dilindungi Alah dan selalu menjadi dan berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin