Isnin, 26 Januari 2015

Menepati Janji

Janji dan Menjaga janji
Oleh: Dr Nurhidayah Hashim

Kita kerap berjanji. Ada yang berjanji dengan anak-anak seperti mengatakan jika sianak berlaku baik, maka dia akan mendapat hadiah. Tetapi apabila dia berbuat baik, tidak ada hadiah yang diterima. Ada yang berjanji dengan kawan untuk bertemu di satu tempat tetapi apabila tiba masanya, orang yang berjanji tidak kunjung tiba. Ada yang meminjam duit dan berjanji membayarnya dalam masa tertentu, tetapi apabila sampai masa dipersetujui, hutang tidak dibayar, bahkan orang yang berjanji membayarnya mungkin lari dan mengelakkan dari bertemu dengan orang yang membantunya.
 
Sama ada  sedar atau tidak, kita kerap mengambil mudah ketika berjanji. Berapa banyak kita berjanji tetapi kita gagal menepatinya. Sedangkan, Rasulullah SAW sangat mengambil berat tentang janji dan manasihatkan kita supaya menjaga janji yang kita buat.
 
Orang Melayu lama sendiri dalam gurindamnya sering menyebut, ‘kerbau dipegang pada tali hidungnya, manusia dipegang pada janjinya’ menunjukkan betapa pentingnya menunaikan janji yang kita buat. Orang yang kerap melanggar janji sebenarnya menzahirkan hakikat diri yang dia adalah seorang tidak boleh dipercayai.
 
Allah menegaskan tentang kepentingan perkara ini dalam surah al-Nahl yang bermaksud, “ Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” Begitu juga dalam ayat yang lain (al-Isra:34), Allah SWT memperingatkan bahawa, “ Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.”
 
Allah SWT memperingatkan kita  supaya menjaga, memelihara dan menunaikan janji yang dibuat. Ia mencakupi janji yang dibuat dengan sesama manusia termasuklah janji untuk perdamaian, janji menyempurnakan amanah, janji membayar hutang, menjaga kontrak dan sebagainya. Ia juga termasuk menepati janji yang dibuat dengan Allah SWT. Apabila seseorang berjanji dengan Allah untuk meninggalkan kejahatan, menunaikan kebaikan, memberi sedekah, atau melaksanakan sesuatu amal ibadah, maka janji tersebut adalah janji yang besar kedudukannya dan semuanya  akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
 
Apabila seseorang berkahwin, pada hakikatnya sisuami telah berjanji atas nama Allah yang menghalalkan isteri untuknya untuk menjaga isterinya, menunaikan haknya, memberi nafkah dan perlindungan serta memberi pendidikan agama yang wajib diberikan kepada isterinya. Melalui akad nikah, suami sebenarnya berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak yang lahir dari perkahwinan tersebut sebaik mungkin. Isteri akan beroleh kasih sayang, perlindungan dan berasa selamat melalui perkahwinan tersebut. Inilah konsep perkahwinan yang sebenar yang kerap dipandang mudah.  
 
Pentingnya menjaga janji diketengahkan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadith. Menjaga dan menepati janji adalah sebahagian dari iman. Barangsiapa yang tidak menjaga janji yang dibuat seolah-olah tidak ada agama baginya. Justeru, orang yang suka berjanji dan mungkir janji adalah satu dari tanda kemunafikan dan rosaknya hati. Rasulullah SAW menyebut, “Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila dipercaya dia berkhianat.” (Muslim)
Seorang yang hati dan imannya rosak akan melakukan apa yang bertentangan dengan nilai yang mulia. Apabila bercakap, percakapannya diselangi dengan pembohongan dan pendustaan. Apabila berjanji melakukan sesuatu, diingkari tanpa rasa bersalah. Begitu juga apabila diberi kepercayaan menjalankan atau menjaga sesuatu amanah, dikhianati amanah tersebut.
 
Berbalik kepada seseorang yang berjanji untuk membayar hutang apabila sampai masa yang dijanjikan, Nabi SAW pernah bersabda, “Barangsiapa yang mengambil harta seseorang dalam keadaan ingin menunaikannya (membayarnya),  niscaya Allah akan (memudahkan untuk) menunaikannya. Dan barangsiapa mengambilnya dalam keadaan ingin merusakkannya, nescaya Allah akan melenyapkannya.” (Riwarat Ahmad) Justeru, orang yang tepat membayar hutang seperti dijanjikan merupakan orang yang akan mendapat bantuan Allah dan akan dimudahkan rezeki dan laluan hidupnya. Sedangkan seseorang yang suka berhutang tetapi lari dari membayar hutang apabila sampai masa yang  dijanjikan, atau dengan sedar tidak berniat untuk membayarnya, maka baginya satu janji Allah bahawa Allah tidak akan memberkati hidupnya.
 
Bagi ibu bapa, jangan kita kerap berjanji dengan anak-anak sekiranya tidak berniat untuk menunaikannya. Jika ibu bapa melakukannya, sebenarnya sama ada disedari atau tidak, kita sedang mengajar  nilai buruk  dan menanamkan dalam  diri mereka perangai yang terhina. Ini ditegur oleh Nabi dalam hadith diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amir. Dia berkata: “Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Datang  kemari, ibu  akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu satu kedustaan.” (Riwayat Abu Dawud)
 
Menjaga dan menunaikan janji adalah perkara besar dalam Islam. Masyarakat Islam akan menjadi aman jika setiap kita menjaga nilai mulia ini. Setiap orang akan boleh dipercayai dan masyarakat akan aman dengan orang-orang yang amanah. Betapa pentingnya perkara ini sehingga Nabi memberi motivasi yang hebat untuk kita menjaga janji. Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah enam perkara nescaya aku jamin bagimu syurga; jujurlah bila berbicara, tepatilah jika berjanji, tunaikanlah apabila kamu diberi amanah, jagalah kemaluan, tundukkanlah pandangan dan tahanlah tangan-tanganmu (dari melakukan sesuatu yang dilarang).” (Riwayat  Ahmad)
 
-----------------  
 
Disiarkan dalam Berita Harian  22 Januari 2015

Ahad, 18 Januari 2015

Join Misi Bantuan Banjir



Pada 17 Jan, kami sekeluarga mengikut misi bantuan Banjir di jerantut. 

ALhamdulillah... satu pengalaman yang sangat berharga untuk my Darling Aisyah..

She is big now..:-) and tall too...:-)



Jumaat, 16 Januari 2015

Membantu Mangsa Banjir

 Kenangan ditinggalkan.. hidup diteruskan..


 Kisah kenangan Melbourne saya tinggalkan dulu.. Hidup diteruskan untuk mencari pahala untuk kehidupan selepas mati.

Baru-baru imi banjir besar melanda negara. Kesian sungguh kita melihat kesan yang dihadapi oleh mangsa banjir. Semoga ALlah kurniakan bantuanNya dan memberi kesabaran yang kuat kepada semua mangsa..

Artikel di bawah saya tulis dan disiarkan dalam Berita Harian Khamis 8 Januari lepas.
Esok 17 Jan 2014, saya dan keluarga akan mengikut misi ke Jerantut membantu  membersihkan sekolah di sana. Hari ini saya berjaya mendapat sponsor dari kawan2 kakak ipar saya solehah untuk membeli satu water jet petrol berharga RM2500 untuk ke sana. Syukur Alhamdulillah rakan2 saya yang baik... Dalam 1 jam sahaja RM2500 dikumpulkan.. Semoga kami berjaya memberi sedikit bantuan kepada mangsa banjir..

-------------------------
Libatkan Keluarga Membantu Mangsa Banjir
Oleh: Dr Nurhidayah Hashim

Negara kita menutup tirai tahun 2014 dengan pelbagai kisah sedih  dan ujian yang hebat melanda penduduk negara kita. Ini termasuklah banjir besar yang melanda beberapa buah negeri beberapa hari lepas.
 
Ujian besar ini  menyebabkan kerugian yang tidak mampu digambarkan. Dilaporkan ribuan rumah rosak, dihanyutkan dalam banjir besar ini. Ada rumah yang hanya tinggal tangga sahaja, dan tidak sedikit yang terus lenyap meninggalkan tapak sebagai sejarah. Ini tidak termasuk jumlah kenderaan yang rosak dan hilang dalam kejadian tersebut.

Kejadian banjir besar ini adalah satu tanda kebesaran pencipta yang berkuasa mutlak terhadap segala yang ada di alam ini. Ia membuka mata hati kita merenung penciptaan alam dan tunduk mengaku bahawa manusia tidak mampu melawan apa-apa bencana alam yang ditakdirkan berlaku ke atas kita. Namun kita tidak pula diminta hanya duduk berserah tetapi perlu berusaha mencari jalan terbaik menangani bencana alam yang menimpa.
 
Kejadian ini juga hakikatnya membuka mata kita semua  untuk melihat hikmahnya dari sudut yang berbeza. Apabila melihat ramai insan terlibat sebagai mangsa, ramai yang kehilangan tempat tinggal dan harta, tinggal sehelai sepinggang, ia memberi ruang untuk kita membantu dan memberi bantuan semampu yang terdaya.

Memberi kepada orang yang memerlukan adalah satu ajaran mulia dalam agama kita. Apatah lagi apabila kita mendapat tahu ada insan yang berada dalam situasi yang memerlukan bantuan, maka ketika itu adalah menjadi kewajipan kita untuk sama-sama membantu atas dasar simpati.

Membantu mangsa banjir ini juga boleh menjadi sebahagian dari cara merapatkan hubungan keluarga. Libatkan anak-anak dalam pengumpulan dana, mengumpul pakaian, makanan dan membungkusnya untuk mangsa banjir boleh menimbulkan sikap perihatin di hati mereka.
 
Media banyak melaporkan pelbagai pihak, termasuklah individu, badan-badan NGO, masjid dan surau yang perihatin telah menjalankan kutipan derma, mencari dana membeli pelbagai keperluan untuk membantu mangsa banjir.  Beberapa NGO seperti IKRAM, ABIM, masjid-masjid dan surau serta orang ramai menjalankan gerakan besar-besaran mendapatkan dana dan menghantar ke kawasan-kawasan yang terlibat. Ribuan ringgit yang dikutip menunjukkan rakyat Malaysia sememangnya mempunyai jiwa murni mengasihani sesama insan. Ia adalah sikap yang terpuji dan patut diteruskan sepanjang masa.

Masa yang sama, kita seharusnya perlu memberi kata-kata semangat kepada mangsa banjir yang ditemui. Pujuk mereka dengan kata-kata positif supaya mereka lebih tabah menghadapi ujian, sabar atas kehilangan yang berlaku. Melalui kata-kata berhikmah dan positif, ia juga sebenarnya merupakan satu sedekah yang kita berikan.
 
Dalam menghadapi ujian getir termasuklah kehilangan harta, insan tersayang, kesakitan, bencana dan sebagainya, yakinlah Allah sedang menguji dan melihat respon hamba-hambaNya yang diuji. Segala ujian hebat ini memang akan menggoncang hati dan menimbulkan ketakutan dan rasa sedih yang mendalam.

Sesungguhnya ujian yang datang, walau bagaimana berat pun ia adalah ketentuan Allah untuk melihat bagaimana reaksi hamba-hambaNya, sama ada menjadi lebih dekat kepada Nya atau menjadi lebih jauh daripadaNya. Keimanan, keyakinan, tawakal dan kesabaran yang kuat sangat diperlukan dalam menghadapi ujian getir ini.

Orang yang menjadi jauh dari Allah akan menyalahkan Allah kerana mengujinya, memarahi takdir yang menimpa dan mengandai-andaikan pelbagai sangkaan buruk kepada Allah penciptanya. Sedangkan orang yang menjadi lebih dekat dengan Allah akan melihat musibah berlaku sebagai satu bukti kekuasaaan Allah sebagai pencipta yang telah memilihnya untuk diuji. Ia mungkin menjadi kifarat segala dosa-dosa dan kesalahannya dan akan menyebabkan dia mendapat ganjaran besar dan syurga Allah di akhirat kelak.
 
