Tuesday, October 8, 2013

Pendekatan Keras Sebahagian Guru-guru/Ustaz2 sebenarnya berlawanan Ajaran Nabi

Pendekatan kita terbalik dari yang Nabi ajari...

Hati saya luluh bila membaca kisah ini..

Saya tak berdaya nak kupas byk malam ini.. terlalu sedih membaca tindakan orang so called ustaz 'mendidik' supaya kanak-kanak cintakan agama tetapi ia membuatkan 'kanak-kanak sebenarnya takut dan bencikan agama kita'. Kita menawarkan barangan yang indah (iaitu islam) tetapi menjualnya dengan penuh negative dan kemudian kita marah kenapa pembeli tidak sukakan kita dan barangan kita..

Wahai Allah.. bantulah kami ini..
bantulah orang-orang/guru-guru yang berpegang kepada idea sebegini. Berilah mereka nampak betapa Nabi ajar terbalik dari apa yang dibuat. Nabi tidak marah, tengking, tendang apabila mendidik.. Bahkan disujudnya lama kerana cucunya bermain di lehernya semasa baginda sujud. Baginda tidak sesekali memarahi cucu-cucunya..

Kita banyak mengajar dengan garang, tengking, marah, hukuman demi hukuman...

Jika kita kupas berdasarkan konsep, "Anda beri apa yang anda ada.." ia menjadi bukti bahawa cara kita didik kanak-kanak (tidak semua),  tidak berada di garisan yang betul. Sebahagian guru-guru ini sebenarnya mempunyai jiwa sebegitu, jiwa yang kasar, keras dan tidak penyayang, maka itulah yang mereka tawarkan kepada anak-anak murid mereka. Mereka mungkin dididik cara kasar, mungkin mereka dulu dipukul dan ditendang, maka mereka memiliki jiwa sebegitu..

Apabila mereka menjadi guru atau ibu bapa,  itulah mereka buat akhirnya...

saya akan kupas dalam entry selepas ni.. insya Allah
____________
Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

IBU mangsa, Norashikin Mohd Yunus melihat keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan.

Muhamad Faiz berkata, ustaz b
erusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain