Saturday, February 20, 2010

Tetamu Hebat..

Lawatan Tidak Formal ke Rumah Pelajar..

Atas inisiatif Dr Nasir MSDA, rumah saya menjadi tumpuan untuk KSN datang melawat macamana pelajar di Melbourne tinggal, rumah, suburb, barangan, harga sewaan dan kelengkapan rumah pada 17 Februari 2010, 7.30 malam - 11 malam. Tan Sri dan Dr Nasir masuk ke bilik study saya dan bertanyakan soala-ssoalan seperti bila study di rumah, bila ke pejabat, macamana beli kelengkapan almari, rak buku, meja dan lain-lain. Mereka juga menjenguk bilik Aisyah.. [Nasib baik semuanya cantik tersusun..]

Mereka sekeluarga yang terdiri dari KSN, Tan Sri Sidek Hassan, Puan Seri dan dua anak mereka (Liza mendaftar di RMIT) diiringi Dr Nasir, Pengarah MSDA sudi datang ke teratak saya, menjamu selera dan kemudian mendengar apa yang saya utarakan sebagai Presiden VMPGA di Melbourne. Beberapa kawan yang lain turun sama menemani saya melayan tetamu pada malam tersebut.

Saya mengambil peluang meminta beberap perkara;

1-Rayuan keperluan Attache di Melbourne
2-Rayuan bil ubat pelajar di sini tidak ditanggung insuran dan harap dapat diclaim kerana ia membebankan.
3-Peningkatan sewa rumah yang tinggi dan kedudukan bantuan biasiwa pelajar
4-Perbezaan pekeliling tutor dengan PhD mendapat Gred 51 automatik.

KSN mendengar dengan baik dan memberi peluang saya utarakan semuanya dengan detail. Disokong oleh Dr Nasir Pengarah MSD Sydney.. Insya Allah Tan Sri takes seriously dan berjanji akan mengambil tindakan sebaiknya sekembali ke Malaysia nanti.






Saya bersama Puan Seri dan Niza..
Di ruang tamu...