Oleh karena itu, dalam apa keadaan sekalipun, mangsa banjir sama ada kita atau orang lain hendaklah  senantiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah yakin bahawa semuanya adalah ujian untuk menguji keimanan yang mereka miliki. Inilah yang dimaksudkan dalam firman  Allah yang bermaksud, “Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam syurga, sedangkan belum datang kepada kalian (ujian) sebagaimana yang berlaku kepada orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (Al Baqarah : 214)


Justeru, kesabaran yang tinggi  dan bersangka baik kepada Allahlah yang menjadi nadi dalam kehidupan kita sebagai Muslim.
 

Rabu, 14 Januari 2015

Kenangan Menyentuh Hati

Hari ini saya baru habis mesyuarat.. Tetapi entah ler.,.. ingatan saya banyak kali ke Melbourne..
Saya membuka video anak kesayangan saya Aisyah bercakap semasa di Melbourne.. Ketika itu beliau masih kanak-kanak, belum baligh.. Dalam video ini dia tak pakai tudung,, baru balik dari sekolah...
Saya ingin upload untuk mudahkan saya menontonnya di sini.. Tetapi sekarang anak saya sudah baligh dan saya tidak akan memasukkan gambar2nya sesuka hati saya seperti mana ketika dia belum baligh..:-(

Ini adalah sambungan kisah kenangan yang indah ini..



Kenangan yang indah yang kita lalui  adalah satu kekuatan..dan perkara besar untuk disyukuri..

Merindui Melbourne

Saya masih merindui Melbourne..:-(

Saya sekarang membawa kereta Camry yang saya pakai di Melbourne. Kereta yang saya beli dengan harga murah, hanya AUD10,000 kerana ia terlibat dalam hujan air batu di Perth pada tahun 2009 dahulu. Ia dijual murah kerana kereta itu telah di write off oleh kerajaan. Kereta Camry yang saya beli ketika itu baru digunakan sebanyak 28000 kilometer oleh Kementerian Defence Perth dan ia baru dikeluarkan pada March 2008. Saya sangat bersyukur dengan nikmat ini. ALhamdulillah.

Oleh kerana ia telah diwrite off, maka saya hanya boleh hidupkan ia di Perth juga. Dengan peuh tawakal, dan dengan bantuan kawan saya iaitu Dr Wan Satirah yang menghubungi rakannya Shah di Perth, maka kereta tersebut di export dengan bayaran AUD500 from Melbourne to Perth. Saya menulis surat bahawa kereta tersebut saya jual kepada Shah dan beliau membuat permohonan menghidupkannya di Perth.

Selepas beberapa bulan, saya dan suami fly ke Perth (ketika itu dari KL), untuk berjumpa dengan Shah dan mengambil kereta tersebut untuk di bawa ke Melbourne. Shah perlu menulis surat bahawa kereta tersebut telah djual kepada saya dan saya akan mendaftarkan di bawah Victoria Law pula (VicRoad).

Betapa panjangnya perjalanan kereta Camy tersebut. ia sepanjang perjalanan laluan berliku PhD saya di Australia..subhanallah..

Selepas pendaftaran , maka dengan keizinanNya, Camry tersebut berbakti kepada saya sekeluarga dengan penuh taat. Sehinggalah saya ingin kembali for good pada Disember 2012. Camry tersebut masih setia berbakti kepada rakan-rakan saya sehingga ia di export ke Malaysia pada hujung bulan Januari 2013.

Bermula episod Camry tersebut berbakti kepada kami di sini. Pendaftaran di JPJ, Kastam dan lain-lain bermula...

Membawa Camry yangs aya sayangi ini akan membawa ingatan saya ke Melbourne.. kadang-kadang saya terbayatng-bayang saya drive kereta ini dari rumah di Dumbarton Street menghala ke Preston Market untuk membeli sayur dan ikan serta halal meat. Tidak sedikit, saya terasa seolah-olah saya sedang membawa kereta dari rumah ke Melbourne University, melalui Broadway, Preston Market dan terus ke CBD..

Saya merinduimu Melbourne..
Dan saya mengangkat tangan mensyukuri nikmat ALlah yang banyak ini.. Alhamdulillah...

Nasyid Best

Nasyid hebat..

Saya menonton majlis Nasyid IKIM di TV al-Hijrah pada 10 Januari 2015 yang lepas.
Saya sangat suka nasyid ini.
Mengimpau perasaan saya yang sayu..

Semoga saya menjadi umat Nabi yang baik..
ameen..



Ahad, 20 Julai 2014

Mengingati Hari Akhirat






Semoga Allah memberi kita petunjuk untuk menjadi hambaNya yang baik..

hari demi hari..
Menonton gambar-gambar dalam youtube baccan Sheikh ini, menyebabkan rasa takut di hati saya...Subhanllah.. jagalah kami semua dunia dan akhirat..

Membaca dan menonton pemergiaan Allahyarham Syarifah Aini juga membuat saya merenungi diri sendiri...
Semoga saya nanti dipanggil dalam keadaan husnul khatimah...ameen

Wahai Allah,, ketika begitu ramai orang berlari-lari mengetuk pintu rahmatMu
Janganlah Engkau tinggalkan namaku ya Allah..
Masukkanlah nama saya di antara nama-nama orang yang Engkau beri petunjuk...
ameen..

Jumaat, 16 Mei 2014

Positif...

Menjadi manusia positif


 Dalam menjalankan tugasan sebagai hamba ALlah di alam maya, kita perlukan ilmu.  Salah satunya adalah ilmu mengawal diri menjadi manusia lebih berkualiti. Ilmu wahyu menjadikan jiwa kita terdidik dan menjadikan kita baik. Ilmu akal menjadikan kita berilmu untuk mentadbir alam ini..
Kita masih perlukan banyak ilmu lagi untuk menjadi hambaNya yang berkualiti....

Contohnya...ilmu motivasi..


Selasa, 13 Mei 2014

Rabu, 7 Mei 2014

Hidup kita biarlah banyak memberi

Selalu jaga niat kita..
matlamat hidup kita adalah mencari redha Allah..
objektif hidup kita adalah untuk dapat meninggalkan dunia ini secara baik-- husnul khatimah
prinsip hidup kita adalah untuk berbuat baik dan memberi manfaat..

Hidup indah bila sering memberi...



















Rabu, 30 April 2014

Perjalanan Musafir ke Indonesia

Jakarta..

