Sunday, May 1, 2011

Perjalanan..

Alhamdulillah..

Saya bersyukur pada ALlah atas semua nikmat yang Dia berikan pada saya dan keluarga. Jika dikira, sungguh tepat ALlah firmankan, 'Nikmat apakah yang kamu dustakan..' dan juga kita tidak akan mampu mengira apa yang Allah berikan kepada kita.. Maka kita perlu selalu bersyukur pad ALlah atas semua yang Dia berikan.

Dalam plan saya, hampir kesemua yang saya perlu sudah saya perolehi di sepanjang 2 bulan saya di Malaysia. Dan saya rasa kepala saya semakin ringan dengan apa yang saya kerjakan sekarang. Allah mudahkan saya menemubual orang-orang penting yang saya perlukan input dari mereka. Saya juga ditemukan dengan ramai kawan-kawan yang baik yang sudi membantu saya.

Saya berbincang beberapa hari dengan rakan2 Dr-dr dari Law Faculty UIA mengenai research saya. Mereka memberi input ini dan itu untuk melengkapkan penulisan saya. Disebabkan hampir sebahagian besar pensyarah family law di Uni Islam Antarabangsa adalah rakan-rakan saya, mereka sudi cari dan berikan saya tesis2 PhD pelajar terdahulu yang boleh saya guna sebagai panduan, saya bawak balik dan potostat mana berkenaan.

Seorang pegawai JKSM yang sedang cuti belajar sekarang adalah 'rakan belajar saya'. Setiap bahan saya ada, saya beri pada dia dan setiap bahan dia ada, dia beri apda saya.. Bahan2 dia banyak membantu saya. Hubungan sebelum ini dengan orang undang-undang membantu kerja saya dengan begitu significant. Saya sudah kenal ramai sebelum ini, (masa saya terlibat dengan persatuan peguam), hakim-hakim mahkamah syariah, peguam-peguam, pegawai pejabat peguam negara, pegawai2 dari Jabatan Kehakiman, jadi saya disambut sebagai seorang kawan... berborak cerita pasal melbourne, menceritakan isu kehakiman dan semasa di malaysia, dan kemudiannya baru masuk kepada soalan yang saya perlukan. Hampir kesmuanya seolah-olah menjadi pertemuan silaturrahim, panjang sampai 3 jam lamanya.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang baru baik dengan saya dari dulu lagi. Saya bersembang selama 3 jam di bilik beliau dan Dato' Mohammad terus benarkan saya ke bilik rekod. Kak Hajjah PA Dato' siap beri saya hadiah buat dadih, bawak saya ke bilik rekod, perkenalkan saya dengan pegawai yang jaga rekod. Ketua Unit rekod adalah Ust Sufian, juga saya dah kenal lama sebelum ini. Mereka siap tolong carikan fail mahkamah yang saya perlukan dan tunjuk saya macam-macam..

Saya ke Public Forum anjuran bar Council pada 24 April, di sana saya berkenalan dengan Malitha, Presiden ASIALAW, dan juga Honey Tan, family lawyer yang serius menjalankan kajian mengenai isu nafkah anak selepas cerai bagi bukan Islam. Saya akan bertemu dan bersembang dengan beliau minggu depan. Saya juga sudah menjadi rapat dengan Ziana, orang kuat BSK di bawah Dr Naim. Beliau akan mebantu saya mendapatkan data yang saya perlukan selepas saya kembali ke Melbourne. Beliau juga akan bantu saya berkenaan isu ini apabila ada perbincangan dengan Kementerian Wanita. Alhamdulillah.

Saya mempunyai lebih ramai kawan sekarang. Networking saya bertambah dengan begitu cepat. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sivil juga melayan saya dengan begitu hormat dan baik, bercerita tentang laluan perjalanan menjadi hakim di mahkamah sivil dan bagaimana mahkamah sivil mengenai urusan keluarga dibincangkan. Bahkan minggu depan, seorang hakim Mahkamah Sivil, mengajak saya ke bilik beliau untuk melihat file kes-kes yang beliau putuskan, yang baru sahaja selesai diputuskan.

Saya teruja dengan perkembangan kajian saya dan akan berusaha gigih menamatkan penulisan PhD ini.

Izinkanlah wahai Allah saya menamatkan larian ini... amin..