Tuesday, March 8, 2011

Cerita kita..

Cerita...

Cerita 1.
Buku Bilal bin Rabah..

Aisyah tengah baca buku Bilal bin Rabah terbitan PTS. Saya baca satu mukasurat setiap malam masa dia nak tidur.. letih sebenarnya .. :-) Tapi kena la jugak.. Mula2 dia baca doa, then saya baca buku Bilal dan dia tidur. Kalau saya tak kuat semangat, dengan saya- saya sekali zzzzzzzzzzzzz...
:-)

Malam semalam saya yang baca, malam ni dia baca saya dengar..
Aisyah baca tadi, bab 4 buku Bilal..'Pasar Ukaz tu tempat ramai orang, hingar bingar, ada pertandingan gusti, pertandingan bla bla bla...'

'Umi, apa Umi makna hingar bingai tu..perkataan bahasa apa tu?? tak paham la..

maknanya too noisy orang cakap kuat-kuat, very bising..

Ooooo.. mana Umi tahu...

'Ada pertandingan sastera puisi..'
Apa ni Umi, sastera tu apa? puisi tu apa?''

Aisyah sangat menghayati kisah Bilal yang dibacanya..
Saya juga... Saya recommend buku Sejarah Islam tulisan Abdul Latip tu.. memang best!..

__________

Cerita 2

Study Circle

4 Mac saya bagi tazkirah masa study circle. tajuknya hadith 2 dari kitab hadith 40. Aisyah dok sebelah saya. Saya baca dan cerita isi kandungan hadith. Ada dalam 20 agaknya yang hadir kat rumah Azida kat Bundoora. Umi Salwa lecturer USIM nak balik Mesia dah, dah habis kajian dia.. kita orang minta dia buat ucapan dan bagi nasihat motivasi untuk kawan-kawan lepas tafsir hadith tersebut..

Seronoknya Umi Salwa dah nak habis..

Lepas tu, solat maghrib jemaah. Lepas tu makan.. sedap berbagai juadah..

Sampai rumah, Aisyah nak buat comment time.. hehe..

'Ok Umi, ceramah Umi tadi berjaya.
Sebab Umi baca hadith Nabi lepas tu Umi ceritakan pasal Malaikat yang tanya lepas tu dia sendiri kata.. ahaaa betullah jawapan awak tu Muhammad..Aisyah peliklah Malaikat cakap macam tu. Takut lah kalau Malaikat datang kat kitakan Umi.. tapi Malaikat tak datnag sebab Nabi Muhammad tu Nabi yang last one..Aisyah sukalah cerita malaikat tu.. Aisyah tak ngantuk pun... Comment time Umi kira Umi berjayalah..'

hump.... thank you la Aisyah atas comment time tu yer..:-)

Cerita 3

Nak balik Mesia..

Saya dah dapat surat kelulusan EPu untuk balik collect data di Mesia. dan Uni Melbourne pun dah luluskan Ethics saya.. ALhamdulillah..Saya nak balik dah ni.. 9 Mac jam 3.30 pagi saya ndan Aisyah naik Emirates Melb-KLIA. Harga tiket dua orang sehala adalah AUD650. Murah sebanyak AUD150 daripada Air Asia. Dan murah beribu-ribu berbanding dengan tiket MAS. Tiket balik Melbourne belum beli lagi. Jika tidak ada aral, dan dimudahkan semua respondents yang saya jangka dapat ditemuduga dengan baik, kami akan balik sini pada awal Mei 2011. Saya apply fund AUD2000 dari grant Supervisor saya, Prof Tim Lindsey.. Dengar cerita macam lulus sebanyak tu.. seronoknya saya, boleh cover ler tiket kapal terbang..

Alhamdulillah...
Syukur pada ALlah atas semua perjalanan hidup
Semoga ALlah permudahkanlah semua urusan. amin