Saya ke Jakarta bulan Feb lepas..Menghadiri seminar Waqf DOmpet Dhuafa' dan juga Waqaf Tanah dan lain-lain..kemudian menghadiri Pesta Buku Indonesia 23 Feb 2014

Kesimpulan saya..
1-Saya takjub dengan Indonesia yang membangun

2-Saya takjub dengan ramainya bilangan penduduk mereka dan macetnya jalan raya mereka

3-Saya takjub melihat kesungguhan mereka berjuang membangunkan rakyat melalui DOmpet Dhuafa' dan lain-lain. Saya sungguh hormat semua usaha mereka.

4-Saya takjub melihat usaha mereka membina semangat dan cinta penulisan dan buku melalui program "Kecil-kecil Punya karya'. Budak 8-15 tahun sudah menulis buku...

5-Saya juga takjub dengan mata wang mereka..

6-Saya bersyukur dizinkan Allah ke sana.. melihat dengan mata sendiri, melalui apa yang ada di sana dan melihat kesungguhan mereka berjuang untuk hidup dan membantu anak2 fakir.. Semoga ALlah membalas jasa mereka.






Dan saya juga berkesempatan membeli belah di Tanah Abang dan makan di restoran Cost di Jakarta.. Sungguh sedap dan sangat murah jika dibandingkan dengan harga makan di Malaysia..

Ahad, 27 April 2014

Belajar Bahasa Inggeris

Fasih bahasa Inggeris

Saya punya bahasa Inggeris masih belum mencapai tahap yang saya inginkan.. hehe.. Tapi bolehlah..:-)

Samasa saya bersembang dengan Aisyah mengenai al-Quran dan tugasan menjadi pendakwah, saya sebut mengenai bahasa inggeris dan dia sangat teruja. Saya katakan,
"Aisyah nanti jadi hafizah ya. Umi always doakan my daughter akan jadi seorang yang hafal Quran. But not only hafaz, tapi juga beramal dengan isi al-Quran ya. "

Saya tambah lagi, "Aisyah dapat slang OZ, make sure you hold with it forever.. And  nanti Aisyah becomes pendakwah like Imam Suhaib Webb.. teach people about Islam in english..Umi sangat proud dengan anak Umi ni..:

Dan dia bercerita satu demi satu dengan saya..tentang hasrat, cita-cita, dan cabaran menjadi remaja yang solehah sekarang ini. Kadang-kadang dia suka berstory, tapi kadang2 tak suka... anak remaja yang perlu didekati dengan cara yang tepat.

To Aisyah my darling, Umi doakan Aisyah selalu berjaya..dunia dan akhirat.. ameen.

-------------------- 

Di bawah adalah cara-cara untuk menjadi terer bahasa inggeris..

33 ways to speak better English – without taking classes

If you’re reading this, I imagine you want to communicate with confidence and competence in English.

When we communicate effectively we are able to express our ideas and opinions, share experiences, and build relationships with others. When we struggle to express ourselves, we feel unvalued and insecure. As human beings, we want to participate in group discussions and have an impact on the society around us.

In the modern world, we communicate across borders. English is the closest thing we have to an international language.

By speaking better English, people all over the world can hear our voice. But, to speak better English, you need a teacher, don’t you? You need to take English classes, right?

recite-15568-1196958859-btybyb

Well, English teachers and English classes definitely help. But, studying English for a few hours a week may not improve your spoken English very much.

What you need is to become a self-directed learner, somebody who takes responsibility for their own learning and creates their own learning programme to develop their English.

Now, it’s certainly true that speaking is a social activity and is best done with other people. However, you could say the same about many activities.  Leo Messi became a wonderful football player because he spent hours every day for many years practising by himself.

You can do the same with your English. Here are 33 ways to speak better English, without going to classes.

1. Record yourself speaking English. Listening to yourself can be strange at first but you get used to it. Listen to a recording of a fluent English speaker (a short audio file) and then record yourself repeating what they said. Compare the difference and try again. Humans are natural mimics so you will find yourself getting better and better. Soundcloud is an excellent tool for voice recording as you or your teacher can make notes about your errors.

2. Read aloud, especially dialogue. Reading aloud is not the same as speaking naturally. However, it is very useful for exercising the vocal muscles. Practise for 5 or 10 minutes a day and you will begin to notice which sounds are difficult for you to produce. Find transcripts of natural dialogues, such as these here, and practise acting them with a friend, you will also learn common phrases which we use when speaking.

3. Sing along to English songs while you’re driving or in the shower. The lyrics to pop songs are often conversational so you can learn lots of common expressions by listening to them. Humans are also able to remember words when used together with music which is why it is difficult to remember poems but easy to remember the words to songs. Here are some songs to get started with.

4. Watch short video clips and pause and repeat what you hear. YouTube is an amazing resource for language learners and you probably already have your favourite clips. My advice is to watch short clips and really study them. With longer videos, you may find your attention wanders. The key to improving by watching videos is to really listen carefully and use the pause button to focus on sounds and words. Many YouTube videos now have captions.

5. Learn vowel and consonant sounds in English. The Phonemic chart is a list of the different vowel and consonant sounds in English. Learning how to make these sounds and then using them to pronounce words correctly will really help you speak English clearly. This is a great resource from the British Council.

6. Learn and identify schwa. What is schwa you might be asking? Well, it’s the most common sound in English: Click here. We use it all the time in words like ‘teacher’ and ‘around’.

7. Learn about weak and strong forms of common words. When you know about the ‘schwa’ sound, you will listen to native speakers in a different way. English is a stress-timed language which means that we use a combination of strong and weak forms of some words. For example, which words do we stress in the following sentence?

I want to go for a drink tonight.

How do native speakers pronounce to / for / a in the sentence? We use the schwa sound so it sounds like:

I wanna go ferra drink tenigh.

Learn how and when to use weak forms and your speaking will improve overnight. You will also learn to focus on stressed words when listening to fast, native-speaker English and you will finally be able to understand us!

8. Learn about word stress. When words have more than one syllable, we stress one or more of them. For example, the word intelligent has four syllables but which syllable do we stress? Click here to find out. Remember that the small vertical mark above the word identifies the stressed syllable: /ɪnˈtel.ɪ.dÊ’É™nt/

9. Learn about sentence stress. Sentence stress refers to the word or words we stress in a phrase of a sentence. When we stress a word, we help the listener understand what is important. If we stress the wrong word or don’t stress the key word, the listener may get confused or not realise what is important in the sentence. A few years ago, I enrolled in a gym. I was asked to attend an introductory class at ‘five to six‘. The Hungarian receptionist stressed the word ‘six‘ so I arrived at 5.55. She looked at me and told me that I was late and the class had nearly finished. She should have stressed ‘five‘ and ‘six‘ so would have understood that the class lasted for one hour and began at 5pm! For more on sentence stress, read here.

