Tuesday, March 15, 2011

Masih Panjang Umur

Tsunami dan Pulau perhentian..

Subhanallah.. sya mengucap panjang.. tak berhenti baca doa, sambil dalam kepala saya macam2 perkara timbul..
'Ya Allah.. napa ler saya ada kat sini dalam waktu ni..
kenapa ler saya datang sini..
ya Allah, panjangkanlah umur saya..
jauh-jauh saya datang, apakah ajal saya kat sini.. subhanallah..'

Saya tak tahu apsal Tsunami di jepun, tapi masa dan saat tersebut, saya berada di laut dalam, atas boat laju dari jeti Besut ke Pulau perhentian. Saya sampai Mesia Rabu 9hb Mac. esoknya 10hb Mac saya balik ke KB menziarahi ayah dan ma saya. Duduk sana satu hari, esoknya jam 12tgh saya ke Besut, sebabnya saya dah janji dengan Aisyah nak tunjukkan pantai dan ikan2 di pulau, so kami ke Pulau Perhentian. [Saya dan my hubsand suka snorkling, tengok ikan dan berenang2 di pulau. Sebeleum 2 ni, kami ke Pulau redang, Pulau Kapas dan dah ke Pulau Perhentian besar dulu. kononnya kali ni nak ke Pulau Kecil pulak..]

Masa tu, hanya Allah yang tahu perasaaan saya..
Ombaknya macam bukit, besar sangat dan boat laju dengan dua enjin 200, melompat2 atas air. berdentum dentum boat menghentak air, saya rasa macam naik keret dan hentak atas bumper yang besar dan tinggi.. dum dum.. adoii... air ombak yang besar dan masin menyimbah nyimbah ke muka kami.. Aisyah menjerit ketakutan..
'Umi takut... Umi takut...'

Subhanallah... saya hilang kata-kata.. Abah peluk Aisyah sambil tenangkan dia.
'Tak pa Aisyah, abah ada sini ya.. don;t cry..'

45 mt atas laut bergelora macam bukit, ombak kuat sangat, rasa sangat lama..... pengalaman ngeri pada saya.
Hanya ALlah yang tahu perasaan kami.
Bila sampai ke jeti Pulau Kecil, kami turun..
Ya Allah hanya padaMu saya ucapkan syukur.. alhamdulillah kami panjang umur lagi.
Kalaulah boat tu karam, pecah dipukul ombak.. tak tahu lah apa jadi pada kami..

ALhamdulillah...Allah masih panjangkan umur kami semua.

Malamnya masa dinner, di Senja Bay, saya baru tahu lepas tengok TV kat situ bahawa ada Tsunami di Jepun.

Astaghfirullah, Subhanallah, Masya Allah...hanya pada Allah saya mengucapkan syukur kerana masih menyelamatkan kami..

Esoknya 12hb, jam 12tgh kami balik ke KB semula dan berada di rumah Ma dna Ayah.
13hb Ahad, jam 1tgh kami balik ke KL untuk meneruskan perjalanan kami. Selepas ini bermula data collection saya..