Wednesday, March 2, 2011

Ma..

Ibuku Sayang...

Ma sampai dulu ke Great Oceon.. saya yang dah ada sini dua tahun tak sampai lagi ke tempat yang cantik ini. :-)

Ree kata Ma suka jer berjalan-jalan.. tak letih jalan kaki jauh dari tempat parking kete.. umphhh agaknya Ma rasa tak percaya agaknya bahawa dia dizinkan sampai ke Australia ini.. seperti saya juga, selalu rasa tak percaya bahawa ALlah telah benarkan saya sampai, duduk, bergaul, ke sana sini memandu kereta di jalan raya di Australia, negara yang jauh, yang tidak saya terbayang sebelum ini..

Bercakap pasal percaya tak percaya, bila memandu di jalan raya, melihat pelbagai jenis kereta dan pemandunya, dengan bangunan di kiri kana.. saya selalu bercakap sendirian..'Saya ni dok bawak kete di Australia ni.. ALlahu akbar..jauhnya ALlah beri saya nikmat..tidak mampu saya pergi dan duduk di sini dengan duit sendiri..Subhanallah dan ALhamdulillah.. Syukur atas biasiswa yang saya terima.. saya belajar, mencari ilmu Ilahi di bumi sejauh ini.. Maha Besar ALlah atas segala nikmat yang Dia berikan..

Back to cite Great Oceon. tempat ni sangat cantik..dengan 12 Apostles dan pemandangan bukti kewujudan ALlah, bukti kebesaran Maha Perkasa dan Bijaksana ALlah pencipta alam. saya dah lama berazam nak pergi, dengar cerita dari kawan2 dan tengok gambar memang menyebabkan hati tertarik-tarik untuk ke sana.. tapi belum dapat lagi sampai sana.


Saya kurang berjalan sebenarnya..apatah lagi apabila abah di malaysia, dia takda sini hampir separuh dari tempoh saya di Melbourne. Bila dia takda, laluan saya hanya sekolah, universiti, pasar, supermarket dan tempat dekat2.. kalau dia datang baru jauh siket perjalanan..

Semoga saya dapat sampai nanti ke tempat yang Ma dah sampai.. insya ALlah..


Kalau cikgu bagi markah pada karangan saya ni, mau saya fail. hehe.. sebab saya melalu-lalut lari dari tajuk. Tajuk karangan 'Ibuku Sayang', sepatutnya citeler pasal ibul lerkan... tapi asyik cite pasal diri sendiri pulak.. mesti dapat F. :-)


My mother, my beloved parent, my respected ibu, saya seronok tengok Ma gembira tapi akan lebih seronok kalau ayah saya pun datang sama. dan akan lebih seronok lagi kalau saya sendiri dapat ikut serta membawa mereka berjalan2 keliling Melbourne. ....



Inilah Ibuku Sayang dibelakangnya adalah pemandangan 12 Apostles di Great Oceon, Victoria, Austalia. Namanya Hajah Che Gayah Awanglah selamat sampai ke bumi Kangkaroo ini pada 10 Feb dan balik Mesia 23 Feb. Isteri kepada seorang lelaki yang kuat bekerja di suatu tempat yang jauh di negeri Kelantan. Suaminya iaitu ayah saya ler bernama Haji Muhammad Hashim bin Muhammad.

Semoga ALlah panjangkan umur dalam kebaikan kepada dua orang yang sangat saya sayangi ini.. Ma dan Ayah

Sekian..