10. Identify fixed and semi-fixed phrases and practise them. Fixed phrases usually contain between 3 and 7 words and include items like:

to be honest

in a moment

on the other hand

A conversation is made of grammatical structures, vocabulary and fixed or semi-fixed phrases. In fact, to tell the truth , on the whole, most of the time, my friends and I , communicate with each other in a series of fixed and semi-fixed expressions.

Learn the communicative function of these phrases and practise how to pronounce them (remember weak forms, which words are stressed) and use them in your everyday conversation. Click here for a list of 1000 common phrases.

11. Learn about collocations. Words don’t like being alone. They prefer to hang out with their friends and, just like people, some words form close friendships and other never speak to each other.

Yellow doesn’t get on well with hair. Maybe yellow is jealous of blond because blond and hair are frequently seen out together having a great time. Yellow doesn’t understand why hair prefers blond because yellow and blond are so similar.

Listen carefully for common combinations of words. Short and small have similar meanings but people have short hair not small hair. High and tall are often not so different but people have high hopes but not tall hopes. Foxes are sly not devious. Hours can be happy but are never cheerful. Idiots are stupid but rarely silly.

12. Replace regular verbs with phrasal verbs. Many learners of English don’t understand why native speakers us so many phrasal verbs where there are normal verbs (usually with Latin roots) which have the same meaning. English was originally a Germanic language which imported lots of Latin vocabulary after the Norman conquest in the 11th century. Regardless of the historical factors, the fact is that native English speakers use lots and lots of phrasal verbs. If you want to understand us, then try to include them in your conversation. If you make a mistake, you’ll probably make us laugh but you are unlikely to confuse us as we can usually guess what you want to say from the context. Phrasal verbs are spatial and originally referred to movement so when you learn a new one, make physical movements while saying them to help you remember.

13. Learn short automatic responses. Many of our responses are automatic (Right, OK, no problem, alright, fine thanks, just a minute, you’re welcome, fine by me, let’s do it!, yup, no way! you’re joking, right?, Do I have to? etc.) Collect these short automatic responses and start using them.

14. Practise telling stories and using narrative tenses. Humans are designed to tell stories. We use the past simple, past continuous and past perfect for telling stories but when the listener is hooked (very interested), they feel like they are actually experiencing the story right now. So, we often use present tenses to make our stories more dramatic!

15. Learn when to pause for effect. Speaking quickly in English does not make you an effective English speaker. Knowing when to pause to give the listener time to think about what you have said, respond appropriately, and predict what you are going to say does. Imagine you an actor on a stage, pausing keeps people interested. Great strategy if you need to speak English in public.

16. Learn about chunking. Chunking means joining words together to make meaningful units. You don’t need to analyse every word to use a phrase. Look at the phrase: Nice to meet you. It is an example of ellipsis because the word ‘It’ is missing at the beginning of the phrase. However, we don’t need to include it.  Learn more here.

17. Learn about typical pronunciation problems in your first language. Japanese learners find it difficult to identify and produce ‘r‘ and ‘l‘ sounds; Spanish don’t distinguish between ‘b‘ and ‘v‘; Germans often use a ‘v‘ sound when they should use a ‘w‘. Find out about the problems people who speak your first language have when speaking English and you will know what you need to focus on.

18. Choose an accent you like and imitate it. We often have an emotional connection with certain nationalities. Do you have more of an interest in British culture or American culture? Do you support Manchester United or Arsenal?  Deciding what variety of English you want to learn is your first step.

19. Find an actor/actress you like and identify what makes them powerful speakers. Do you want to sound like Barack Obama, Benedict Cumberbatch (Sherlock Homes) Beyonce or Steve Jobs? If you want to sound like David Beckham, I advise you to reconsider, unless you want to sound like a young girl!

20. Use a mirror and / or a sheet of paper for identifying aspirated and non-aspirated sounds. Aspirated sounds are those with a short burst of here, such as ‘p‘ in ‘pen, and unaspirated sounds have no or little air, such as the ‘b‘ in ‘Ben‘. Watch this video to learn more.

21. Practise tongue twisters. Tongue twisters are phrases designed to improve your pronunciation of particular sounds. Here is a list for kids but it’s great fun.  Have a go now.Try saying this phrase quickly:

What a terrible tongue twister. What a terrible tongue twister. What a terrible tongue twister.

22. Practise spelling names, numbers and dates aloud. This may seem very basic to some of you but if you don’t practise, you forget how to say them.Have a go here at numbers here and at place names here.

23. Learn about common intonation patterns. Intonation (when the pitch of the voice goes up and down) is complex in English but it is very important as it expresses the feeling or emotion of the speaker. Here is an amusing introduction to intonation.

24. Learn about places of articulation. The articulators are the parts of the mouth we use to turn sound into speech. They can be fixed parts (the teeth, behind the teeth and the roof of the mouth) and mobile parts (the tongue, the lips, the soft palate, and the jaw). Click here for more information.

25. After looking at places of articulation, practise making the movements that native speakers use when they speak. Here’s a video and remember to open the jaws, move the lips and get your tongue moving!

26. Learn why English is a stress-timed language. The rhythm of the language is based on stressed syllables so we shorten the unstressed syllables to fit the rhythm. Syllable-timed languages (such as Spanish) take the same time to pronounce each syllable. Here’s an explanation which might explain why you speak English like a robot or watch this funny clip here.

27. Learn how to interrupt and interject politely and successfully. Click here for a list of interrupting phrases.

28. Learn about ellipsis, assimilation and linking sounds.

29. Speak lower not higher. Studies show that you command attention and demonstrate authority with a deeper vocal tone, especially men. This is particularly important if you have to speak in public. Here is a quick guide.

30. Listen and read along to poetry (or rap songs) to practise the rhythm of English. Limericks (short, funny, rhyming poems) are really useful and demonstrate how English is stress-timed and how we use weak forms.

