Tuesday, October 1, 2013

Seronok bila dipuji...

Dipuji.. memuji.. pujian.. kepujian..


Secara manusiawi, semua orang suka dipuji daripada menerima kejian. Puji maknanya orang yang berdepan dengan kita mengeluarkan kata-kata yang menarik didengar, positif dan menggembirakan kita. Bila kita buat sesuatu dan kemudian menerima pujian, maka rasa hati berbunga dan seronok.. bahagia..


Pujian ini bukan boleh dilihat dari satu perspektif sahaja. Ia ikut konteks atau keadaan.

1-Pujian orang besar kepada anak-anak adalah satu pendekatan kejiwaaan yang sangat baik..Ia membuatkan anak rasa gembira dan ingin buat lagi kebaikan dan mendapat pujian lagi dari orang besar.. Apatah lagi orang besar itu adalah ibu bapanya atau guru-gurunya.

"Bagus Aisyah ni.. tolong Umi basuh kain. Dapat pahala banyak ni.. insya Allah... "
"Ada tak kawan-kawan Aisyah kat sekolah yang cerita dia suka tolong Mak Ayah dia?
" Kalau ada bagus tu.. Aisyah cakap dengan dia kalau dia suka basuh kain macam Aisyah, tolong jaga adik dia ke.. mesti mak ayah dia suka macam Umi feel happy anak Umi suka tolong Umi..Cakap dengan dia nanti Allah bagi pahala banyak untuk dia.."

Ini contoh ayat-ayat saya dengan aisyah apabila dia buat sesuatu yang baik..:-)

2- Pujian orang tua kepada orang tua pulak kadang-kadang ada banyak makna.. ada yang ikhlas, ada yang tidak begitu ikhlas..

Yang ikhlas selalunya puji dengan baik..


3-Yang memuji untuk jek atau bodek juga banyak.. Yang ini pada saya sangat menakutkan.


4-Jika kita suka memuji orang tua sebaya kita.. tengoklah keadaan dengan baik.

5-Kalau kita dipuji, kita juga kena lihat keadaan dengan baik juga.

Apabila kita dipuji, selalulah pause and reflect.. Jaga hati kita dengan pujian agar kita dapat bertahan dalam ikhlas, tidak riyak dan tidak jadi bangga diri..

Kerana hidup ini memang satu perjalanan yang memerlukan jihad (dalam konteks ini bermkna usaha dan struggle).

Jihad menilai pujian orang
jihad menjaga ayat-ayat kita supaya jangan terlebih puji orang sehingga nampak macam bodek atau sinis,
dan juga jihad dalam menjaga hati kita supaya jangan tersasar dalam menjaga hanya keranaNYA semata..



"Wahai Allah, sesungguhnya hidupku ini, matiku kelak, ibadahku yang kubuat, kebaikan yang sedikit yang mampu aku kongsi, semuanya adalah keranaMU, untukMU dan tiada yang lain selainMU.."

Itulah doa para solihin sebelum kita.. semoga ALlah menjaga kita semua..