Wednesday, April 27, 2011

Let Others, But Not Me..

Poem..

Beberapa hari lepas, saya ke kedai adik ipar saya, adik my husband di Batu caves, namanya Faizah, kedainya adalah Kedai Iwani Frozen Food... [Iwani adalah kedai adik beradik suami saya. Abangnya Fauzi jaga Iwani cawangan Taman Melati, Faizah di batu Caves. Suami saya ada kedainya sendiri..- semoga Allah memberi rezeki yang berkat untuk mereka dan saya juga..]

[Pesanan penaja...
kepada pembaca blog ni , jemput la ke kedai mereka ya.. sambil membeli boleh membantu perniagaan Muslim..]


Lepas sembang-sembang, cerita-cerita, saa tumpang solat dalam surau kat kedai dia. Dalam surau dihias cantik dengan ayat-ayat tazkirah. Dan salah satunya tertulis poem ini. Saya membacanya satu-satu.. menghayati dan berfikir tentang isinya..

Let Others...

Let others lead small lives, but not me
Let others argue over small matters, but not me
Let others cry over small hurts, but not me
Let others leave their future in other people's hands, but not me

For I know
That I was born a perfect 10
That I was born to succeed
That I have what it takes to succeed

Now I demand my birthright
I will do whatever it takes
I will do my best and ALlah will do the rest...


----------

Kita perlu jadi orang yang besar cita-cita, bak kata Hamka, hidup ini akan jadi indah bagi orang yang mempunai cita-cita besar. kalau ada orang sekeliling yang selalu melemahkan semangat kita, kita perlu menjauhi orang sebegini.. Biarkan mereka berfikir sesuatu yang kecil, kita terus maju ke depan. Kalau kita lemah semangat juang, hidup kita akan tidak ada erti. Selalu negatif pada hidup adalah ciri orang lemah. Saya tidak mahu menjadi orang lemah. Bisikan-bisikan melemahkan kita perlu kita lawan.. Saya ingin menjadi generasi HAMKA, befikir besar, beramal besar, bercita-cita besar dan memberi sesuatu yang besar untuk Allah, islam dan umatnya.. Begitu juga anda!..

insya Allah..