31. Learn exclamation words and fillers. Watch this video or study this list of 100 common exclamations here.

32. Learn how to paraphrase. Paraphrasing is when we repeat what we have just said to make it clear to the listener or when we repeat what the other person has said by using different words. Here are a few to get started.

33. Use contractions more. Contractions make your speech more efficient because they save time and energy. Say ‘should not’ and then say ‘shouldn’t’: which is easier to say?


Jumaat, 25 April 2014

Perkahwinan






 
Bila kita berkahwin, kita sebenarnya buat rumah...
Buatlah betul-betul...
Jika senget sana sini, kita perlu betulkan, bukan robohkan...
Baiki lagi dan lagi dan lagi....
Tapi bila senget dah keterlaluan, maka mungkin robohkan dia menjadi pilihan yang baik.
 

 
 Kalau tak dibetulkan.... mungkin bocor sikit menjadi sangat besar sehingga merosakkan bahagian lain...

Maka berkahwinlah dengan ilmu di dada..
Carilah ilmu supaya apabila kita masuk dalam kotak perkahwinan, atau apabila kita membina rumah, kita bersedia dengan persediaan yang cukup. Bila tidak cukup, cari lagi dan lagi...


Erti perkahwinan..

Perkahwinan..

Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian Khamis 24 April 2014 semalam. Saya kena siapkan dua hari sebelum diterbitkan. Jadi setiap petang Selasa saya akan berusaha menyiapkan dan mengirimkan kepada Editornya, Puan Liza.

Pn Liza ni seorang Editor yang bagus. Ada banyak juga dia edit kerja saya ni..:-)

Semoga kita bersyukur dengan rezeki kita dapat berkahwin, ada pasangan dan keluarga.. Semoga kita dapat berusaha menjaga kebahagiaan yang ada dan selalu meminta keberkatan Allah ke atas seluruh ahli keluarga kita.. ameen..

Rabu, 23 April 2014

Motivation

Menjadi orang yang hebat..

Saya ada membeli koleksi  syarahan Prof Muhaya yang telah didownload oleh seseorang.. Dalamnya terdapat semua ceramah beliau yang disiarkan di radio ikim semenjak tahun 2010. Daripada USB saya transfer ke CD dan menjadikan bahan pelajaran saya sepanjang saya berada dalam kereta.
Saya belajar banyak dari perbahasan beliau dan saya secara peribadi kagum sungguh saya dengan dia.
semoga saya juga berjaya mencontohi beliau dan orang-orang lain yang berjaya .. ameen..

Yang ini pula adalah daripada internet.

http://www.lifehack.org/articles/communication/15-things-highly-confident-people-dont.html

Highly confident people believe in their ability to achieve. If you don’t believe in yourself, why should anyone else put their faith in you? To walk with swagger and improve your self-confidence, watch out for these fifteen things highly confident people don’t do.

1. They don’t make excuses.

Highly confident people take ownership of their thoughts and actions. They don’t blame the traffic for being tardy at work; they were late. They don’t excuse their short-comings with excuses like “I don’t have the time” or “I’m just not good enough”; they make the time and they keep on improving until they are good enough.

2. They don’t avoid doing the scary thing.

Highly confident people don’t let fear dominate their lives. They know that the things they are afraid of doing are often the very same things that they need to do in order to evolve into the person they are meant to be.

3. They don’t live in a bubble of comfort.

Highly confident people avoid the comfort zone, because they know this is a place where dreams die. They actively pursue a feeling of discomfort, because they know stretching themselves is mandatory for their success.

4. They don’t put things off until next week.

Highly confident people know that a good plan executed today is better than a great plan executed someday. They don’t wait for the “right time” or the “right circumstances”, because they know these reactions are based on a fear of change. They take action here, now, today – because that’s where progress happens.

5. They don’t obsess over the opinions of others.

Highly confident people don’t get caught up in negative feedback. While they do care about the well-being of others and aim to make a positive impact in the world, they don’t get caught up in negative opinions that they can’t do anything about. They know that their true friends will accept them as they are, and they don’t concern themselves with the rest.

6. They don’t judge people.

Highly confident people have no tolerance for unnecessary, self-inflicted drama. They don’t feel the need to insult friends behind their backs, participate in gossip about fellow co-workers or lash out at folks with different opinions. They are so comfortable in who they are that they feel no need to look down on other people.

7. They don’t let lack of resources stop them.

Highly confident people can make use of whatever resources they have, no matter how big or small. They know that all things are possible with creativity and a refusal to quit. They don’t agonize over setbacks, but rather focus on finding a solution.

8. They don’t make comparisons.

Highly confident people know that they are not competing with any other person. They compete with no other individual except the person they were yesterday. They know that every person is living a story so unique that drawing comparisons would be an absurd and simplistic exercise in futility.

9. They don’t find joy in people-pleasing.

Highly confident people have no interest in pleasing every person they meet. They are aware that not all people get along, and that’s just how life works. They focus on the quality of their relationships, instead of the quantity of them.

10. They don’t need constant reassurance.

Highly confident people aren’t in need of hand-holding. They know that life isn’t fair and things won’t always go their way. While they can’t control every event in their life, they focus on their power to react in a positive way that moves them forward.

11. They don’t avoid life’s inconvenient truths.

Highly confident people confront life’s issues at the root before the disease can spread any farther. They know that problems left unaddressed have a way of multiplying as the days, weeks and months go by. They would rather have an uncomfortable conversation with their partner today than sweep an inconvenient truth under the rug, putting trust at risk.

12. They don’t quit because of minor set-backs.

Highly confident people get back up every time they fall down. They know that failure is an unavoidable part of the growth process. They are like a detective, searching for clues that reveal why this approach didn’t work. After modifying their plan, they try again (but better this time).

13. They don’t require anyone’s permission to act.

Highly confident people take action without hesitation. Every day, they remind themselves, “If not me, who?”

14. They don’t limit themselves to a small toolbox.

Highly confident people don’t limit themselves to Plan A. They make use of any and all weapons that are at their disposal, relentlessly testing the effectiveness of every approach, until they identify the strategies that offer the most results for the least cost in time and effort.

