Sunday, October 20, 2013

kalimah Allah..

Masyarakat jadi keliru...

Keliru sungguh mengenai penggunan kalimah Allah ni.. semu orang bagi pendapat.. yang pakar dan tak pakar, semua bagi pendapat masing-masing.

Yang ketara ada dua pendapat berbeza;

Satu, pendapat pakar undang-undang yang dikeluarkan oleh sahabat2 saya teruatama melalui Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), sahabat saya yang saya hormati iaitu Dato' Zainul Rijal Abu Bakar, Saudara Azril Mohd Amin, Saudara Halim, Saudara Hanif Katri dan lain-lain.


Pendapat mereka boleh juga diperolehi melalui blog Saudara Azril di http://azrilmohdamin.com/2013/10/19/notes-from-geneva-19th-october-2013/

Kedua, pendapat pakar agama Datok MAZA, Prof Aziz Bari, Ustaz Mazlee Malik dan ramai lagi agamawan yang tidak bersetuju dengan penghakiman Mahkamah mengenai kes Herald dan juga pendapat kumpulan pertama..

Masyarakat jadi keliru, nak ikut mana satu, mana satu yang betul sebenarnya?

Saya berpendapat kedua2nya betul.. Yang kedua betul dari sudut pandang ajaran agama secara umum.
yang kedua betul dari sudut pandang perbalahan di Mahkamah dan penggunaan di Malaysia.

Jadi saya sarankan semua kita berlapang dada dan dapat membaca semua pendapat dengan teliti dan membuat saringan dan stand yang baik..

Yang penting, jangan bergaduh dan berperang kerana isu ini.. kerana banyak lagi isu2 lain yang perlukan perhatian kita juga..