Friday, March 18, 2011

Malaysia

Negaraku...

Malaysia mempunyai cuaca berbeza dengan Melbourne. Panas sepanjang hari tetapi hujan hampir setia petang. Di KL jam teruk masa saya nak ke UIA hari Rabu, highway KL-Seremban, nak ke KL melalui jalan yang dekat dengan Parlimen, then ke Jalan Duta then ke Batu Cave then ke UIA menjadi sangat lama dan panjang. Saya nak jumpa Dr Roslina dan Dr Normi di UIA sebagai respondents saya jam 10pg, dari Bangi (saya duduk rmah Mak Mertua di bangi) ke UIA ambik masa selama 1 jam 45mt. Lamanyer!

Mana lebih bagus, panas cuacanya atau sejuk cuacanya.. :-)

Saya lebih suka panas, sebab kalau cuaca panas, kalau nak sejuk buleh buka aircond dalam kete or aircond dalam bilik. Kalau panas boleh mandi 3 kali sehari dan airnya pun ok. Kalau cuacanya sejuk, tak boleh nak lari jadi panas.. sebab semuanya sejuk.. kat rumah sejuk, kat luar sejuk, dlm bilik air sejuk, dalam bilik tidur sejuk... pergerakan jadi terbantut..:-)

Tapi sejuk panas harus dilihat dari sudut positif, lambang kebesaran Ilahi pencipta musim yang pelbagai dan semuanya baik untuk insan..

Untuk rakyat Jepun yang ditimpa Tsunami, semoga Allah mudahkan semua perkara. Saya sangat simpati dengan semua penduduk Jepun..Kesian dan sangat simpati terhadap mereka..