15. They don’t blindly accept what they read on the Internet as “truth” without thinking about it.

Highly confident people don’t accept articles on the Internet as truth just because some author “said so”. They look at every how-to article from the lens of their unique perspective. They maintain a healthy skepticism, making use of any material that is relevant to their lives, and forgetting about the rest. While articles like this are a fun and interesting thought-exercise, highly confident people know that they are the only person with the power to decide what “confidence” means.

Khamis, 10 April 2014

Kenangan..

Kenangan silam.. di Uni Melbourne

Tadi, tetiba saya teringatkan Melbourne dan kenangan saya di sana..
Saya mengambil keputusan menulis sesuatu dalam facebook Doctorate Group..

Inilah tulisan saya...

" Salam, saya sekadar ingin memberi sedikit kata-kata perangsang kepada rakan2 yang sedang menyiapkan PhD..(walaupun tak kenal saya..:-)

Semasa saya sedang berusaha sehabis daya pada akhir tahun 2012 yang lepas (jadual balik ke Malaysia pada 1/12/12). Dua tiga bulan sebelum tarikh akhir untuk submit, saya tidur hanya 3-4 jam sehari. Ketika itu saya di Melbourne Uni dan perlu berjumpa Supervisor kadang-kadang dua atau tiga kali dalam seminggu. Kelam kabut hanya ALlah yang tahu. Dan saya rasa terlalu banyak untuk dibuat sebelum tesis berjaya menjadi sebuah tesis.

Supervisor saya yang baik, namanya Prof Tim Lindsey, setiap kali berjumpa selalu mulakan dengan tanya khabar cara ceria...

Dalam catatan saya...saya ada tulis sebegini...(yang harapnya memberi sedikit motivasi untuk rakan2 semua....)

Saya panggil dia Pak Tim, kerana dia pandai cakap Indonesia.

Pak Tim tanya saya semalam,"Hidayah, tell me about your health?"
Saya jawab.."haaaa..what do you mean Pak?"
Dia kata, "Just answer, bad or worse.."
Saya jawab.."I think worse.."

Dan Pak Tim ketawa.."Ok.. it is a good sign. Itu maknanya kamu sedang membuat PhD. Jika kami ok saja, and sleep 8 hours a day, you won't get your PhD. PhD itu kesukaran, keletihan, kesusahan.. no pain no gain.."

"ooo.. baik Pak... Thank you Pak.. I want to continue my work, be in the gubuk derita seorang pelajar PhD..."


---Kpd rakan-rakan yang sedang belajar, Teruslah berjuang... kerana pahala Allah untuk orang yang mencari ilmu adalah sangat besar. Dan niatlah selalu dalam hati.. Ilmu yang saya cari ini adalah untuk saya curahkan kembali kepada masyarakat .. Kerana ALlah untuk umat manusia...ameen

-Hidayah



Khamis, 3 April 2014

Pengajaran dari Kes Sweden

Artikel 
Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian pada 3 April 2014 (Khamis) ruanga Agama. Saya ingin mengutarakan pendapat saya atau analisis yang saya buat terhadap kes pasangan Malaysia di Sweden ini. Saya berdoa agar kedua mereka tabah dalam menghadapi hukuman penjara di sana, dapat memikir kembali tentag hubungan kekeluargaan antara mereka dan anak-anak, dapat memaafkan anak-anak mereka.. serta yang penting dapat juga meminta maaf dariapda anak-anak mereka. Kepada anak-anak mereka, saya mendoakan agar agar mereka tabah, dapat memafkan ibu bapa mereka, dapat memikirkan tentang kasih sayang ibu bapa mereka yang pernah diberikan dan semoga mereka semua akan kembali membina hubungan kekeluargaan yang lebih baik apabila bergabung nanti.. ameen..

_____________________________
 
Tajuk di Berita Harian   PENDIDIKAN HARUS BERASASKAN KASIH SAYANG..
Oleh: Dr Nurhidayah Hashim
 
Kes sepasang rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan melakukan penderaan dan pencabulan kepada integiriti anak mereka menerima liputan meluas di negara kita. Kes ini menarik perhatian rakyat Malaysia kerana ia melibatkan kaedah mendidik yang dianggap hak ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka.
Sedangkan di Sweden, perlindungan daripada dipukul dan dilayan secara tidak wajar adalah satu perkara besar yang diperuntukkan dalam undang-undang kanak-kanak mereka. Mahkamah  yang membicarakan kes ini telah mensabitkan hukuman bersalah,  ibu tersebut  telah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan manakala ayah mereka dikenakan 10 bulan penjara.
Perkembangan dan penghakiman kes ini menjadi bahan perbincangan di internet dan laman-laman sosial. Berdasarkan maklumbalas yang diberi, saya rangkumkan terdapat tiga pendapat diberikan oleh orang ramai. Pertama, mereka menyalahkan undang-undang Sweden yang dianggap terlalu tegas sehingga menolak kuasa ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Mereka berpendapat memukul anak-anak adalah perkara biasa dalam kaedah pendidikan orang Melayu dan orang Islam. Justeru, kes ini seolah-olah mencabar orang Islam dan orang Melayu dalam mendisiplinkan anak-anak mereka.
Kedua, mereka menyalahkan ibu bapa tersebut kerana terlalu keras dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. Pendekatan garang, pukulan menggunakan tangan, rotan dan tali pinggang dilihat sebagai kaedah mendidik yang diamalkan sehingga menyebabkan anak-anak memberontak. Anak-anak gagal memahami kenapa mereka dihukum.
Ketiga, mereka menyalahkan anak-anak tersebut kerana membuat laporan sehingga ibu bapa mereka dibicarakan. Anak-anak tersebut dikatakan  bukan anak yang baik, tidak menyayangi ibu bapa mereka dan tidak menghargai nikmat yang ibu bapa mereka berikan. Bahkan ada penulis yang membandingkan anak-anak tersebut dengan pengalaman mereka semasa kecil, di mana mereka dahulu dirotan setiap hari, diketuk kepala ke dinding dan diikat di tiang tetapi tidak membantah. Apa sahaja bentuk  hukuman dibuat oleh ibu bapa seharusnya diterima dengan terbuka oleh anak-anak kerana itu adalah tanda anak yang taat kepada ibu bapa mereka.
Kes ini sebenarnya wajar dilihat sebagai pencetus kepada penambahbaikan dalam masyarakat kita dalam urusan melibatkan kebajikan anak-anak, termasuklah tindakan yang diambil oleh ibu bapa, guru-guru dan penggubal undang-undang.  
Dari sudut agama, anak-anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa untuk dididik dan dijaga sehingga mereka mampu menjadi khalifah yang baik di muka bumi. Anak-anak bukan hak ibu bapa, tetapi mereka mempunyai hak untuk mendapat perlindungan dan layanan yang baik.
Sememangnya Nabi Muhammad SAW ada membenarkan pukulan kerana meninggalkan solat, tetapi ia adalah tindakan alternatif paling akhir dalam mendidik mereka. Itupun tertakluk kepada keberatan (weight) kesalahan yang dilakukan, dan juga haruslah selepas mereka berumur 10 tahun ke atas. Pukulan itu bukan dengan kuat penuh emosi marah,  tetapi pukulan ringan bertujuan untuk mendidik. Anak-anak juga hendaklah dijelaskan kesalahan mereka supaya mereka faham kenapa mereka dihukum.
Pendekatan kasih sayang adalah prinsip asas pendidikan Nabi SAW. Pendakwah Australia, Sheikh Yahya Ibrahim dalam satu ceramahnya pernah menegur pendekatan garang dan keras segelintir ibu bapa dan guru-guru yang sering mendenda dan merotan, dengan mencabar mereka membawa hadith yang menunjukkan Rasul mendekati kanak-kanak dengan pendekatan begitu. Tidak ada satu pun. Bahkan yang ada Rasululullah memuji, menegur, membina kasih sayang  sehingga kanak-kanak mencintai Baginda dan akhirnya turut mencintai ajaran agama yang Baginda bawa. Inilah yang berlaku kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar yang masih muda remaja ketika itu.
Ini juga menjadi bahan utama pendekatan pakar motivasi terkenal di negara ini, Profesor Dr Muhaya Muhamad dalam ceramah keibu bapaan yang beliau kendalikan. Anak yang dididik dengan keras akan mengulangi dan menggunakan pendekatan keras di masa depan. Kajian banyak menunjukkan anak yang dilayan dengan keras, diherdik dan dihina akan rendah nilai dirinya dan akan bertindak serupa apabila mereka besar kelak. Pendekatan Nabi ini turut dikupas dengan panjang lebar oleh ramai pendakwah mengenai bagaimana kasih sayang adalah prinsip asas dalam pendidikan yang diajarkan Rasulullah. Kes ini seharusnya membuka mata ibu bapa untuk mendalami cara pendidikan Nabi dan mempraktikkan yang tepat dalam mendidik zuriat mereka.
Apabila melihat kepada pendekatan Sweden dan negara-negara lain, kita juga perlu melihat kembali bagaimana undang-undang negara kita mendekati isu penderaan ini. Alasan negara-negara tersebut pada hakikatnya adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak daripada menjadi mangsa layanan yang tidak munasabah. Apatah lagi kanak-kanak yang mentalnya belum matang, tidak tahu untuk bertindak balas. Justeru, mereka sangat tegas dalam menilai erti penderaan. Penderaan bukan sahaja apabila patah tangan atau tanda seterika panas di badan kanak-kanak, tetapi juga melibatkan emosi kanak-kanak. Apabila seorang anak berubah menjadi pendiam, berada dalam dunia mereka sendiri, memberontak, berubah tingkah laku, maka ia juga adalah penderaan. Walaupun tidak bermakna Malaysia menerima secara total undang-undang mereka, tetapi wajar untuk kita melihat kembali dan menambah baik apa yang kurang untuk kebaikan kanak-kanak di negara ini.
Kita juga tidak wajar  menyebut perkataan menghina sebagai anak  tidak mengenang budi dan sebagainya kepada anak-anak tersebut kerana mereka adalah di bawah umur dan tidak boleh dikaitkan dengan kesalahan. Kita sepatutnya memberi sokongan kepada mereka supaya dapat menghadapi ujian ini, tidak trauma dan bukan menambah tekanan yang telah sedia ada. Jika masyarakat menghina, tindakan itu sebenarnya adalah sebahagian dari penderaan pula kepada mereka.

Adalah sangat diharapkan agar apabila keluarga ini bergabung kelak, ibu bapa dan anak-anak diberi bantuan psikologi untuk saling memaafkan dan membina kembali hubungan kekeluargaan yang ada. Adalah tidak mustahil dengan pandangan positif dan dokongan semua, keadaan akan menjadi lebih baik untuk mereka, dan seluruh ahli masyarakat kita umumnya. Kes ini mempunyai banyak hikmah yang tersirat.
 
*Penulis adalah Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam.

Sabtu, 29 Mac 2014

Kenangan Indah

Segalanya seperti mimpi...
Apabila mengenangkan segala laluan yang saya lalui..
saya rasa seperti semuanya masih baru.. seperti semalam..

Alhamdulillah....
Saya memakai regalia atau jubah konvo University of Melbourne yang sangat berharga.. ALhamdulillah
....17 Dis 2013 dalam kenangan.(gambar kenangan bersama suami yang menjadi my strong tulang belakang..:-)) Terima kasih kepada semua ahli keluarga saya dan rakan2  yang telah sama2 mendoakan saya.. .. kejayaan saya ini saya tujukan untuk mereka dan juga untuk ummah.. ameen dan alhamdulillah..

p/s gambar ni gambar formal yang berbayar masa convo- diambil oleh juruphoto uni berbayar yang masa convo2 tu... Syarikat Southam Studios, Melbourne. Dekat 3 bulan baru mereka kirim. TQ to Sheikh Adli yang terima gambar ni di Melb. Mahal sungguh! sekeping AUD45.. ambil 3 keping dah AUD160.. tapi sebagai kenangan seumur hidup, saya ambik jugak la....:-)

Wanita dan Anak-anak.. MAC 2014



Khamis, 27 Mac 2014

Rabu, 26 Mac 2014

Jika kita rasa stress



Baca ni dengan perasaan ceria.. ni main-main saja..:-)
Yang penting..

Jangan Stress..
Buatlah apa2 setakat kita mampu.. terbaik sehabis daya..
Lepas itu kita berserah pada Allah..
Dialah yang memutuskan segala perkara..